KelabMama

‘Snake Plant’ Bahaya Letak Dalam Rumah?

“Snake plant” tu apa Mama Siti, tak pernah dengar pun. Yelah, kita selalu panggil pokok lidah jin, mananye nak panggil ‘snake plant’ bagai kan? – hahahaha. Bagi mama yang minat menanam, mesti wajib ada pokok ni dekat rumah kan? Baru ni ada lah viral sana sini, cakap yang pokok ni bahaya. Tapi, betul-betul bahaya ke ‘snake plant’ ni?

Jangan takut dulu, jom Mama Siti story-mory dekat mama semua! Tapi sebelum tu, kita kenal dulu serba sikit pasal pokok yang kita suka tanam ni.

‘Snake Plant’ atau Pokok Lidah Jin

Kita orang Melayu panggil lidah jin je, orang putih putih sana panggil snake plant. Mungkin sebab warna dia macam ular kot kan. Mungkin lah… Tapi mama semua tahu tak apa nama saintifiknya? Seindah warnanya, namanya pun macam tu. Dikenali dengan Sansevieria Trifasciata; rumpun ini diberi nama bersempena dengan penghormatan kepada Raimondo di Sangro (1710-1771), seorang putera San Severo di Italy suatu ketika dahulu.

Di Afrika, pokok ini dipercayai boleh menjadi bahan antiseptik yang membantu dalam perubatan dan juga digunakan sebagai salah satu ubatan tradisional.

Tapi kita jarang lah nak guna pokok ni sebagai ubat kan? Dah tanam cantik-cantik, nak potong buat ubat pulak kan hahahaha.

Bahaya ke ‘snake plant’ ni?

Bagi Mama Siti pokok ini takda masalah pun cuma ianya boleh membahayakan kalau kita letak dalam rumah terutamanya kalau kita ada anak kecil atau haiwan peliharaan. Kenapa? Haa, ni Mama Siti nak cerita ni.

Menurut Pusat Racun Negara, dari laman Facebooknya, mereka menyatakan bahawa pokok ini mempunyai bahan saponin yang aktif. Ia boleh menyebabkan berlaku gejala-gejala ringan seperti muntah, ruam dan cirit-birit (kalau termakan dalam kuantiti yang banyak.)

Tapi pokok ini boleh memberi kesan yang teruk kepada haiwan peliharaan kita. Contoh kalau ada yang bela kucing atau anjing kan, haaa memang akan bawa padah. Antara simptomnya adalah binatang perliharaan anda akan muntah-muntah, lesu, mengalirkan air liur yang berlebihan dan kurang selera makan.

Jadi, bagi mama yang ada membela kucing ke tu kan, elakkan menanam pokok ini, mungkin boleh, tapi letak lah luar rumah atau jauh dari sangkar atau tempat kucing anda bermain.

Satu lagi Mama Siti nak ingatkan, bagi yang ada anak kecil tu, tolong beware juga. Pokok ni kan boleh menyebabkan muntah semua tu kan, risau nanti si comel mama diserang keracunan. Mereka bukan faham lagi bahaya ke tak ke kan, makanya, kita lah kena berwaspada dan selalu pantau aktiviti mereka. Risau juga kalau mereka patahkan atau bermain dengan pokok lidah jin ni kan; satu hal pulak nak fikir anak keracunan, daripada sihat elok je.

Snake plant’ ada kesan sampingan lain juga

Tapi, berbeza pula pendapat dari Fatimah Salim dari satu post di Facebooknya.

Saya tidak risau sangat pasal pokok ini. Ianya sama macam pokok-pokok lain yang mengeluarkan gas oksigen dan mengambil gas karbon dioksida. Maka, boleh lah membantu pengudaraan dalam ruang yang tertutup. Rupanya juga cantik untuk dijadikan hiasan.

Namun yang lebih merisaukan saya ialah tanah yang digunakan dan disimpan dalam rumah. Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak. Hati-hati mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti.

Maka, secara kesimpulannya Mama Siti boleh cakap pokok ni takda lah bahaya sangat. Kita kena extra hati-hati jelah kalau ada pokok ni dekat rumah kan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pusat Racun Negara, Fatimah Salim & Herba Dan Tumbuhan

BACA LAGI SENGATAN TEBUAN – BAHAYA DAN MEMBUNUH

Pesan Mama Siti

Sangat bahaya ke kurang bahaya ke, lebih baik kalau kita elak terus kan. Bagi mama yang anak-anak dah besar tu tak risau sangat sebab dah tahu beza pokok dengan mainan kan? Kalau ada mama yang teringin tanam pokok ni, tunggulah bila si kecil dah membesar sikit. Takpun jangan letak dalam rumah, luar dekat balkoni ke kan, okaylah sikit kan.