“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takut pula saya nak epidural”
Ada pula yang katanya nak merasa sakit bersalin tapi…
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” (setengah jam lepas tu menangis mintak epidural)
Ada juga yang suami buat keputusan untuk isteri. Padahal si isteri yang bertarung nyawa melahirkan anak.
“Suami saya tak bagi amik epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya” – suami tak rasa pun sakit bersalin macam mana, dia pula buat keputusan untuk bini yang bertarung dengan kesakitan tu.
“Nenek saya dulu beranak tak ada pun epidural segala bagai ni, elok je dia!”
Hmmm, Mama Siti tak pasti kenapa ramai sangat ibu-ibu yang mengandung menolak habis-habisan dengan suntikan epidural ni. Macam-macam alasan dia kemukakan, sakit belakanglah dan yang paling dahsyat boleh buat lumpuh!
Fuuh! Mana info mama dapat yang suntikan epidural ni boleh lumpuhkan orang? Epidural digunakan untuk legakan sakit bersalin bukannya buatkan orang yang sakit bertambah sakit. Disini Mama Siti kongsikan kenyataan dari Dr. Muhammad Izzat Abd Razak, dimana beliau berkongsi kenapa epidural ni diberikan kepada ibu-ibu yang bersalin (bukan semua, cuma dalam sesetengah kes yang diperlukan sahaja).
Ni antara sebab-sebab orang tak mahu epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit-sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok macam mana.
Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belom lagi rasa sakit bersalin macam mana.
Apa Itu Suntikan Epidural?
Salah satu teknik pelega kesakitan yang diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada saja sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cerita apa yang saya tahu saja ye. Tak ada lah ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah.
Kalau dah pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu.
Kebaikan Suntikan Epidural ?
- Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yang terbaik.
- Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
- Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan
Kesan Buruk Yang Mungkin Timbul:
- Epidural tak berkesan mengurangkan sakit (1 dalam 10)
- Mengigil dan gatal-gatal
- Tekanan darah menjadi terlampau rendah (1 dalam 50)
- Sakit kepala yang amat sangat (1 dalam 100)
- Gangguan sistem saraf sementara (1 dalam 1000)
- Gangguan sistem saraf kekal (1 dalam 13000)
- Jangkitan meningitis ( kurang 1 dalam 50000)
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin. Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan.
Sakit Belakang Berlaku Atas Faktor Lain
Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak dapat suntikan epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Macam mana tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.
Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang!
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Seperkara lagi, sakit memang la penghapus dosa, tapi sakit nak bersalin ni bukan main-main untuk dicuba-cuba.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
BACA JUGA KAEDAH YANG ANDA BOLEH PILIH UNTUK KURANGKAN SAKIT KETIKA BERSALIN
Pesanan Mama Siti:
Buat ibu-ibu yang bersalin di luar sana, kalau doktor nak bagi suntikan epidural dekat mama, jangan pula menolak. Doktor bagi sebab nak tolong mama. Mana ada doktor bagi ubat untuk sakitkan lagi mama. Tak logikkan? Sebab tu jangan dengar segala cerita mak cik-mak cik bawang yang tak tahu info sebenar ni. Ingat, epidural takkan buat mama lumpuh okay, ia sekadar melegakan sakit bersalin saja!