Surah Maryam sangat terkenal sebagai salah satu surah yang sering diamalkan ketika mengandung dan sebenarnya terdapat banyak kelebihan Surah Maryam untuk ibu hamil.
Surah Maryam yang mempunyai 98 ayat ini telah diturunkan di Mekah dan di dalamnya menceritakan tentang kisah Maryam, ibu Nabi Musa a.s yang mana telah hamil tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.
Namun, kuasa dan kehendak Allah memungkin segalanya terjadi. Di dalam surah Maryam juga menceritakan tentang kisah Nabi Zakaria yang berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya dikurniakan zuriat oleh Allah.
Sering kita dengar ramai orang akan berpesan kepada ibu mengandung untuk jadikan surah Maryam sebagai amalan sepanjang tempoh kehamilan.
Tahukah Mama, surah Maryam mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan jika diamalkan semasa mengandung.
Antara kelebihan surah Maryam untuk ibu hamil adalah seperti berikut:
Senarai Kelebihan atau Manfaat Surah Maryam untuk Ibu Hamil
#1. Tingkatkan Keimanan kepada Allah
Seperti yang diterangkan di atas, banyak ayat dalam surah Maryam ini menceritakan tentang kebesaran Allah. Contohnya, peristiwa Maryam mengandungkan Nabi Isa, pada fikiran manusia biasa ianya mustahil.
Tetapi, jika Allah berkehendakkannya ianya tidak mustahil. Kita tidak dapat menidakkan kuasa Allah yang Maha Hebat.
Oleh itu, dengan mengamalkan surah ini akan membantu meningkatkan keimanan ibu dan anak yang dikandung kelak.
#2. Berikan Ketenangan dan Keyakinan Diri
Dengan mengamalkan surah Maryam ini akan membantu Mama mendapat ketenangan dan keyakinan diri sepanjang tempoh mengandung.
Peristiwa di mana Maryam perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh kehamilannya, memberi keyakinan kepada Mama untuk kuat menghadapi ujian sepanjang tempoh kehamilan dan semasa proses bersalin.
#3. Surah Maryam untuk Ibu Hamil Sebagai Doa Memperoleh Anak yang Taat
Sesungguhnya doa ibu mengandung itu mustajab. Oleh itu, sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan anak yang taat adalah dengan mengamalkan surah Maryam.
Terdapat ayat di dalam surah ini yang berfungsi sebagai doa dalam usaha ibu bapa untuk mendapatkan anak yang taat. Contohnya, ayat 13 yang bermaksud:
ۙوَّحَنَانًا مِّنْ لَّدُنَّا وَزَكٰوةً ۗوَكَانَ تَقِيًّا
Maksudnya:
“dan (Kami jadikan) rasa kasih sayang (kepada sesama) dari Kami dan bersih (dari dosa). Dan dia pun seorang yang bertakwa.”
Surah Maryam: Ayat 13
وَّبَرًّاۢ بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا
Maksudnya:
“dan sangat berbakti kepada kedua orang tuanya, dan dia bukan orang yang sombong (bukan pula) orang yang durhaka.”
Surah Maryam: Ayat 14
#4. Surah Maryam untuk Ibu Hamil sebagai Tanda Peringatan
Selain itu, surah Maryam juga berfungsi untuk memberi peringatan kepada manusia tentang ketaatan seorang hamba kepada Allah.
Seorang hamba yang taat kepada segala perintah Allah akan dipermudahkan urusan hidupnya walaupun ditakdirkan hidup bersendirian.
#5. Sebagai Tanda Kasih Sayang Allah
Mengandung adalah salah satu tanda kasih sayang Allah terhadap hambanya.
Tidak semua wanita direzekikan dengan kelahiran cahaya mata tetapi tidak bermakna mereka yang tidak mempunyai anak tidak dikasih Allah.
Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan salah satunya adalah memiliki cahaya mata.
#6. Mengajar Ibu agar Sentiasa Sabar
Di samping itu, kelebihan lain surah Maryam adalah mengajar ibu agar sentiasa sabar dengan ujian sepanjang tempoh mengandung dan semasa proses bersalin kelak.
