KelabMama

Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan

Adakah ibu-ibu sedang mencari susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan? Sudah menjadi fitrah dalam diri seorang ibu cenderung untuk menyusukan sendiri anak yang dilahirkan. Namun Mama Siti faham tak semua ibu mampu menyusukan bayi mereka sejak lahir. Ada yang diuji dengan pelbagai jenis kesukaran.

Jadi pilihan susu formula terbaik untuk kesihatan bayi di awal usia adalah sangat penting. Di sini Mama Siti telah buat sedikit pembacaan dan kajian untuk susu formula yang menjadi pilihan lebih baik bagi bayi 0-6 bulan daripada susu formula yang biasa ada di pasaran.

Waktu awal-awal ini terutamanya, bayi baru mula belajar bahawa makanan tidak lagi automatik sampai kepadanya seperti di dalam rahim. Pemilihan susu yang mesra usus bayi juga berkualiti tinggi adalah sangat penting kerana banyak tumbesaran pesat berlaku ketika ini.

Jika satu jenis susu tidak sesuai, ibu-ibu boleh cuba dapatkan jenis berbeza yang lebih baik. Kualiti susu, bahan-bahan di dalamnya serta persekitaran ladang menjadi faktor penting akan kebaikan nutrisi yang padat di dalam sesuatu susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi 0-6 bulan.

Berikut merupakan susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan

1. Nestlé Nan Lactose Free Infant Formula

Susu Nan Lactose Free ini adalah daripada susu lembu, namun telah dijadikan kandungannya tersedia tanpa laktosa. Kemudian, susu ini ditambah baik lagi dengan probiotik, untuk memulihkan usus bayi yang sensitif. Ia juga mengandungi DHA dan ARA, sejenis asid lemak yang biasa ada dalam susu ibu.

Harga: RM24.20/400g

2. BBs-1 Goat Milk Infant Formula

Susu kambing BBs-1 diperbuat daripada perahan susu kambing premium di New Zealand. New Zealand terkenal dengan hamparan rumput meluas dan binatang ternakan lepas bebas. Susu ini khas diformulasikan untuk bayi usia 0-6 bulan.

Harga: RM58.60/400g

3. KARIHOME STEP 1 Goat Milk Infant Formula

Susu KARIHOME STEP 1 ini adalah diambil daripada susu kambing daripada New Zealand, yang disediakan khas untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan. Kebiasaannya, susu kambing hanya sesuai untuk usia 1 tahun ke atas, namun jenama ini telah mencipta formulasi baru supaya ia sesuai untuk diberikan kepada bayi.

Harga: RM47.90/400g

4. Bellamy’s Organic Step 1 Infant Formula

Susu Bellamy’s Organic Step 1 untuk bayi ini diperbuat daripada susu lembu organik di ladang Australia. Formula ini ditambahkan pelbagai vitamin, mineral dan asid lemak penting (EFA) berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Australia.

Jenama Bellamy ini apabila Mama Siti baca, ia menggunakan bahagian susu jenis whey yang lebih mudah diserap seperti susu ibu dan susu kambing juga susu lembu jenis A2. Maka ia lebih mesra usus bayi kecil.

Harga: RM354.50/3 x 900g

5. Bubs Organic® Grass Fed Infant Formula

Susu formula bayi Bubs Organic ini diperbuat daripada lembu yang lepas bebas memakan rumput dan juga bebas GMO. Jenama ini mempunyai standard tinggi untuk memastikan kualiti baik, tulen dan mengandungi nutrisi terbaik.

Ia juga dilengkapi probiotik yang baik untuk daya tubuh badan anak juga bagus untuk kesihatan usus.

Harga: RM129.90/800g

6. Novalac Comfinova Infant Formula

Susu rumusan bayi Novalac Comfinova ini telah lama terkenal di Perancis sejak 20 tahun ini. Lembu-lembu yang diambil susunya sentiasa dijaga pengambilan makanan mereka daripada sumber terbaik, suasana ladang dan kesihatan yang dipantau dekat. Mengandungi 12 mineral dan nutrien termasuk choline yang mempunyai banyak manfaat buat bayi.

