Mereka perlu lalui ujian dara ‘dua jari’ untuk membuktikan yang mereka adalah ‘wanita yang baik’.
Begitulah kata Zakia yang pernah memohon untuk menjadi sebahagian daripada polis Indonesia. Eeeiii, peliknya! Kenapa perlu buat macam tu? Nak jadi polis pun sampai kena test dara bagai.
Malaysia buat jugak ke? NO! Berbeza dengan sesetengah negara seperti Indonesia, Afghanistan, negara kita alhamdulillah tak amalkan ujian dara malah menolak sekeras-kerasnya perbuatan ni sebab ia mengundang malu dan mencabul hak asasi seorang wanita.
Ramai yang tak tahu dengan kewujudan ujian ni, jadi benda ni sangat penting untuk mama sebagai seorang wanita. At least mama kena tahu sedikit sebanyak tentang amalan Virginity Testing ni. Kita mungkin tak dapat bantu secara langsung wanita di negara lain tapi sekurang-kurangnya kita dapat sokong World Health Organization untuk membanteras amalan ni di negara lain.
Fakta mengenai Ujian Dara:
- “Ujian Dara” menggunakan kaedah 2 jari adalah tidak berasas, mendatangkan kerosakan dan mencabul hak seorang wanita
- Amalan ini TIDAK pernah di lakukan di Malaysia tetapi ia diamalkan di Afghanistan, Bangladesh, Egypt, India, Indonesia, Iran, Jordan, Palestine, South Africa, Sri Lanka, Swaziland, Turkey, and Uganda.
- Di Indonesia, anggota polis wanita yang baru mendaftar akan di uji dengan pemeriksaan ini . Ia juga pernah dilakukan kepada pelajar sekolah menengah di Sumatra Selatan sebagai langkah untuk mencegah maksiat di daerah tersebut.
- Ujian ini dilakukan di negara Afrika sebagai rutin sebelum majlis perkahwinan. Wanita yang lebih berusia akan memeriksa kemaluan bakal pengantin perempuan untuk memastikan ianya masih dara.
- Di Bangladesh, Pakistan dan India, ujian ini pernah dilakukan untuk memeriksa status dara mangsa rogol
- Bermula pada tahun 2018, UN dan WHO telah melancarkan kempen khas untuk memastikan ujian kejam ini di hentikan kerana ia menyakitkan, memalukan dan bertentangan dengan hak asasi seorang wanita.
* Ujian dara TAK SAMA dengan ujian pemeriksaan bukaan rahim semasa proses kelahiran.
Buat pengetahuan mama, ujian ni juga mendapat tentangan keras dari World Health Organization, United Nations Human Rights Office of the High Commissioner dan UN Women. Mana taknya, bukan setakat ia mencabul kehormatan wanita, malah boleh timbulkan pelbagai kesan buruk. Contohnya, trauma, risiko jangkitan kuman, kemurungan dan boleh juga sampai bunuh diri tau!
Sekarang mama dah tahu kan apa tu Ujian Dara? Yang pastinya, ujian ni tak bagus untuk kita para wanita jadi jom kita sama-sama kita hentikan ‘penderaan’ emosi dan fizikal wanita dengan menyokong End Virginity Test ni.
Sumber: publichealthmalaysia
BACA JUGA PENYEBAB PENDARAHAN FARAJ BERLEBIHAN DAN BERPANJANGAN
Pesanan Mama Siti:
Tengok cara pun Mama Siti dah seram sejuk. Masih lagi tak faham dengan negara yang amalkan kaedah ni. Nak bekerja pun ada ujian wanita baik ke tak baik. Pendapat Mama Siti, kita mohon kerja ikut kelayakan. Bukannya tengok kita ni masih dara ke tak.