*Artikel ini menyebut tentang masalah kesihatan mental kemurungan, membahayakan diri dan bunuh diri.
Seringkali Mama hanya mahu orang faham tentang situasi Mama, dan orang sekeliling kita sukar nak faham apa yang Mama lalui. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental ini adalah:
- masalah kewangan
- kemurungan selepas bersalin
- pengangguran
- stres bekerja
- isu dalam keluarga
dan lain-lain. Kajian sistematik pada 2018 melaporkan bahawa 10–20% individu mengalami penyakit mental semasa mengandung atau tempoh paranakan.
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kesejahteraan Emosi, Mama Siti nak rekomen antara support group yang Mama Siti rasa Mama harus follow sementara Mama sedang recover ataupun masih lagi mencari komuniti yang membantu kesihatan mental Mama.
Di Facebook Kumpulan Sokongan Psikososial memberi pelbagai jenis sokongan yang Mama perlukan seperti maklumat tentang kesihatan mental, berkongsi tentang pengalaman mereka dan yang paling penting, kata-kata semangat yang boleh bantu Mama.
Jom kita tengok, mana tahu ia boleh tolong Mama ataupun orang terdekat Mama serba sedikit.
Istimewa Tentang Group Ini
Antara kelebihan support group ini adalah:
#1 Pelbagai Info Tentang Kesihatan Mental
Selain perkongsian tentang pengalaman individu yang mempunyai masalah kesihatan mental, Depression Survivors Malaysia juga memberi maklumat lebihan tentang kesihatan mental yang kita perlu bezakan.
Tambahan pula, dengan info yang selalu diwar-warkan oleh admin, pembaca group akan lebih faham tentang masalah kesihatan mental mereka dan cara macam mana orang lain mengatasinya. Jika Mama mahu info lanjut tentang masalah kesihatan mental, jom join sekarang!
#2 Mengadakan Program Kesihatan Mental Workshop & Webinar
Daripada pelbagai anjuran, program terbaharu mereka Kempen CAKNA Kesihatan Mental 2022 dan juga Webinar Chit Chat Kesihatan Mental 2022 fokus berkongsi tentang masalah mental daripada Pakar Psikiatri, Kaunselor dan macam-macam lagi.
Tujuan webinar dan kempen yang diadakan ini adalah untuk berkongsi tentang pelbagai jenis kesihatan mental yang harus Mama fahami dan apa sebenarnya kesihatan mental serta dengan tujuan untuk hentikan stigma negatif terhadapnya.
Penting untuk kita sebagai penghidap ataupun kenal orang yang mempunyai masalah mental ini supaya kita lebih sensitif dan cakna pada mereka. Oleh itu, jom tambahkan ilmu di sini!
#3 Fokus Memberi Kata-kata Semangat Pada Pembaca
Tidak melupakan pembacanya, seringkali admin akan selitkan kata-kata semangat pada survivors dapat relate dengan situasi mereka.
Kadang-kadang, kita tidak perlu memberi nasihat pada mereka yang meluah, cuma kita boleh faham akan situasi mereka dan memberi simpati yang sewajarnya.
Jika Mama berminat dengan isi kandungan yang berbaur begitu, boleh la Mama klik join!
‘#4 Cara Untuk ‘Handle’ Pesakit Yang Menghidap Kemurungan
Bukan sahaja untuk pesakit, tetapi untuk orang keliling lebih prihatin dengan persekitaran mereka. Terdapat perkongsian tentang bagaimana Mama boleh handle mereka yang akan cuba bunuh diri, ataupun membahayakan diri mereka.
Info-info seperti ini amat penting untuk Mama apabila berdepan dengan situasi kecemasan ini. Dapatkan maklumat seperti ini sekarang di group ini!
Macam Mana Nak Join Ni?
Group ini adalah group awam yang senang Mama nak sertai dan dapatkan info serta-merta. Mama nak share story for surviving pun no problem!
Kumpulan seperti ini sering memberi kata-kata semangat jika Mama share perjalanan Mama sewaktu menerima rawatan, secara tidak langsung ia memberi info tentang macam mana rawatan kesihatan mental ini berlaku dan kesan-kesan ia beri pada pesakit.
Semoga bermanfaat untuk masa kelak! Jangan putus asa Mama, jom join sekarang dan klik di SINI!
Dapatkan lebih banyak lagi kumpulan sokongan DI SINI.