KelabMama

‘Speech Delay’ | Awas, TV Antara Puncanya!

tv punca speech delayed

Image from Adobe Stock

Ada tak mama papa yang selalu buka TV untuk anak-anak, lepas tu mama papa main handphone? Biar anak tengok TV berjam-jam lamanya. Kadang tu kita sibuk kat dapur kan, kita biar anak depan tv. Mama papa kena hentikan tabiat ini kerana TV punca ‘speech delay’ dalam kalangan anak-anak kita.

Sebab tu doktor atau pakar kesihatan selalu nasihatkan supaya kita hadkan masa anak untuk menonton TV atau ‘screen time’ si manja. Bukan tak boleh tengok langsung, boleh tapi ada waktunya. Kadang kita terfikir kenapa anak lambat bercakap, haaa ini lah salah satu puncanya; TV tu.

Ini Kenapa TV Punca ‘Speech Delay’ Si Manja

Hal ini bukan Mama Siti ajak membawang tau, tapi benda ini sendiri dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari dalam satu posting di laman Facebooknya. Mengenai anak yang ‘speech delay’ disebabkan terlalu banyak menonton TV.

Disebabkan risiko yang pernah jadi, beliau sampaikan nak jual je TV tu, biar tak ada TV lagi bagus. Sebabnya bila anak dah terbiasa duduk bersila depan TV, ha mula lah menempel lama-lama dekat situ. Tapi kita sebagai ibu-bapa, kita kena aware yang TV boleh sebabkan banyak kesan buruk terhadap anak-anak termasuklah:

 Anak kita mungkin akan mengalami masalah lambat bercakap (delayed speech), masalah tingkahlaku dan juga ketinggalan dalam pelajaran berbanding kawan-kawan sebaya suatu hari nanti.

Mama Siti bukan nak takutkan mama papa semua, tapi inilah hakikatnya. Dah dibuktikan dalam kajian pun. Dr Linda S. Pagani dengan teammates-nya dari University of Montreal dah buat kajian pasal kesan kanak-kanak yang menonton TV. Memang terbukti ye anak-anak yang lebih kerap terdedah dengan TV akan lebih rendah prestasi akademik mereka berbanding yang jarang atau tak menonon TV.

Dr Linda jalankan kajian ke atas 1300 kanak-kanak dan majoriti yang menonton TV mempunyai prestasi yang rendah dan bukannya prestasi pelajaran je terganggu. Malah juga, masalah penglihatan dan pendengaran pun boleh berlaku tau.

Dalam masa sama, bila waktu dah banyak habis kat depan tv, maka aktiviti lain yang patutnya kita galakkan mereka buat pun jadi tergendala. Contohnya aktiviti fizikal dan aktiviti untuk perkembangan kognitif. Sebab tu lah otak si comel tu berisiko berkembang lebih lambat.

 Lagi menyedihkan bila tengok anak kita selamba je tiru aksi bergaduh, merokok dan mencarut macam yang dilakukan oleh sesetengah watak kartun yang mereka tengok.

Si comel ni bukannya pandai nak bezakan mana baik mana buruk, mana fantasi mana realiti kan. Tapi bila nampak mereka terikut perkara yang tak sepatutnya dari dalam TV, hati ibu-bapa mana yang tak luluh.

Guidelines’ Untuk Elak Risiko TV Kepada Si Manja

Risiko TV pada anak-anak boleh dielakkan kalau kita ikut guidelines yang ditetapkan oleh doktor dari American Academy of Pediatrics (AAP). Mama Siti yakin mesti tak ramai lagi yang tahu pasal guidelines ini, tapi tak apa, jom Mama Siti explainkan.

Antara guideline nya adalah:

Untuk pengetahuan semua, bunyi dari TV pun boleh mengganggu perkembangan otak anak-anak walaupun mereka sedang tidur.

Ini lah sebabnya kita kena hadkan waktu menonton TV anak-anak. Ye Mama Siti faham, kadang kita sibuk kan, ada kerja, nak memasak dan sebagainya, tapi ada banyak alternatif lain lagi. TV bukannya satu pilihan je yang mama papa ada. Demi masa depan anak, kita kena berkorban sikit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

BACA LAGI ANAK KETAGIH GAJET? INI TIPS UNTUK BESARKAN ANAK MACAM ‘ORANG DULU’

Pesan Mama Siti

Lebih baik kita banyakkan aktiviti yang banyak kebaikan untuk anak-anak. Kita buat aktiviti fizikal ke, apa-apa yang lagi banyak faedah kan dan yang penting juga boleh eratkan hubungan antara kita.