Setiap perbuatan memerlukan ‘cue’ sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya. Ada 20 cara untuk dapatkan sleep hygiene untuk anak-anak Mama seawal usia 3 bulan.
Berikut Mama Siti kongsikan 20 cara menerapkan sleep hygiene dalam diri anak-anak.
Apa Itu Sleep Hygiene?
Sleep hygiene merujuk kepada persekitaran dan tingkah laku tidur seseorang. Jika kita tidak menjaga sleep hygiene ia boleh memberi impak secara negatif terhadap kuantiti dan kualiti tidur.
Anak-anak sangat memerlukan sleep hygiene agar tumbesaran mereka berlaku secara normal dan memenuhi keperluan kesihatan lainnya.
Cara-cara menerapkan sleep hygiene mestilah merangkumi jadual tidur yang ketat, rutin waktu tidur, tabiat yang sihat dan persekitaran bilik tidur.
20 Cara Untuk Menerapkan Sleep Hygiene Dalam Diri Anak
#1 Buat Jadual Tidur
Mama boleh mulakan jadual tidur anak sejak mereka berumur 3 tahun lagi. Jadual tidur ini perlu diubah sesuai dengan usia mereka yang semakin bertambah.
#2 Tidak Bermain Atas Katil/ Tempat Tidur
Anak mungkin akan keliru ketika kita ajak mereka tidur di katil kerana ia telah menjadi tempat mereka bermain.
Itulah sebabnya kita perlu asingkan tempat tidur dan tempat bermain untuk mendapatkan sleep hygiene yang baik.
#3 Nuansa Bilik Tidur
Persekitaran bilik pun mempengaruhi sleep hygiene. Kebersihan, hiasan, pencahayaan dan bunyi-bunyian hendaklah sesuai untuk mengambil mood tidur.
#4 Rutin Sebelum Tidur
Sleep hygiene juga mengambil kira kebersihan luaran seperti menggosok gigi, cuci tangan dan kaki atau membaca buku sebelum tidur.
#5 Tiada Jam di Dinding
Lain anak, lain ragamnya.
Cara seterusnya untuk menerapkan sleep hygiene dalam diri anak adalah untuk tidak meletakkan jam dinding dalam bilik mereka.
Anak yang kreatif akan mula tawar-menawar kepada Mama dan Papa supaya waktu tidurnya dilewatkan beberapa minit.
#6 Elak Aktiviti Lasak Sebelum Tidur
Semakin membosankan sesuatu aktiviti, semakin ‘malas’ anak bermain. Ianya penting supaya otak dapat menghantar isyarat mengantuk kepada anggota badan.
#7 Tutup Televisyen (TV)
Biasakan untuk tutup TV sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk waktu tidur.
Cara ini penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti sekaligus menjaga sleep hygiene anak-anak.
#8 Teknik Relaks
Belajar relaks sebelum tidur, cara menerapkan sleep hygiene dalam diri anak adalah dengan tarik nafas selama 5 minit beberapa kali.
Selain itu, Mama boleh juga dodoikan anak dengan dendangan lagu tidur atau pasangkan sahaja lagu-lagu itu.
#9 Tidur di Tempat Masing-masing
Tips ini pun ada ditulis dalam buku Atomics Habits, dimana sesuatu perbuatan hendaklah mempunyai tempat khusus untuk melakukannya supaya mudah menjadi rutin setiap hari.
#10 Bangun Tidur Waktu Sama
Istilah bahasa Inggeris ialah biological clock iaitu alat masa semulajadi organisma yang mengatur kitar circadian rhythm.
Cara menerapkan sleep hygiene dalam diri anak-anak adalah dengan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
Lama-kelamaan, biological clock mereka boleh memiliki pola tidur yang sihat.
#11 Tidak Berlebihan Tidur Siang
Ambil cakna tentang keperluan tidur setiap anak-anak jika usia mereka berbeza.
Ini kerana setiap peringkat umur mempunyai durasi keperluan tidur yang berbeza. Semakin meningkat usianya, semakin kurang bahkan mereka tidak perlu lagi tidur siang.
#12 Tiada TV atau Alat Elektronik dalam Bilik
Blue light dari paparan televisyen dan alat elektronik memberi rangsangan negatif kepada rembesan hormon melatonin iaitu hormon yang memberi isyarat mengantuk.
#13 Elak Makanan Berat
Tiada makanan berat 3 jam sebelum tidur kerana ia menghalang proses pencernaan yang optimum.
Lagi pula, anak-anak berisiko mendapat masalah kesihatan jika sering makan makanan berat sebelum tidur.
#14 Kafein!
Malahan kafein memang tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak kerana ianya boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan akhirnya melambatkan lagi waktu mereka masuk tidur.
Inilah sebab sleep hygiene sangat mementingkan pengambilan makanan dan minuman sebelum tidur.
#15 Jangan Buat Anak Cemas
Situasi tenang diperlukan untuk mencetuskan mood tidur anak. Jadi, elakkan buat anak cemas dengan membahaskan perkara yang buat mereka takut. Ia berpotensi membuatkan otak menjadi aktif semula.
#16 Ajak Anak Tidur Bila Ngantuk
Kalau nak tunggu anak masuk tidur, silap-silap terlepas jadual waktu tidur.
Oleh itu, ketika anak sudah menunjukkan tanda-tanda mengantuk maka Mama dan Papa hendaklah perlahan-lahan ajak anak tidur.
Dimulakan dengan memberitahu waktu tidur sudah hampir dan ucapkan selamat tinggal kepada mainan dan kanak-kanak lain.
#17 Peneman Tidur
Sebagai orang Islam, kita mesti ajar anak supaya hanya bergantung kepada Allah sahaja.
Namun jika usia mereka masih muda atau belum mampu faham apa yang dimaksudkan, bagi peneman tidur seperti bantal kesayangan dan anak patung.
#18 Jangan Masuk Bilik Anak 2, 3 Kali
Elok-elok anak tu dah tidur nyenyak, tiba-tiba terjaga sebab terdengar bunyi derapan kaki Mama dan Papa.
Jika sudah diyakini tempat tidurnya selamat dan selesa, Mama boleh keluar dari bilik tidur anak tanpa perlu menengoknya lagi.
#19 Anjak Waktu Tidur
Mustahil untuk kita melalui hari yang sama setiap hari. Ada hari Mama dan anak-anak menghadiri majlis keluarga dan semestinya waktu tidur pun berubah.
Tidak perlu terlalu gusar jika mengalami keadaan ini kerana sleep hygiene membenarkan waktu tidur dianjakkan kepada 30 minit dari waktu kebiasaan.
#20 Jurnal Tidur
Ada yang kata menulis jurnal berjaya meningkatkan kualiti tidur seseorang. Otak diciptakan sebagai tempat menjana fikiran, maka segala perkara yang dianggap tidak menyenangkan hendaklah diuruskan baik-baik.
Salah satunya adalah dengan menulis jurnal tentang perasaan dan peristiwa yang dilalui pada hari itu. Selain itu, jurnal sebelum tidur juga ialah cara untuk ‘detoks’ dari alat elektronik (gadget).
Itulah tadi 20 cara menerapkan sleep hygiene dalam diri anak dari pelabagai aspek. Diharap cara-cara yang dikongsikan membantu Mama dan Papa mendidik anak mendapatkan sleep hygiene mereka.
Mama Papa dapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan kanak-kanak di SINI.