“Ish, dah cuba macam-macam produk wajah! Daripada harga biasa-biasa sampai yang berjenama, tapi kenapa muka masih nampak kusam tak bermaya ni?”
Pasti ada antara Mama yang mengalami masalah demikian, bukan?
Dengan otak serabut fikirkan banyak perkara, kini bertambah pressure bila tengok wajah pula semakin tak berseri. Aduh, stress-nya!
Tahukah anda, keserian wajah bukan hanya bergantung kepada jenis produk penjagaan semata-mata, namun pengambilan makanan dan pengurusan emosi serta mental yang baik juga mempengaruhi kesihatan muka anda.
Kelab Mama berkesempatan menemubual Ms Huda Aiman Mohamad Shahir, Ketua Bahagian Dietetik dan Perkhidmatan Makanan, Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC) bagi mengulas lanjut mengenai cara tepat memiliki wajah sihat bermaya melalui kaedah pengurusan stres yang baik.
Namun, harus diingati bahawa kesemua ini bermula dengan tabiat pemakanan sihat. Jom lihat apa kata dietition!
1. Adakah tabiat pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada masalah stres?
Ya, tabiat pemakanan yang salah dapat menyumbang kepada masalah stres.
Makanan memainkan peranan penting dalam kesihatan fizikal dan mental seseorang. Ketidakseimbangan dalam makanan dan kurangnya nutrisi yang mencukupi boleh menyebabkan tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Ini boleh mengakibatkan penurunan energi dan mengurangkan kemampuan seseorang untuk mengendalikan stres.
Makanan yang tinggi lemak, gula dan berproses juga akan menyebabkan keradangan kepada badan dan otak, dan ini akan meningkatkan risiko kecenderungan dan “mood disorders”.
2. Apakah jenis makanan yang harus dielakkan bagi mengatasi masalah stres?
Apabila cuba mengatasi masalah stres melalui pemakanan, terdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan atau dikurangkan dalam diet.
Makanan seperti daging olahan, makanan tinggi gula, kafein, dan alkohol, yang memberikan sedikit nilai nutrisi, telah dikaitkan dengan lebih banyak gejala psikiatri dan boleh meningkatkan tahap kortisol iaitu hormon utama kita yang bertanggungjawab untuk stres.
3. Apakah jenis atau gaya pemakanan boleh menyumbang kepada masalah ‘anxiety’?
Sama seperti jenis makanan yang disebutkan diatas, tabiat pemakanan yang tidak sihat ini juga boleh menyumbang kepada masalah ‘anxiety’,dan boleh menyebabkan kelesuan dan ketidakselesaan kepada tubuh badan seseorang.
Kenaikan dan penurunan berterusan dalam tahap gula darah boleh mengakibatkan pelepasan adrenalin dan kortisol ke dalam aliran darah, dan ini boleh menyebabkan serangan panik.
Makanan berproses yang mengandungi garam berlebihan boleh menaikkan tekanan darah dan juga menyebabkan pelepasan adrenalin yang mencetuskan serangan ‘anxiety’.
Kafein merangsang sistem saraf pusat dan pengambilan berlebihan boleh menyebabkan denyutan jantung yang tidak teratur, gemetar, mudah marah, dan masalah insomnia.
Kafein juga boleh menghalang penyerapan beberapa vitamin, termasuk vitamin B, yang diperlukan untuk membantu relaksasi dan mengawal mood.
4. Apakah makanan yang sesuai diambil bagi memastikan wajah kelihatan sihat dan bermaya?
Makanan yang sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan membuat wajah terlihat segar dan bermaya adalah makanan yang kaya nutrisi dan antioksidan.
Nutrisi yang tepat dapat membantu merangsang produksi kolagen, menjaga kulit lembap, melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar matahari dan meminimalkan tanda-tanda penuaan.
Vitamin C, omega 3, vitamin E adalah contoh nutrisi yang sangat membantu dalam kesihatan kulit.
Makanan yang tinggi antioksidan seperti dark chocolate, teh hijau, minyak zaitun, flax seed, buah-buahan dan sayur-sayuran harus diamalkan untuk menjaga kulit dari radikal bebas dan mengurangkan keradangan.
Amalkan minum air putih (dalam 6-8 gelas setiap hari) untuk mengekalkan hidrasi badan.
5. Selain daripada jenis pemakanan, adakah waktu makan tidak teratur turut menyumbang kepada stres?
Ya, waktu makan yang tidak teratur atau salah juga dapat menyumbang kepada masalah stres. Pola makan yang tidak konsisten dan tidak teratur dapat mempengaruhi sistem tubuh, termasuk mengganggu keseimbangan hormon dan energi.
6. Adakah pengambilan suplemen tertentu boleh membantu meredakan stres seperti vitamin C, kolagen, dan sebagainya?
Beberapa suplemen tertentu dapat membantu meredakan stres atau mendukung kesihatan mental secara keseluruhan seperti vitamin B complex, vitamin C, magnesium, omega 3 dan probiotik.
Namun, penting untuk diingatkan bahawa suplemen bukanlah pengganti pola makan yang sihat dan gaya hidup seimbang.
