KelabMama

Snek ‘Homemade’ Untuk Dinikmati Seisi Keluarga

Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak. Namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.

Oleh itu, Mama Siti cadangkan Mama cuba sendiri snek homemade di rumah untuk anak-anak.

Bagi Mama Papa yang mementingkan kualiti rasa dan nutrisi makanan yang dihidangkan kepada anak-anak, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Jangan risau, mudah je sebenarnya! Jom Mama Siti ajarkan.

7 Resipi Snek Homemade

Nugget Ayam Tempura

Bahan:

Langkah-Langkah :

1. Kisar semua bahan hingga halus (boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)

2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.

3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.

 4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.

5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.

6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.

7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.

 8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.

 9. Sedia untuk dinikmati.

Resipi daripada: Rasa.my

Kerepek Pisang

Bahan:

Langkah-Langkah:

1. Cuci pisang, kupas buang kulit. Cuci lagi pisang yang sudah dikupas dan kemudian toskan.

2. Ambil setengah cawan air. Letakkan garam, serbuk kunyit, ajinamoto dan larutkan.

3. Panaskan minyak dan sagat pisang dalam kuali yang berisi minyak panas. Boleh juga sagat dalam bekas lain siap-siap.

4. Goreng menggunakan api perlahan supaya kerepak garing merata. Setelah bahagian bawang garing, terbalikkan dan siram air perasa dalam 2 sudu.

5. Tunggu sehingga minyak tiada percikan dan buih minyak berkurang. Ia bermakna kerepek sudah garing sepenuhnya, dah boleh angkat dan toskan.

6. Kerepek yang dah siap boleh disimpan dalam balang atau bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Resipi daripada: MyResipi.com

Sosej Ayam

Bahan:

* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
* Saiz gelas plastik untuk menyukat air/stok ayam.

Langkah-Langkah:

1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim.

3. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

4. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

5. Tos dan buka balutan cling flim tadi.

6. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.

Resipi daripada: Rasa.my

French Fries

Bahan-bahan:

Langkah-Langkah:

1. Sediakan air gula

Pertama sekali, sediakan 2 cawan air sejuk/ biasa + 2 sudu makan gula. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam besen/ mangkuk besar dan ketepikan sebentar.

Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman sebab bila rendam selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.

2. Hirikan kentang

Buang kulit kentang dan kemudian hiris macam dalam gambar. Jngan nipis sangat ya. Agak-agak saiznya macam french fries yang kita biasa makan.

3. Rendam dan sejukkan dalam air gula

Setelah dihiris panjang-panjang, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi.

Sejukkan selama 15-30 minit dalam peti ais.

*Kalau ada air kapur, boleh masukkan sedikit supaya kentang lebih rangup dan tak serap banyak minyak.

4. Rebus

Selepas disejukkan 30 minit, panaskan air bersama 1 sudu kecil garam. Biarkan hingga mendidih. Air rebusan yang diletakkan garam ini akan memberi rasa pada bahagian luar kentang

Masukkan kentang tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan 1 sudu makan minyak masak.

5. Tos

Selepas direbus 5 minit, matikan api dan toskan kentang. Biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti ais bahagian sejuk beku.

Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam. Bila dah beku, baru goreng.

6. Goreng

Beginilah hasilnya. Tapi ini sebenarnya tak sempat tunggu 3 jam. Rasanya tetap super sedap!

Resipi daripada: SirapLimau .com

Cheesy Wedges

Bahan:

Langkah-Langkah:

1. Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.

2. Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.

3. Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.

4. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.

5. Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap. Siap untuk dimakan!

Resipi daripada: MyResipi.com

Bar Snek

Bahan:

(semua bahan diatas dibakar sekejap di dalam ketuhar)

Bahan Lain:

Langkah-Langkah:

1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.

2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.

3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.

5. Sedia untuk dinikmati.

Resipi daripada: Rasa.my

Popcorn Karamel

Kredit gambar: The salted pepper

Bahan:

Bahan-Bahan Caramel:

Langkah-Langkah:

  1. Masukkan minyak masak dan mentega.
  2. Masukkan popcorn dan kacau sampai popcorn meletup.
  3. Tutup tudung periuk dan perlahankan api takut popcorn hangit.
  4. Masak sampai habis bunyi meletup.

Gula Karamel

  1. Masukkan gula putih dan air dalam kuali.
  2. Masak sampai air gula cair dan bertukar perang. Tak perlu kacau, hanya goyang-goyang kuali saja.
  3. Bila air gula bertukar perang muda (light brown) masukkan butter dan tutup api (untuk elak caramel gelap dan pahit). Kacau sampai pekat
  4. Masukkan garam. Kacau sebati.
  5. Masukkan baking soda dan kacau cepat-cepat.
  6. Cepat-cepat tuang masuk karamel dalam popcorn.
  7. Gaul popcorn cepat-cepat sementara karamel masih panas.
  8. Pindah masuk popcorn dalam tray dan relaikan popcorn yang melekat.

Tips:


Selain snek homemade di atas, Mama Siti ada kongsikan lebih banyak resipi enak di SINI.