KelabMama

Siapa Kata Surirumah Tak Perlu Berhias? Kami Tak Sempat Bukan Tak Mahu

Surirumah Tak Perlu Berhias? Kami Tak Sempat Bukan Tak Mahu

Pakai la mekap sikit, kamu tu dahlah suri rumah je. Nanti lari laki kamu macam mana?

Hmmm… Duduk rumah pun nak pakai mekap. Macam mana nak bermekap kalau rumah pun macam kapal pecah? Begitulah tanggapan mama-mama yang bergelar surirumah, selalu fikir yang “kalau duduk rumah tak payah nak cantik sangat, buat habis duit saja.”.

Aik, nak cantik pun kena pakai duit banyak ke? Mama tahu tak yang mama boleh je cantikkan diri mama tanpa berbelanja lebih. Jom mama kongsikan pesanan dari seorang ibu bernama Syahirah Omar, di media sosial mengenai pentingnya ‘self-love’ dan keinginan untuk kelihatan cantik dan kemas walaupun di rumah.

Tak semestinya anak ramai, tak sempat nak bersiap kan?

Surirumah tak ada masa nak cantikkan diri?

Banyak betul aku baca di facebook ni tentang “me time” mak mak. Cuma nak share pengalaman aku sebagai ibu muda. Aku nak cerita tentang kenapa suri rumah tak berapa ada masa untuk bercantik pun walaupun LAYAK UNTUK BERCANTIK.

Aku berkahwin pada usia yang sangat muda, masih belajar pun waktu tu. 21 tahun umur aku. Dan aku dapat Lana pada usia 23 tahun.

Waktu tu, mana la berfesyen sangat kita ni. Aku memang agak kolot. Tak pandai lansung bercantik. Hidup aku, hanya focus pada anak saja. Semakin dia membesar, semakin mencabar hidup aku. Kau tahulah, bila anak Autistic tantrum, meltdown, main najis dan sebagainya kau tak ubah seperti bibik bila di rumah.

Orang kata, ada duit, memang boleh cantik je walaupun duduk rumah.

Biar aku clearkan part ni. Ada duit, kalau kau sendiri tak ada masa nak fikir fesyen apa nak pakai duduk rumah, nak tonyoh daki pun kau tak sempat , nak mandi pun dalam keadaan ketakutan, bila masa yang kau ada masa untuk diri sendiri?

Kerja rumah yang seperti tidak berpenghujung menyebabkan ibu-ibu yang bekerja sebagai surirumah tiada masa untuk berhias.

Memang tak sempat nak sayangi diri sendiri

Ok, bila ada anak ke-2, aku menyusu badan sepenuhnya. Lagilah serupa zombie rupa aku. Tidur malam aku memang tak pernah cukup sebab Lana jenis main dalam gelap sampai jam 3 pagi. Luqman pula menyusu tak henti. Memang aku tak sempat nak sayangi diri sendiri dan tak sempat pun nak bercantik cantik. Keluar rumah pun pin tudung aku terpusing sampai ke telinga.

Solat aku, memang fokus aku kelaut. Aku cuba sedaya upaya, tapi disebabkan depression ( belum diagnos pada waktu tu) anxiety lagi, aku tak boleh nak ingat banyak perkara. Kadang aku terlupa rakaat keberapa, kadang aku terlupa dah baca Al fatihah ke belum.

Hidup aku, aku rasa yang aku baru fikir nak melawa bila anak aku dah makin besar dan dah bertenang. Baru sempat aku nak membelek fesyen terkini. Baru sempat aku keluar tengok dunia luar bagaimana orang dressing. Aku memang terperuk dalam rumah saja sebelum tu, tak ada masa pun nak me time. Jaga anak sendiri sendiri lagilah bila aku nak me time.

Surirumag bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar sekolah dan ke pejabat.

Tua tua gayut begini, barulah aku dapat pergi ke kelas Al quran, bertadabbur, solat di Masjid sendiri lepas hantar anak ke sekolah. Sumpah kau akan rasa tenang sangat.

Aku ingat lagi waktu aku bekerja sekejap dulu, hari hari pun aku fikir nak pakai baju apa, nak bergaya. Kat office pun seronok, jumpa kawan-kawan, otak ni tak serabut seperti rutin kau di rumah. Balik rumah barulah jadi lipas kudung.

Dah tua begini baru nak fikir nak pakai skincare apa, baru nak kuruskan badan ke, barulah sempat sapu lotion seperti dalam drama sebelum tidur. Itupun kadang tak sempat juga, aku kan masih ada anak kecil. Tapi beza sebenarnya menjaga anak istimewa dengan anak yang normal tapi aktif.

Ambillah masa untuk sayangi diri sendiri

Aku cuma nak cakap, ambillah masa untuk sayangi diri sendiri. Tak ada baju baru tak apa, tapi cukuplah dapat mandi, dapat sikat rambut, sentiasa berpakaian kemas di rumah.

Kita yang surirumah, sentiasa fikirkan untuk buat yang terbaik pada keluarga. Kita terlupa langsung untuk jaga diri kita. Kita bukan tak sempat, kita hanya lupa untuk hargai diri kita. Itu saja.

Wanita perlu bijak cari masa berkualiti untuk pastikan mereka tidak alami stres di rumah.

Bercakaplah dengan pasangan, minta ruang untuk diri sendiri. Kalau yang single parent, mencabar tu berganda-ganda tapi, carilah masa untuk diri sendiri juga. Cuba rutinkan supaya dapat tidur yang secukupnya, makan ikut waktu, sempat untuk bersihkan diri. Kita semua ni cantik dan ada kelebihan masing-masing tau! Cuma macam aku katalah, kena belajar menghargai diri.

Sekali sekala kau mintalah ruang untuk keluar sendiri lepak dengan kawan-kawan. Kau pun manusia juga bukan katak bawah tempurung.

Kalau kita sayangi diri kita, hargai diri kita, baru kita boleh sayangi orang lain dan hargai orang lain semaksimum mungkin. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Sumber: Syahirah Omar

BACA JUGA SURIRUMAH ADALAH PEKERJAAN YANG PALING SUSAH DI DUNIA

Pesan Mama Siti:

Surirumah ni memang tak lain tak bukan kerja paling sibuk dalam dunia. Susah untuk kita ada ‘me time’ untuk diri sendiri dek kekangan masa, anak dan tanggungjawab lain. Semuanya sebab kita nak family kita rasa happy. Tapi tu tak bermakna kita korbankan diri kita, keinginan kita untuk kekal cantik, keluar dengan kawan-kawan, demi keluarga kita. Ingat, mama mesti TREASURE DIRI MAMA sebagaimana mama treasure family mama!