Skincare travel penting untuk memastikan kulit kekal segar dan berseri walaupun sibuk dengan perjalanan jauh, kunjungan ke rumah saudara, serta pelbagai aktiviti sepanjang Mama beraya.
Perubahan cuaca, terdedah kepada cahaya matahari, kurang rehat, serta rutin penjagaan kulit yang mungkin terabai boleh menyebabkan kulit Mama menjadi kering, kusam, atau mudah berjerawat.
Mama perlu memilih produk yang sesuai dan mudah dibawa amat penting bagi memastikan kulit tetap terjaga sepanjang musim raya.
Dengan rutin skincare travel yang ringkas tetapi berkesan, Mama boleh menikmati suasana Raya dengan lebih yakin tanpa perlu risau tentang masalah kulit yang mengganggu.
Jom tengok produk skincare travel wajib dibawa agar kulit Mama kekal glowing musim Raya nanti!
Skincare Travel Raya untuk Mama
1. EUBOS Sensitive Range Skin Care Travel Set E

Set penjagaan kulit asas amat penting apabila Mama bercuti bersama keluarga jauh dari rumah.
Cuba EUBOS Sensitive Skincare Travel Set, yang merangkumi Sensitive Shampoo, Hand Repair & Care Cream, Intimate Woman Washing Emulsion, dan Liquid Washing Emulsion.
Produk ini diformulasikan khas untuk kulit sensitif dan kering, memberikan penjagaan yang lembut serta berkesan pada kulit.
Diuji secara dermatologi, rangkaian ini bebas daripada bahan kimia yang keras, memastikan pengalaman yang selamat dan menenangkan.
Harga: RM40.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – EUBOS Sensitive Range Skin Care Travel Set E
2. Activ SkinPro Liquid Spray

Luka kecil kadangkala tidak dapat dielakkan ketika si kecil seronok bermain di luar. Mereka mungkin mengalami calar atau luka yang memerlukan rawatan segera.
Activ SkinPro Liquid Spray memberikan kelegaan serta-merta dan perlindungan untuk kulit yang teriritasi dan terjejas. Ia membentuk lapisan perlindungan terhadap perengsa, membantu penyembuhan parut dan mempercepat pemulihan luka.
Bukan itu sahaja!
Semburan cecair ini juga berkesan untuk masalah dermatitis dan penjagaan kulit akibat inkontinens. Ia mencipta lapisan kalis air yang melindungi kulit daripada jangkitan dan kerosakan.
Sesuai untuk semua peringkat umur si kecil Mama.
Harga: RM52.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Activ SkinPro Liquid Spray | Instant Relief & Scar Healing
3. THE A’VVE Green Oat Cleansing Whip

Perjalanan jauh boleh memberi kesan kepada kulit Mama.
Perubahan cuaca, pencemaran udara, dan masalah tidur boleh menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya.
A’VVE Green Oat Cleansing Whip ialah pembersih lembut yang menanggalkan solekan, debu halus, dan kotoran sambil memperbaiki tekstur kulit.
Didatangkan dalam bekas comel bersaiz travel yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Diperkaya dengan ekstrak teh hijau, oat, dan surfaktan semula jadi, ia menghidrat serta mengekfoliasi kulit, menjadikannya sesuai untuk kulit kering, berjerawat, atau sensitif.
Harga: RM119.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – THE A’VVE Green Oat Cleansing Whip
4. Glow Lab Mini Pack 202gm

Temui rangkaian penjagaan kulit semula jadi Glow Lab dalam set mesra perjalanan ini.
Glow Lab Mini Pack mengandungi pembersih, serum, pelembap, krim malam, dan losyen badan, sesuai untuk mengekalkan kulit berseri di mana sahaja Mama berada.
Pilihan terbaik untuk mengekalkan rutin penjagaan kulit Mama ketika bercuti.
Harga: RM119.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Glow Lab Mini Pack 202gm
5. Activ Facial Cotton Pad

Pad kapas ultra nipis dan biodegradasi ini diperkaya dengan asid hyaluronik untuk penghidratan yang optimum.
Activ Facial Cotton Pad bebas serat, lembut, dan direka khas untuk menyesuaikan kontur wajah, memberikan aplikasi penjagaan kulit yang lembut tetapi berkesan.
Harga: RM17.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Activ Facial Cotton Pad
6. Little Étoile Care Toddler Skincare Essentials

Set penjagaan kulit Little Étoile Toddler mengandungi semua yang diperlukan si manja untuk menjaga kulit mereka ketika berada di luar rumah.
Set ini merangkumi pencuci kepala ke kaki, losyen berkhasiat, dan minyak rambut.
Setiap produk diformulasikan dengan bahan semula jadi untuk membersih, menghidrat, dan melindungi kulit si kecil yang halus.
Selamat, hipoalergenik, dan mesra alam – pilihan terbaik untuk kanak-kanak kecil dan keluarga.
Harga: RM199.90
Di mana untuk beli: Motherhood.com.my – Little Étoile Care Toddler Skincare Essential for Delicate Skin
7. Senss Zen Water 260ml

