KelabMama

STRES SEORANG WANITA BERGELAR IBU! TUHAN JE YANG TAHU..

Stres atau tekanan merupakan gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Ia adalah tindak balas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang berasa takut, gelisah dan terancam. Apabila stress, badan akan menghasilkan adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih kencang, pernafasan bertambah laju dan peningkatan tekanan darah tinggi.

Rasa tertekan, cemas, dan letih. Begitulah antara beberapa rentetan rasa yang dialami kebanyakan ibu sewaktu melalui alam keibuan. Pengalaman itu lebih-lebih lagi dirasai oleh ibu muda yang bukan sahaja terpaksa mengimbangkan antara perubahan emosi dengan perubahan hormon. Bahkan, mereka juga perlu mengetahui gerak hati dan mempunyai pengetahuan tentang hal penjagaan yang terbaik bagi bayi, suami dan urusan rumahtangga. Tidak diragukan lagi bahawa wanita memikul tanggungjawab yang besar di rumah suaminya. Tanggungjawab ini jauh lebih besar daripada sekadar memberikan layanan kepada suami, memberi anak-anak makan minum dan mengurus rumah. Wanita yang bergelar isteri merupakan sumber inspirasi atau faktor kemajuan suaminya.

 

PENGURUSAN MASA BAGI WANITA BEKERJAYA

Lebih memenatkan, jika seorang ibu itu turut bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Ini beberapa saranan yang boleh anda ikut agar stres anda bergelar ibu yang bekerjaya dapat dikurangkan.

 

SUAMI TOLONG MEMAHAMI ISTERI ANDA

Pasangan hidup atau suami juga merupakan salah satu faktor luaran untuk seseorang  wanita mendapat stres. Suami yang tidak memahami kesibukan dan kepenatan isteri dengan tidak membantu mereka dalam meringankan tugas – tugas harian di rumah. Isteri keluar bekerja bersama dengan suami agar ia dapat memperkukuh dan menstabilkan lagi kedudukan kewangan keluarga mereka. Namun, ada suami yang masih lagi memegang pada norma-norma yang lama iaitu tugas isteri adalah di dapur. Oleh itu kerja-kerja di rumah sepatutunya diuruskan oleh isteri walaupun selepas penat bertugas di pejabat. Keadaan ini sudah pasti akan memberi kesan yang negatif pada isteri dan juga keluarga mereka. Secara tidak langsung, ia juga boleh menjurus ke arah penceraian serta menimbulkan stres yang lebih besar.

Ahli keluarga yang terdekat seperti emak, ayah dan suami turut menjadi sumber sokongan bagi wanita yang bergelar ibu. Mereka boleh mendengar luahan hati wanita tersebut dan memberi pertolongan sekiranya perlu. Di rumah mereka juga turut boleh membantu dengan meringankan beban tugas wanita dengan membantu dalam membuat kerja-kerja rumah.

 

CARA MENGENDALIKAN STRES UNTUK WANITA

Stres boleh membunuh secara perlahan, oleh sebab itu adalah lebih baik untuk seseorang terutamanya wanita bergelar ibu dan isteri agar boleh mengatasi stres agar dapat menyediakan suasana yang positif dalam rumahtangga.

 

 

 

 

Sumber: Internet