Hal ini kerana, di setiap sabar itu akan berakhir dengan sesuatu yang manis dan yakinlah setiap ujian Allah dan setiap apa yang berlaku ada hikmah yang kita belum tahu.
#7. Surah Maryam untuk Ibu Hamil supaya Tidak Cepat Putus Asa
Di awal surah, dapat kita lihat ayat berkenaan kisah Nabi Zakaria as yang bersungguh-sungguh berdoa memohon supaya dikurniakan zuriat walaupun umurnya sudah tua pada ketika itu.
Berkat kesabaran dan usaha baginda yang tidak pernah berhenti berdoa akhirnya dikurniakan zuriat yang diidamkannya selama ini.
Pengajaran yang kita dapat dari sini ialah jangan pernah berputus asa kerana kita tidak tahu bila Allah akan kabulkan segala doa dan permintaan kita.
#8. Yakin dengan Perlindungan dari Allah
Bukan itu sahaja, malah dari surah Maryam ini mengajar kita untuk yakin dengan sepenuh hati dengan perlindungan dari Allah.
Seperti Maryam yang mengandung seorang diri tanpa pertolongan dari orang lain tetapi Allah tidak pernah meninggalkan Maryam keseorangan sebaliknya menjadi pelindung terbaik buat Maryam sehingga beliau melahirkan.
Sebagai hamba yang bertakwa, kita haruslah meletakkan keyakinan setinggi-tingginya bahawa Allah adalah pelindung terbaik kita walau dalam apa jua keadaaan sekalipun.
#9. Mengajar Diri Bersangka Baik dengan Allah
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Seperti peristiwa yang berlaku kepada Maryam saat melahirkan, Allah datangkan pertolongan tanpa disangka-sangka.
Begitu juga sebagai hamba yang kerdil, jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah sesungguhnya perancangan Allah untuk hambanya adalah yang terbaik.
#10. Beroleh Ketenangan dan Kemudahan Semasa Bersalin
Kelebihan yang terakhir apabila mengamalkan surah Maryam semasa hamil ialah beroleh ketenangan dan kemudahan semasa bersalin.
Amalkan surah ini dan pada masa sama berdoa dan bergantung harap dengan Allah semoga dipermudahkan segala urusan bersalin kelak.
Tips Sihat dan Mudah Bersalin untuk Ibu Hamil Amalkan
Berikut adalah beberapa tips untuk memudahkan tempoh kehamilan dan proses kelahiran iaitu:
- Makan makanan yang sihat dan lakukan senaman yang sesuai dengan keadaan diri.
- Jangan sesekali mengambil alkohol, rokok, dan ubat-ubatan yang dilarang.
- Makan suplemen yang dianjurkan oleh doktor dengan konsisten.
- Lakukan pemeriksaan kehamilan seperti yang telah ditetapkan oleh klinik atau hospital.
- Tidur dengan posisi yang betul dan selesa untuk ibu mengandung.
- Belajar teknik-teknik untuk relaks dan kurangkan stress semasa hamil juga saat melahirkan
- Siapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi proses bersalin kelak dengan menghadiri kelas persiapan kelahiran.
- Teruskan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan mengandung dan bersalin kelak. Amalkan juga doa untuk ibu bersalin yang sesuai untuk diamalkan.
Kesimpulannya, ibu mengandung bukan sahaja disyorkan untuk amalkan surah Maryam, tetapi juga surah Yusuf untuk ibu mengandung amalkan jika ingin anak yang cantik rupa dan akhlaknya, amalkan surah al-Fatihah serta 3 Qul agar kandungan dilindungi dan banyak lagi surah lain yang boleh dijadikan amalan.
Jika nak lebih baik, jadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan tidak kiralah samada mengandung atau tidak.
Selain mengamalkan Surah Maryam di atas yang penuh dengan pelbagai manfaat, Mama boleh juga amalkan surah pilihan yang lain dengan merujuknya di SINI!