KelabMama

KERANA SMARTPHONE, KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN TERPAKSA JALANI PEMBEDAHAN MATA

Mama perasan tak yang sekarang ni, tak kisah lah dekat mana sekali pun, anak-anak kecil pasti akan bersama dengan telefon bimbit kita. Dekat kedai makan, sementara tengah tunggu makanan atau tengah suap anak makan pun, mesti ada telefon kita depan anak-anak. Seawal umur setahun pun dah banyak tau! Mama tau tak apa implikasi yang akan anak-anak dapat jika diajar untuk menggunakan smartphone sejak mereka kecil?

Seorang ayah di Thailand, Dachar Nuysticker Chuayduang menyesal membenarkan anak perempuannya menggunakan smartphone dan ipad seawal umur 2 tahun. Sejak dari itu, anaknya tidak boleh berenggang langsung dengan smartphone ibu atau ayahnya. Kalau diambil sekejap, anaknya mesti akan menangis atau meragam.

Keluarkan smartphone supaya anak tidak meragam sementara saya atau isteri sedang bekerja…

Hal ini yang sering dilakukan oleh ibu bapa zaman sekarang. Taknak anak menangis, atau meragam, ‘umpan’ mereka dengan smartphone. Begitu juga dengan ayah dari Thailand ini. Lama-kelamaan, anaknya yang masih kecil harus berkaca mata akibat rabun.

Terpaksa jalani pembedahan mata.

Lebih teruk lagi, apabila anaknya harus menjalani pembedahan mata ketika hanya baru berusia 4 tahun! Anak Dachar didiagnos penyakit mata yang dipanggil “lazy eyes” – dimana hanya sebelah mata masih berfungsi dalam keadaan sempurna, dan sebelah lagi mata tidak. Hal ini turut menyebabkan anak perempuan Dachar mengalami mata juling kerana penyakitnya itu.

Kanak-kanak berkenaan menjalani pembedahan pada 31 Oktober yang lalu. Kini, kedua-dua matanya sudah boleh digunakan seperti biasa. Doktor yang merawat kanak-kanak tersebut menasihatkan semua ibu bapa agar mengurangkan atau menjauhkan sebarang alat elektronik seperti telefon bimbit dan ipad daripada anak-anak. Cahaya yang terpancar daripada telefon bimbit kita sebenarnya sangat berbahaya untuk mata, tak kira anak kecil atau pun kita yang sudah dewasa.

IMPLIKASI SMARTPHONE PADA KANAK-KANAK

Penggunaan smartphone pada tempoh masa yang lama boleh memberi kesan pada kesihatan mental, fizikal dan kemahiran anak-anak kita.

1. Kesihatan Fizikal

2. Kesihatan Mental

Banyak je cara lain yang boleh Mama gunakan untuk alih perhatian anak-anak. Cuba fikir balik zaman kita kecil dulu, macam mana mak ayah kita alihkan perhatian kita. Kurangkan penggunaan gadjet demi kesihatan anak-anak yang berpanjangan.