Adakah ibu-ibu sedang mencari susu formula terbaik untuk anak usia 1-3 tahun? Dalam dunia yang anak-anak kita ramai kerap jatuh sakit ini, Mama Siti cuba nak cadangkan susu formula untuk usia 1 hingga 3 tahun yang merupakan pilihan lebih baik berbanding susu formula biasa yang lain.
Dalam senarai yang telah Mama Siti kaji sebelum dikongsi di sini, Mama Siti bahagikan kepada tiga kategori susu formula terbaik untuk anak usia 1-3 tahun iaitu susu lembu premium, susu kambing dan susu berasaskan tumbuhan. Ada anak yang mempunyai alahan laktosa, maka susu kambing dan susu berasaskan tumbuhan lebih mudah diserap usus.
Kesemua kategori ini mempunyai nilai tambah dari segi ketulenan bahan, penjagaan bahan sampingan lain yang dimasukkan dan sebagainya. Paling utama adalah kerana jenis susunya yang lebih mesra, membantu mengekalkan daya tubuh yang sihat. Mama Siti buat bacaan dan kajian berdasarkan label di tin susu di bawah. Harapan Mama Siti ia akan membantu pilihan ibu-ibu selepas ini.
Susu formula lembu premium untuk usia 1-3 tahun
1. Bubs Organic® Grass Fed Toddler Milk Stage 3
Bubs Organic Stage 3 ini sangat baik kerana ia diambil daripada lembu organik di Australia. Lembunya diberi makan rumput, non-GMO, tidak menggunakan bahan kimia keras untuk makanan dan juga tiada bahan pengawet.
Jika anak Mama mempunyai masalah alahan makanan laut, Bubs Organic ada meletakkan tambahan DHA di dalam susu ini daripada sumber tumbuhan. Juga dilengkapi sekali probiotik dan prebiotik untuk kesihatan usus.
Harga: RM129/800g
2. Babybio Deserve Cow’s Milk 1-3yrs
Susu lembu organik Babybio ini diambil daripada lembu yang lepas bebas di padang dan hanya diberi makanan organik, tanpa sebarang pemberian growth hormone. Semua bahan lain di dalam produk susu formula ini ditanam secara organik dan bebas racun serangga.
Harga: RM494.50/4 x 900g
3. Bellamy’s Organic Step 3 Toddler Milk Drink
Susu lembu organik Bellamy ini diperbuat daripada susu lembu organik di Australia, seperti namanya. Istimewa lagi ditambahkan mineral seperti iron, zinc dan kalsium untuk menampung keperluan tumbesaran anak-anak.
Susu ni juga dilengkapi dengan prebiotik yang bagus untuk kesihatan usus, terutama bagi anak yang mempunyai masalah penghadaman.
Harga: RM329.50/3 x 900g
4. Baby Steps® BBs-3 Goat Formulated Milk Powder
Susu kambing Baby Steps® BBs-3
Jenama ini mempunyai jumlah DHA tertinggi dan lebih banyak prebiotik, bagus untuk meningkatkan daya tahan tubuh.
Harga: RM108.60/900g
Susu formula kambing bagi usia 1-3 tahun
1. Suffy Pure Goat
Suffy Pure Goat adalah 100 peratus susu kambing segar berkualiti daripada Belanda yang dijadikan serbuk. Ia diproses tanpa sebarang pengawet, perisa dan pewarna. Sesuai untuk anak berusia 1 tahun ke atas.
Susu kambing Suffy ini juga mudah larut air dan sangat sesuai jika hendak digunakan oleh seisi keluarga. Mama Siti sendiri kadang-kadang akan buat belian jenama ini. Sedap sekali dibancuh dengan koko mahupun kopi. Suami Mama Siti pun suka!
Harga: RM47.60/400g
2. Salic Goat Organic
Susu kambing jenama Salic Goat ini dihasilkan daripada kambing di Belanda menggunakan teknik freeze dried. Iaitu susu segar yang dibekukan dan dijadikan serbuk. Susu ini ada organik dan juga bahan-bahannya adalah 100 peratus susu kambing.
Harga: RM99/900g
3. Susu kambing organik Wildan
Susu kambing mempunyai nutrisi hampir sama dengan susu ibu. Produk susu kambing organik jenama Wildan ini dibuat tanpa pengawet dan bebas gula. Rasanya sedap tanpa bau hamis kambing yang biasa ramai orang alah padanya.
Harga: RM85/1kg
Susu formula berasakan tumbuhan terbaik untuk usia 1-3 tahun
1. Dale & Cecil Miwako A+ Plant-based Formula Milk
Susu berasaskan tumbuhan Miwako A+ sangat sesuai untuk anak yang mempunyai masalah alahan kerana ia berasaskan tumbuhan. Direka khas untuk usia 1 hingga 6 tahun terus. Namanya A+ kerana dilengkapi mineral pelbagai untuk meningkatkan daya fokus dan untuk tumbesaran sihat. Paling best ada ditambahkan choline yang punyai banyak manfaat kesihatan untuk anak membesar.
Diperbuat daripada bahan organik iaitu millet, quinoa dan beras perang bercambah. Semua ni bahan yang boleh membantu anak-anak kenyang dan dapat tidur lebih lena sebelah malam. Ia juga dihasilkan tanpa perisa tiruan dan pengawet.
Harga: RM96/700g
2. Dale & Cecil Miwakoko Chocolate Plant Milk
Mama Siti suka Miwakoko perisa coklat versi sachets kecil-kecil ni senang nak bawa travel. Saiz paket kecilnya ialah 30g. Sama seperti Miwako A+, Miwakoko Chocolate ni juga dperbuat daripada bahan 100 peratus semulajadi iaitu millet, quinoa dan beras perang bercambah sebagai sumber karbohidrat.
Ia juga diperkayakan dengan GABA untuk anak-anak lebih tenang. GABA juga bagus untuk merangsang kemahiran anak-anak bercakap.
Harga: RM39.90/10’s x 30g
3. Dale & Cecil Miwako Plant Milk
Miwako Plant Milk adalah susu berasaskan tumbuh-tumbuhan yang ditanam secara organik. Bahan-bahan utama susu ini adalah quinoa, millet & beras perang. Sangat sesuai untuk anak yang juga alah kepada soya. Mengandungi serat, protein dan antioksidan semulajadi daripada tumbuhan. Ia juga ditambah dengan GABA untuk keseimbangan emosi dan tidur berkualiti.
Mama Siti paling suka gunakan Miwako di rumah kerana anak-anak rasa kenyang lebih lama dan tidur lebih selesa dengan adanya GABA. Sudah bertahun Mama Siti gunakan jenama ini. Mama Siti pun sama-sama tumpang minum sekali!
Harga: RM76/700g
Amalkan membaca label bahan-bahan
Mama Siti sangat sarankan kepada ibu-ibu untuk cuba amalkan membaca label bahan-bahan setiap kali membuat pembelian bahan makanan di rumah. Setiap kali mengambil bahan-bahan, boleh rujuk label satu persatu dan cuba search perkataan yang tidak difahami. Selain itu, ibu-ibu boleh juga rujuk maklumat tentang susu formula terbaik di sini.
Jangan lupa bagi usia setahun pertama anakanda, susu ibu adalah susu terbaik. Selepas cukup pemberian susu ibu, terpulang jika ibu-ibu mahu memberi tambahan susu lain. Pemberian susu tambahan harus diperhatikan supaya ia tidak menyebabkan anak-anak kenyang susu dan tidak mahu makan berat lagi seperti nasi.
Semoga dipermudahkan semua urusan ibu-ibu!