Fenomena slime masih lagi menjadi trend popular dalam kalangan anak-anak. Kalau zaman kita dulu, hanya ada tanah liat atau doh tepung, kini slime menjadi pilihan mainan harian anak-anak kita. Boleh dikatakan hampir setiap hari adalah “slime time” untuk anak-anak. Bermain dengan slime dapat mengasah minda anak-anak untuk berfikir secara kreatif, menguatkan daya imaginasi, serta meningkatkan daya fokus dan pemerhatian mereka. Tekstur slime yang boleh dipegang, digenggam, dan dipicit membuatkan sesiapa sahaja yang bermainnya rasa seronok dan gembira.
Untuk merasai pengalaman “slime time” yang lebih meriah dan gembira, jom bawa anak-anak merasai pengalaman bermain slime di Sunway Velocity Mall cuti sekolah ini! Biarkan anak-anak bergembira di acara Nickelodeon Slime Time di ruang Ground Floor, Main Atrium di Sunway Velocity Mall.
8 – 18 Ogos 2019 di GF, Main Atrium @ Sunway Velocity Mall, Cheras
Macam “familiar” pulak dengan Nickelodeon Slime Time ini bukan? Haa, kalau sebelum ini di Sunway Pyramid, kali ini di Sunway Velocity Mall pula. Lebih mudah untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan.
Masa Untuk “Slime Time” Lagi!
Anak-anak berpeluang merasai pengalaman mandi slime di acara “Slime Shower“. Hanya enam peserta dibenarkan masuk untuk setiap sesi Slime Shower. Tanggalkan kasut anak sebelum masuk dan Mama jangan lupa bawa salinan pakaian ya! Pastikan Mama buat ‘pre-registration’ dengan mengisi borang ini terlebih dahulu.
Para peserta juga boleh menguji kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah melalui “Slime Escape Room“. Mereka hanya perlu menyelesaikan klu-klu yang disediakan untuk melepaskan diri daripada bilik tersebut dalam masa 1 minit sahaja! Selain itu, aktiviti-aktiviti popular seperti “Hyper Blaster“, bengkel membuat slime di “Slime Workshop“, taman permainan slime dan juga dinding mewarna slime turut kembali bagi memeriahkan acara Nickelodeon Slime Time di Sunway Velocity Mall!
Sesi Meet & Greet Bersama Vic & Val dan Robocar Poli
Pada hujung minggu pula, anak-anak Mama berpeluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama maskot VeloKiddie, iaitu Vic & Val! Jangan risau kalau anak Mama bukan ahli VeloKiddie. Mama boleh daftarkan anak Mama serta merta untuk berjumpa dengan Vic & Val, dan berpeluang untuk mendapat hadiah saguhati misteri!
Dalam pada itu, anak-anak Mama juga berpeluang untuk wefie bersama karakter daripada Robocar Poli dan Tobot di “Surprise Wonderland” yang akan berlangsung pada 9 hingga 18 Ogos ini. Bergambar bersama Robocar Poli pada 10 dan 11 Ogos dan Tobot pada 17 dan 18 Ogos. Para pengunjung cilik juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti mewarna, menyusun puzzle, Zoids Wild Building Sessions dan banyak lagi. Acara ini hanya akan berlangsung pada jam tertentu sahaja, jadi Mama harus tahu waktu dan sesi yang betul agar tidak ketinggalan.
“Raise the Flag” & Menang!
Bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September, Sunway Velocity Mall sedang menganjurkan kempen “Raise the Flag”. Kempen ini berlangsung dari 9 Ogos hingga 16 September 2019. Ayuh bersama-sama kibarkan bendera Malaysia, berbelanja di Sunway Velocity Mall dan sertai keseronokan Raise the Flag di Aras 1, berhadapan dengan butik H&M.
Belanja *RM300 dan ke atas di kedai-kedai yang mengambil bahagian di Sunway Velocity Mall untuk menebus hadiah eksklusif! Para pengunjung yang layak juga boleh menebus token untuk bermain ‘claw machine’ dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti PS4, Nintendo Switch, Eye Massager dan banyak lagi! Sertai pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan untuk mendapatkan baucer bernilai RM31* apabila anda bermain secara percuma. Hanya main dan menang!
*Tertakluk pada terma dan syarat
Untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai acara-acara tersebut, muat turun aplikasi “Sunway Velocity” (untuk Android dan iOS), dan daftar anak Mama sebagai ahli VeloStudent atau “VeloKiddie Club“. Mama juga akan menjadi yang terawal untuk mendapat jemputan khas ke pelbagai aktiviti dan acara menarik, dan juga boleh menikmati tawaran dan promosi di kedai-kedai tertentu di Sunway Velocity Mall.
Tingkatkan perkembangan anak-anak dengan biarkan mereka bermain dan bersosial di Nickelodeon Slime Time di Sunway Velocity Mall. Layari laman web Sunway Velocity Mall, atau dapatkan maklumat terkini di Facebook Sunway Velocity Mall dan Instagram @sunwayvelocitymall.