Sebelum memulakan pegambilan suplemen, disarankan untuk mendapat konsultasi daripada doktor atau pakar pemakanan, terutamanya jika anda memiliki masalah kesihatan atau mengambil ubat-ubatan lain.
Suplemen dapat berinteraksi dengan ubat dan boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu.
7. Mengapakah kebiasaan individu yang sedang stres akan mengambil makanan atau minuman manis secara berlebihan ?
Ketika seseorang mengalami stres, respon tubuhnya dapat berubah sebagai tanggapan terhadap tekanan atau beban emosi, dengan melepaskan hormon stres seperti kortisol dan adrenalin.
Hormon-hormon ini dapat meningkatkan nafsumakan dan membuat orang cenderung mencarimakanan yang tinggi gula dan lemak.
Terdapat juga sesetengah orang merespon stresdengan mengalihkan perhatian mereka kemakanan sebagai cara untuk mengatasi perasaan negatif atau tidak nyaman.
Beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa makanan manis dapat mempengaruhi kimia dalam otak, menyebabkan perubahan sementara dalam suasana hati dan perasaan yang lebih baik.
Oleh itu, seseorang mungkin merasa bahawamakanan manis dapat membantu merekamengatasi stres, setidaknya untuk sementara waktu.
8. Bagi situasi individu yang stres akibat masalah tersendiri seperti masalah rumah tangga, kewangan dsb; adakah terdapat jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan stres seseorang itu?
Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangi tekanan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental. Seperti yang telah dijelaskan di atas, makanan yang mengandungi vitamin B, C, omega 3 dan antioksidan contohnya buah-buahan beri, sayuran hijau, dark chocolate, ikan salmon dan tuna adalah disarankan bagi membantu mengurangkan stres.
Bagaimanapun, sumber utama kesihatan mental adalah pola makan secara keseluruhan dan gaya hidup sihat.
Makanan yang sihat dan cukup nutrisi, bersama dengan latihan fisik, tidur yang cukup dan teknik pengurusan stres yang efektif, dapat membantu mengatasi stres dan meningkatkan kesejahteraan mental secara keseluruhan.
9. Apakah contoh tabiat pemakanan terbaik yang disyorkan sendiri oleh Dietitian dalam usaha meredakan stres?
Mengamalkan pinggan sihat atau “Suku suku separuh” dalam diet seharian. Makan pada waktu yang teratur, dan tidak membiarkan badan dalam tahap kelaparan atau energi badan yang rendah dalam jangka masa yang lama.
Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan pengambilan vitamin dan zat yang dapat membantu mengurangkan tahap stres.
Kurangkan makanan tinggi lemak, berproses, gula dan garam berlebihan untuk membantumenyeimbangi hormon-hormon yang mempengaruhi stres dan tekanan darah.
10. Apakah bayi 6 bulan ke atas juga boleh mengalami stres akibat pemakanan yang diperkenalkan oleh ibu bapa mereka? Bagaimana pula dengan anak kecil, terutamanya ‘picky eaters’ – apakah mereka juga boleh tertekan akibat pilihan makanan atau minuman yang diberikan?
Ya, bayi 6 bulan ke atas dan anak kecil, terutamanya ‘picky eaters’, juga dapat mengalami stres daripada pemakanan yang diberikan ibu bapa atau pengasuh.
- Bayi 6 bulan ke atas
Ketika bayi mencapai usia sekitar enam bulan, mereka biasanya diperkenalkan dengan ‘complementary feeding’.
Pada tahap ini, perubahan dalam makanan mereka dapat menyebabkan ketidaknyamanan atau ketidakbiasaan. Misalnya, sesetengah bayi mungkin menolak makanan baru atau memiliki respon yang negatif terhadap tekstur atau rasa yang berbeza.
Ini boleh menyebabkan stres kepada bayi, tetapi biasanya bersifat sementara dan akan berkurangan dengan waktu dan kesabaran.
- Anak kecil atau ‘Picky Eaters’
Mereka boleh mengalami stres atau rasa kecewa disebabkan pilihan makanan yang terbatas atau makanan yang tidak disukai. ‘Picky eaters’ cenderung untuk memilih makanan yang mereka suka dan menolak makanan lain yang dianggap asing atau tidak disukai.
Ketika pilihan makanan mereka dibatasi, mereka mungkin mengalami stres atau berasa tertekan untuk mencuba makanan baru.
Menyediakan variasi makanan yang sihat dapat membantu mereka mengatasi ketidaknyamanan dan stres bagi mencuba makanan baru.
Namun, sangat penting bagi ibu bapa untuk tidak memaksa anak makan makanan yang mereka tidak suka kerana ini dapat meningkatkan tahap stres anak dalam pemakanan seharian mereka.
Haa, anak-anak kecil pun stres tau Mama! Bukan kita je yang stres. Semoga dengan perkongsian daripada Ms Huda ini berguna untuk Mama sekeluarga.
Baca perkongsian pakar mengenai pelbagai topik kesihatan yang lain di SINI.