KelabMama

Kebaikan Susu Soya Untuk Bayi Dan 5 Jenama Pilihan

Kini, selain daripada susu formula yang berasaskan susu lembu, sudah terdapat banyak jenis susu formula lain yang khas untuk bayi dan kanak-kanak. Antaranya adalah susu soya untuk bayi.

Susu soya ini diformulasikan khas untuk mencukupi keperluan si comel. Mama Siti perhatikan, ramai juga para ibu dan bapa yang lebih cenderung untuk memilihnya berbanding dengan susu formula yang lain.

Ini disebabkan kebaikan yang ada pada susu soya yang tiada pada susu formula yang lain. Antaranya adalah:

Kenapa Ibu Perlu Bagi Anak Susu Soya?

Walaupun susu soya adalah susu formula yang berasaskan tumbuhan iaitu kacang soya, ia kaya dengan pelbagai sumber nutrisi yang diperlukan bayi tau.

1. Anak anda alergik kepada susu lembu

Ramai bayi yang mengalami alahan kepada susu ibu dan susu lembu sejurus selepas dilahirkan. Menurut Dugro, ini terjadi apabila sistem imun si comel anda bertindak balas secara hipersensitif kepada protein yang terkandung dalam susu lembu.

Jadi selalunya, susu soya akan disarankan sebagai alternatif untuk menggantikan susu lembu. Namun menurut Alina Petre, ramai juga bayi yang alergik kepada protein dalam susu lembu turut mengalami alahan kepada protein dalam susu soya.

Hmm… dah tu macam mana ya?

Bagi pendapat Mama Siti, setiap bayi dilahirkan berbeza. Jadi sebelum membuat apa-apa keputusan, dapatkanlah nasihat dan panduan yang secukupnya dari doktor terlebih dahulu ya?

2. Anak anda tidak toleransi kepada laktosa

Sumber: simplyremedies.com

Usahkan bayi, orang dewasa pun ramai yang mengalami masalah ini kan? Susu, keju dan makanan tenusu yang lain boleh memberi kesan yang buruk terhadap mereka yang badannya tidak toleransi kepada laktosa.

Ini terjadi apabila badan kita tidak mampu untuk menghasilkan enzim laktose yang mencukupi. Kekurangan enzim ini akan mengakibatkan ketidakhadaman laktosa yang boleh menyebabkan masalah-masalah seperti dalam gambar di atas.

Kesian betul bila tengok si comel macam tu. Kalau sekali dua tu okay lagi. Tapi bila terjadi banyak kali, memanglah para ibu dan bapa akan dapatkan bantuan doktor kan?

Antara yang mungkin disarankan doktor ialah, pemberian susu soya kepada si comel. Maklumlah, susu soya tidak mengandungi laktosa dan lebih selamat untuk si comel yang lactose-intolerant.

3. Anak anda menghidapi galactosemia

Menurut Alana Biggers, galactosemia adalah penyakit metabolik yang tidak mampu untuk menghadam gula di dalam susu. Jika tidak berhati-hati, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti kegagalan buah pinggang.

Jadi untuk bayi yang mengalami masalah ini, susu ibu pun tidak sesuai untuk mereka. Mereka hanya boleh menerima susu yang tiada laktosa seperti susu soya.

Tips Memilih Susu Soya Untuk Bayi

Antara yang perlu dititikberatkan para ibu dan bapa dalam memilih susu soya untuk si comel ialah kandungannya.

1. Susu soya lemak penuh

Berdasarkan perkongsian Aarohi Achwal, anda sepatutnya memilih susu soya yang full-fat untuk si comel. Ini kerana lemak amat penting untuk perkembangan dan tumbesarannya. Jika mereka tidak cenderung ke arah masalah kesihatan yang lain seperti obesiti, pilihlah susu soya penuh lemak berbanding yang kurang lemak ya?

2. Susu soya yang kaya dengan nutrisi penting

Selain itu, anda hendaklah meneliti kandungan dalam susu soya itu pada labelnya. Pilihlah jenama yang formulasinya kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral penting seperti zat besi untuk perkembangan si comel yang sihat. Sebaiknya, rujuklah doktor bayi terlebih dahulu ya untuk menilai kesesuaiannya.

5 Susu Soya Pilihan Untuk Bayi

Untuk ibu dan bapa yang mencari susu soya yang sesuai untuk bayi, bolehlah tinjau beberapa susu soya ini:

Dumex Dugro Soy

Sumber: dugro.com

Susu Dugro Soy adalah susu formula keluaran Dumex yang diperbuat berasaskan soya. Susu ini khas untuk bayi dan kanak-kanak yang berumur 1 hingga 6 tahun. Ia kaya dengan 5 Nutri, 14 jenis vitamin, DHA, ALA, LA, mineral dan nutrien penting yang lain untuk menyokong perkembangan si comel.

Jika anda ingin melihat kandungannya dengan lebih terperinci, bolehlah rujuk maklumat khasiatnya dari Dugro ini ya.

Harganya sekitar RM18.80 untuk 400gram ya.

Dumex Mamil Gold Soy

Sumber: dumex.com

Sama seperti susu Dumex Dugro Soy, susu Dumex Mamil Gold Soy adalah susu soya yang diformulasikan khas untuk si comel yang berusia 1 tahun ke atas.

Formulasinya bebas daripada organisma yang diubah suai secara genetik, laktosa dan protein susu lembu. Selain itu, kandungannya juga kaya dengan 30 jenis nutrien penting untuk tumbesaran si comel seperti kalsium, zat besi, omega 3 dan omega 6.

Harganya agak mahal iaitu untuk 800gram, RM130.

Similac Isomil Soya

Sumber: shopeemalaysia

Susu keluaran Abbott ini sesuai untuk si comel dari usia 0 hingga 12 bulan. Dengan kuantiti 850gram, anda boleh dapatkannya dengan harga RM74.80.

Diperbuat berasaskan soya berkualiti tinggi, ia kaya dengan protein, dietary fiber, DHA, kalsium, vitamin D, AA dan pelbagai nutrien penting lagi.

Biogreen O’soy Plus Organic Soya Milk Powder

Sumber: estore.caring2u.com

Penggunaan susu soya serbuk ini disarankan untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas. Ia diperbuat daripada biji soya organik yang telah dibuang kulitnya untuk mengurangkan kandungan purine di dalamnya.

Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan seperti Farmasi Caring dengan harga RM40.38 untuk kuantiti 700gram.

Ia sesuai untuk golongan vegetarian dan bayi yang alergik pada susu lembu.

Enfamil ProSobee Infant Formula

Sumber: ubuy.com

Susu formula Enfamil ProSobee adalah salah satu susu formula di pasaran yang berasaskan kacang soya. Ia sesuai untuk si comel yang perutnya sensitif dan tidak toleransi terhadap laktosa.

Ia mengandungi pelbagai nutrien, mineral dan vitamin yang diperlukan si comel seperti zat besi, zink, kalsium, vitamin A, D, E, K dan magnesium.

Namun susu soya bayi jenama ini agak mahal ya. Dengan kuantiti 593gram, harganya adalah sekitar RM212.

Pilihlah Yang Terbaik Untuk Si Comel

Sememangnya tidak diragui bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk si comel. Namun apabila mereka mengalami masalah kesihatan tertentu seperti tidak toleransi terhadap laktosa, anda mungkin perlu membuat pilihan lain.

Bincanglah dengan doktor si comel tentang apa yang sesuai untuk mereka ya. Mama Siti doakan semoga pilihan ibu dan bapa adalah yang terbaik untuk si manja.