Pejam celik, pejam celik, lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tahun ni kita beraya dalam tempoh PKPB dan solat sunat Hari Raya pun disarankan dibuat di rumah bersama keluarga. Tak apalah, asalkan dengan cara ini dapat mengelakkan penularan wabak COVID-19 ni kita kenalah patuhi.
Ada papa atau ketua keluarga yang dah start ‘cuak’ ke bila dapat tahu kena buat solat sunat Hari Raya kat rumah? Almaklumlah, lepas solat ini ada khutbah lagi. Ha..jangan ‘cuak’ ye, semoga perkongsian menarik ini dapat memudahkan papa atau ketua keluarga untuk melaksanakan solat sunat Hari Raya di rumah nanti.Solat Sunat Hari Raya – Panduan Asas Buat Imam Interim
Solat Sunat Hari Raya – Panduan Asas Buat Imam Interim
Tahun ni memang cemas. Bukan saja cemas sebab Corona Virus, tetapi juga cemas sebab ada bulan Ramadhan.
Masjid dan surau ditutup. Jadinya, bapak-bapak mesti jadi imam solat terawih dan witir di rumah bersama isteri dan anak-anak.
Datang hari raya, cemas lagi. Sebab masjid dan surau masih lagi tutup. Jadinya sekali lagi, bapak-bapak mesti jadi imam solat. Kali ini solat Aidilfitri di rumah masing-masing.
Tambah cemas bila solat Aidilfitri kena baca khutbah lepas solat. Macamana nak buat tu?
So, saya bagi panduan asas solat Aidilfitri dan khutbah hari raya untuk bapak-bapak jadikan sebagai panduan.
Jangan takut! Lawan!
#Solat Sunat Hari Raya
Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.
Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol
#Khutbah pertama
Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.
#Khutbah kedua
Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Then, boleh la bersurai.
Itu je pun. Tak susah kan? Sempoi giler.
Ada beberapa hari lagi nak berlatih ye. Kalau boleh jangan la yang basic sangat. Tambah la sikit perisa biar sedap tak nampak kering.
Terutamanya yang bahagian khutbah hari raya tu.
Agak-agak susah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. Kemudian baca.
Selesai…
Masih bimbang?
Jangan takut! Lawan!
Kalau takut nak lawan sorang-sorang, lawan ramai-ramai. Share panduan ni dekat semua bapak-bapak yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.
Kita lawan sama-sama.
Harapnya perkongsian dari Khairul Anuar Basri ni sedikit sebanyak dapat membantu papa atau ketua keluarga untuk menunaikan solat sunat Hari Raya nanti. Selain itu Jabatan Agama Islam Selangor juga ada berkongsikan infografik bergambar yang lebih mudah untuk difahami.
Ha..macam mana? Mudahkan? Jadi papa mahupun ketua keluarga tak perlulah ‘nervous’ sangat ye.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Khairul Anuar Basri , BH Online , Jabatan Agama Islam Selangor
BACA JUGA PANDUAN SOLAT JEMAAH SEMASA PKPB
Pesan Mama Siti
Raya tahun ni pasti berbeza tapi nak buat macam mana kan, kesihatan kita semua lebih penting. Lagipun ini lah masanya kita dapat tengok suami atau ketua keluarga jadi imam interim untuk solat sunat Hari Raya kat rumah. Betul tak? Pastinya ini akan jadi kenangan kita semua bila kita dah bebas dari COVID-19 nanti 🙂