KelabMama

“Suami yang hebat, menguruskan hal sekolah anak-anak,” – Menempis Stigma Wanita Lebih Baik Dalam Urusan Keibubapaan

Menjadi kebiasaan untuk si Mama yang mengambil tahu tentang hal-hal sekolah anak seperti masuk macam-macam group sekolah untuk cikgu-cikgu maklumkan hal-hal penting seperti perlu tanda tangan report card ataupun tarikh meeting PIBG yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun begitu, ramai Mama yang luahkan kebimbangan ataupun keresahan mereka jika Papa tidak ambil tahu langsung tentang perkembangan anak-anak mereka. Tetapi ramai juga bapa yang cakna dan uruskan segala hal-hal anak dan Mama Siti sangat kagum!

Ikuti kisah seorang Mama berkongsi tentang kisah suaminya yang menjadi pengasuh utama buat anak-anak mereka.

Jom baca di bawah~

Bapa Yang Baik dan Prihatin

Suami saya uruskan hal sekolah anak saya. Dia berada dalam sembang kumpulan kelas dan melakukan semua surat-menyurat dengan guru kelas. Berapa kali dia dipanggil ‘Puan’. Membuat kita berfikir betapa keibubapaan ini adalah secara default pekerjaan yang diharapkan oleh ibu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk debunked mitos ‘wanita lebih baik dalam hal ini & itu’. Tidak. Lelaki bukan sahaja dilahirkan secara selektif tidak cekap dalam kerja rumah dan keibubapaan. Kemahiran yang sama yang mereka dakwa kurang dalam perancangan rumah, mereka nampak hebat di tempat kerja.

Walaupun komen kasar daripada orang sekeliling kami, suami saya memilih untuk menjadi penjaga utama kepada anak kami dan dia cemerlang sangat dalam hal itu. Lelaki boleh ambil kisah seperti yang mereka mahukan sebagai parent. Jadi, jika mereka tidak pandai mengasuh anak-anak, itu sebab mereka memilih untuk membuat sedemikian. Senang je.

Suami saya benar-benar pengurus rumah tangga & parent yang hebat. Saya kadang-kadang marah kerana dia dipuji kerana saya tak mungkin akan dapat pujian yang sama jika tempat diterbalikkan. Itu membuatkan saya sekali-sekala kurang menghargai betapa hebatnya dia.

Untuk baca lebih lanjut mengenai post ini, Mama boleh klik di bawah.

`Kredit: Twitter Ede

Wah! Nampak tak tu Mama?

Lelaki boleh ambil kisah seperti yang mereka mahukan sebagai parent. Jadi, jika mereka tidak pandai mengasuh anak-anak, itu sebab mereka memilih untuk membuat sedemikian. Senang je.

Papa pun jangan malas ambil tahu tentang ilmu parenting. Kalau kurang ilmu, boleh belajar~ Jangan putus asa mejadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Mama dan Papa tahu tak betapa besarnya impak bapa pada anak-anak? Jom kita baca dengan lebih lanjut.

Impak Hubungan Erat Bapa Bersama Anak-Anak

Apabila bapa aktif dan terlibat di dalam hidup anak-anak ia memberi beberapa kesan positif kepada emosi kenak-kanak. Jika bapa yang duduk jarak jauh kerana kerja, bapa perlu sentiasa telefon mereka dan mengambil berat tentang perkembangan anak-anak adalah sangat penting.

Tidak salah jika Papa hendak belikan mereka barang kesukaan mereka untuk reward mereka. Kemudian, kurang berinteraksi tidak memberi manfaat kepada anak-anak. Tetapi jika Papa memberi parenting yang berkualiti tinggi, ia akan memberi impak yang positif pada anak-anak.

Jika anak memberi layanan yang dingin, ia mungkin kena mengena dengan didikan kita. Ahli psikologi Universiti Utah berkata,

“Menghina mereka, atau terlibat dalam tingkah laku bermasalah sebahagian besarnya tidak serasi dengan menjadi bapa yang prihatin”.

Syabas buat Papa yang tolong ambil report card, datang sukaneka, siapkan mereka ke sekolah, ambil dan jemput anak dari sekolah. Ia menunjukkan bapa caring pada anak-anak. Dan ia adalah sifat terpuji yang harus dicontohi oleh bapa-bapa lain diluar sana.

Kita harus melakukan yang lebih baik untuk sentiasa hadir dalam kehidupan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka tau!

Ingat pesan Mama Siti ya semua~