KelabMama

Suhu Demam Bayi – Cara Betul Sukat Suhu Badan Anak

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama Papa mana yang tak bimbang bila suhu demam bayi kesayangan tinggi. Untuk pengetahuan Mama, demam itu sendiri tak membahayakan dan sebenarnya ia boleh menjadi perkara yang baik untuk si manja kerana itu ia adalah salah satu cara tubuh melawan jangkitan.

Jadi bagaimana kita nak tahu sama ada bayi kita betul-betul demam dan suhu demam bayi yang bagaimana boleh membahayakan?

Apakah Suhu Demam Bayi?

Foto Kredit: Adobe Stock

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, demam biasanya satu petanda yang luar biasa sedang berlaku dalam badan kita. Demam biasanya tak berbahaya melainkan jika ia mencapai (39.4 darjah selsius) atau lebih tinggi.

Jika anak Mama demam, adakah suhu badannya sama dengan suhu demam orang dewasa? Jawapannya, TAK.

Suhu demam bayi adalah 38.0 darjah celsius dan keatas. Apabila bayi mencapai suhu 39.0 darjah celsius, ia dikatakan tinggi sehingga memerlukan rawatan di wad. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai ibubapa untuk mengenalpasti suhu demam bayi agar tak mencecah sehingga 40 darjah celsius.

Tahap Suhu Demam Bayi dan Bila Kita Perlu Risau 

Mengapakah Bayi Demam?

Foto Kredit: Adobe Stock

Dalam kebanyakan kes, demam adalah tanda atau simptom bahawa tubuh bayi sedang melawan jangkitan.

Demam dapat merangsang pertahanan tubuh tertentu untuk melindungi daripada penyerangan virus dan bakteria. Walaupun ini adalah langkah positif dalam memerangi jangkitan, sudah tentu demam juga dapat membuat bayi kecil anda tak selesa.

Demam biasanya dikaitkan dengan penyakit berikut:

Foto Kredit: Adobe Stock

Proses penumbuhan gigi juga boleh menyebabkan suhu demam bayi naik. 

Demam boleh menyebabkan dehidrasi jika bayi Mama tak minum air dengan secukupnya ataupun muntah. Kanak-kanak kecil boleh mengalami dehidrasi dengan cepat. Gejala dehidrasi mungkin termasuk:

Tanda-tanda Bayi Demam & Macam Mana Periksa Suhu Demam Bayi

Bayi Mama mungkin akan menunjukkan reaksi yang berbeza dan mereka juga mungkin lebih cerewet serta lebih lesu daripada biasanya.

Tanda demam lain pada bayi termasuk:

Bagaimana Caranya Untuk Mengambil Suhu Bayi?

Foto Kredit: Adobe Stock

Mama boleh mengambil suhu anak dengan beberapa cara yang berbeza, seperti melalui rektum, mulut (secara oral), telinga, di bawah lengan atau ketiak (axillary), atau di bahagian pelipis(bahagian muka di antara dahi dengan telinga).

Salah satu cara yang paling direkemenkan oleh pakar adalah dengan menggunakan termometer digital pada kanak-kanak. Termometer merkuri tak boleh digunakan kerana ia boleh menimbulkan risiko pendedahan merkuri dan keracunan jika pecah.

Bagaimana saya nak tahu bacaan suhu dekat bahagian mana yang paling tepat?

Kalau nak tahu, termometer rektal memberikan bacaan suhu yang paling tepat dan paling mudah diambil pada bayi.

Foto Kredit: Healthcheckadvice.com

Cara mengambil bacaan suhu rektal:

  1. Pastikan termometer bersih. Basuh dengan sabun dan air atau lap dengan alkohol.
  2. Baringkan bayi di perut atau di belakang mereka dengan kaki diposisikan ke arah dada.
  3. Sapukan sedikit jeli petroleum di sekitar mentol termometer dan masukkan dengan lembut di pembukaan rektum. (Tak lebih dari 1 inci)
  4. Biarkan termometer digital di dalam selama kira-kira 2 minit sehingga anda mendengar bunyi ‘bip’.
  5. Kemudian keluarkan termometer dengan perlahan dan baca suhunya.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Semasa Bayi Demam?

Sebaiknya jauhkan anak dari orang ramai atau pusat jagaan kanak-kanak sehingga suhu kembali normal selama sekurang-kurangnya 24 jam. Sekiranya si kecil mama tak selesa, berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan/melegakan gejala:

Bila Perlu Berjumpa Dengan Doktor?

Foto Kredit: Adobe Stock

Segera hubungi pakar pediatrik jika bayi Mama demam yang disertai oleh simptom-simptom berikut:

Jangan tunggu sehingga bayi demam panas baru nak berjumpa dengan doktor. Jika Mama lihat si manja tak lagi aktif seperti biasa, kerap tidur, kurang selera makan dan minum, kurang membuang air besar dan kecil, sangat disarankan agar segera mendapatkan bantuan daripada doktor di klinik atau hospital. 

Hal ini kerana, kemungkinan bayi Mama sedang mengalami jangkitan yang bersifat sistemik. Selain itu, Mama perlu lihat jika badan anak mempunyai ruam merah seperti darah yang tak hilang walaupun ditekan dengan gelas, hal ini menunjukkan bayi Mama kemungkinan mengalami jangkitan yang sangat serius.

Sekiranya mereka kelihatan tak selesa, lakukan apa yang boleh untuk memberikan keselesaan kepada si manja. Sekiranya Mama sendiri rasa tak yakin dengan suhu atau tingkah laku bayi Mama, jangan ragu-ragu untuk bercakap dengan doktor atau pediatrik anak Mama.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA BAYI DEMAM? INI YANG PATUT MAMA LAKUKAN

Pesan Mama Siti

Demam memang perkara biasa terjadi kepada bayi tapi sekiranya suhu demam bayi meningkat dari yang sepatutnya teruslah bawa ke klinik atau hospital berdekatan. Lebih baik kita merawat sebelum ia semakin melarat.