Harga: RM84.30/800g

7. Novalac Easinova Infant Formula

Novalac Easinova sesuai untuk bayi baru lahir hingga usia 12 bulan. Rumusan ini dilengkapkan dengan asid lemak penting seperti α-linolenic acid dan linoleic acid. Mengandungi 13 jenis vitamin tambahan iaitu Vitamin A, D, E, K, C, B kompleks, biotin, niacin, asid folik dan pantothenic acid. Terdapat juga choline untuk kesihatan tumbesaran bayi.

Harga: RM49.15/400g

8. Novalac Novarice Infant Formula

Sesuai untuk anak yang alah kepada laktosa. Susu Novalac Novarice ini berasakan beras yang dihidrolisis. Dilengkapkan dengan 12 mineral termasuk sodium, potassium, magnesium, zat besi, zinc, dan selenium. Jenama ini telah terkenal selama 20 tahun.

Harga: RM112.90/800g

9. Novalac Diarinova Infant Formula

Susu Novalac Diarinova sesuai untuk bayi yang alahan laktosa. Diperbuat daripada susu lembu segar yang dijaga kualiti pemakanan dan persekitaran ladangnya. Semua bahan di dalamnya ada non-genetically modified origin dengan kualiti terbaik untuk mengekalkan kebaikan di dalam rumusan ini. Dilengkapkan dengan pelbagai vitamin dan mineral.

Harga: RM87.40/600g

10. Novalac AR Infant Formula

Susu rumusan Novalac AR ini khas untuk bayi yang selalu muntah-muntah susu. AR bermaksud anti-regurgitasi. Setiap tin jenama Novalac akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat sebanyak 700 kali sebelum dihantar untuk jualan.

Harga: RM84.30/800g

11. Novalac DHA & ARA Infant Formula

Dilengkapi dengan DHA dan ARA untuk perkembangan minda yang baik, itulah kelebihan Novalac DHA dan ARA ini. Ia mengandungi 5 nucleotides untuk merawat usus dan juga meningkatkan imuniti badan bayi.

Harga: RM95.10/800g

12. Babybio Organic Infant Formula

Susu lembu organik Babybio ini diambil daripada lembu yang lepas bebas di padang dan hanya diberi makanan organik, tanpa sebarang pemberian growth hormone. Semua bahan lain di dalam produk susu formula ini ditanam secara organik dan bebas racun serangga.

Harga: RM456.00/4 x 900g

Tips Tambahan Mengenai Susu Formula Bayi 0-6 Bulan

Ibu-ibu jangan lupa untuk baca label dan arahan di tin untuk memahami cara penggunaan setiap produk susu formula terbaik untuk usia 0-6 bulan yang telah disenaraikan di atas. Terutama sekali bagi bayi baru lahir yang masih mempunyai saiz perut yang kecil.

Dicadangkan untuk memberi susu formula mengikut keperluan semasa bayi usia 0-6 bulan. Ibu boleh letak jari di tepi pipi bayi untuk lihat sama ada sudah masa untuk diberikan susu. Biasanya bayi akan buat tanda rooting reflex iaitu mulutnya akan mengikut jari yang diletakkan di tepi mulut atau pipi jika sudah terasa lapar. Itulah fitrah bayi yang dijadikan Tuhan.

Biasanya bayi bawah 6 bulan sukakan ritma kehidupan. Sejurus bangun tidur, bayi akan suka nak bermain sekejap dengan ibu atau ayah, kemudian akan menunjukkan tanda lapar nak menyusu. Rajin-rajin perhatikan bayi di awal kelahiran, mudah untuk ibu-ibu meneka sekaligus memahami tanda yang diberikan oleh bayi.

Ibu-ibu boleh lanjutkan bacaan tentang susu formula terbaik di sini.

Lapan minggu pertama selepas kelahiran adalah masa terbaik untuk bonding bersama bayi. Ambil masa ini untuk banyakkan masa bersama bayi sambil berehat untuk kesembuhan selepas bersalin. Menyusukan secara susu ibu atau formula bukan menjadi isu pengerat hubungan ibu dan anak. Tetapi rasa selamat dan disayangi. Sentiasa perhatikan bayi, kita akan lebih mudah menyelami keperluan semasa si kecil.