KelabMama

Solat Sunat Tarawih Di Rumah Ketika PKP

Solat sunat tarawih yang pertama dah bermula malam tadi. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, kita dah pun masuk bulan Ramadhan. Bulan mulia yang dinantikan oleh semua umat Islam. Walaupun Ramadhan kali ini berbeza dari yang sebelum ni tapi ibadah puasa yang dilakukan tetap sama. PKP kali ini bukan alasan untuk terlepas dari mengerjakan solat sunat tarawih ye. Kita masih boleh melakukannya di rumah dan yang paling best dapat solat tarawih bersama keluarga tau!

Bagi yang belum mahir tentang bagaimana nak melakukannya di rumah jangan risau. Ini panduan untuk mengerjakan solat tarawih di rumah sepanjang PKP yang disarankan oleh JAKIM khas buat mama sekeluarga.

Untuk pengetahuan mama, solat ni boleh dilakukan sepanjang malam dan bukannya pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua jam selepas isyak je. Kalau nak buat tengah malam pun boleh, asalkan dibuat sebelum solat subuh.

Berikut merupakan panduan untuk lakukan solat sunat tarawih bersendirian ataupun berjemaah di rumah buat yang masih tak tahu:

Niat

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.” 

Cara Menunaikan Solat Tarawih Sebanyak 8 Rakaat

Solat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.

Ianya ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam).

Bacaan Surah Solat Tarawih 8 Rakaat.

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa je surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.

Namun, bagi mereka yang tak menghafal surah-surah panjang, boleh je membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.

Susunan Surah Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.

Cara Menunaikan Solat Tarawih Sebanyak 20 rakaat

Solat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.

Ia boleh ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dengan dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat x 10 salam).


Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambar rajah di atas.

Cara Menunaikan Solat Sunat Witir

Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

Bacaan Surah-surah Dalam Solat Witir

Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.

Semoga bermanfaat dan selamat menunaikan ibadah puasa!

Sumber: JAKIM – Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas & says.com

Baca Juga: 12 Tips Berkesan Didik Anak Kecil Solat Dengan Mudah Tanpa Paksaan

Pesan Mama Siti

Selesai solat, jangan lupa untuk doakan kesejahteraan keluarga, diri dan tak lupa untuk saudara islam yang ditindas di luar sana. Doakan juga kita bebas melawan virus ini. Semoga kita semua dibawah RahmatNya.