Kalau Mama naik kapal terbang, Mama mesti pasti betapa keringnya udara di atas sana.
Kulit Mama boleh menjadi kering jika tidak dilindungi daripada kelembapan yang rendah.
Senss Zen Water ialah esen pelembap yang menyegarkan, menggabungkan sifat menenangkan minyak rose geranium dengan kuasa penghidratan asid hyaluronik.
Sapukan pada kulit untuk memulihkan kelembapan dan meremajakan kulit sambil menikmati aroma yang menenangkan dan menyegarkan.
Pilihan sempurna untuk kulit yang berseri dan awet muda di mana sahaja!
Harga: RM39.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Senss Zen Water 250ml
8. Honest Infant | Precious Care Protection Cream with SPF50

Honest Infant Precious Care Protection Cream melindungi kulit si manja daripada cahaya matahari yang terik ketika percutian keluarga di luar.
Krim pelindung ini menggabungkan SPF tinggi dengan khasiat Shea Butter dan ekstrak bunga Bai Wei.
Ia menghidrat, menguatkan daya tahan kulit, dan melindungi kulit halus daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Harga: RM75.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Honest Infant | Precious Care Protection Cream with SPF50
9. PALMER’S Pregnancy Face Care Set

Mama mengandung pun perlu keluar bersiar-siar sekali-sekala!
Dan tiada yang lebih baik untuk menjaga kulit akibat perubahan hormon ketika dalam perjalanan selain PALMER’S Pregnancy Face Care Set!
Direka khas untuk kehamilan, set ini menenangkan kulit sensitif sambil mengatasi masalah kekeringan, jerawat, dan pigmentasi.
Diformulasikan dengan bahan semula jadi, koleksi ini merangkumi pembersih, toner, pelembap, dan sheet masks yang menghidratkan muka Mama.
Harga: RM199.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – PALMER’S Pregnancy Face Care Set
10. Sven’s Island Medi-Salve Hydrating Lip Balm 5g

Kadangkala, perubahan cuaca semasa perjalanan boleh memberi kesan kepada kulit. Dan jangan lupa betapa keringnya udara ketika berada di dalam pesawat!
Tapi ada berita baik untuk Mama!
Ucapkan ‘Selamat tinggal’ kepada bibir kering dan merekah dengan Sven’s Island Medi-Salve Hydrating Lip Balm!
Diperbuat daripada bahan semula jadi, lip balm antibakteria ini menenangkan bibir kering dan pecah.
Diperkaya dengan minyak Manuka dan pudina alpine, ia menyuburkan, menghidrat, serta memberikan perlindungan antivirus terhadap luka sejuk.
Harga: RM26.90
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Sven’s Island Medi-Salve Hydrating Lip Balm 5g
11. BEAUTY BUFFET Scentio Pink Collagen Radiant & Firm Oil Control Facial Foam Scrub 100ml

BEAUTY BUFFET facial foam scrub memastikan wajah tampak flawless, terutama ketika sesi bergambar semasa percutian keluarga!
Skrub lembut ini membersih dan mengeksfoliasi kulit, membantu mengurangkan minyak berlebihan serta memperhalus tekstur kulit.
Diperkaya dengan kolagen, ekstrak tomato, dan asid hyaluronik, ia membantu menegangkan kulit, memberikan efek glowing, dan mengecilkan liang pori.
Harga: RM29.90
Dapakan di: Motherhood.com.my – BEAUTY BUFFET Scentio Pink Collagen Radiant & Firm Oil Cointrol Facial Foam Scrub 100ml
12. Claire Organics CAPE Protection Roll-On Balm (Protector 2.0)

Aktiviti luar sememangnya wajib ketika musim cuti, tetapi gigitan nyamuk boleh merosakkan keseronokan!
Claire Organics CAPE Protection Roll-On Balm ialah penghalau serangga semula jadi yang memberikan perlindungan optimum semasa berada di luar rumah.
Diformulasikan dengan Shea Butter dan minyak kelapa, balm ini bukan sahaja melindungi tetapi juga menyuburkan kulit sensitif.
Selain itu, gabungan minyak pati tea tree, geranium, dan eucalyptus memberikan perlindungan kuat terhadap nyamuk.
Sesuai untuk kegunaan luar dan selamat untuk semua jenis kulit, termasuk bayi.
Harga: RM35.00
Dapatkan di: Motherhood.com.my – Claire Organics CAPE Protection Roll-On-Balm (Protector 2.0)
Jaga Kulit Mama dengan Skincare Travel untuk Kekal Sihat & Berseri di Hari Raya!

Perjalanan jauh, perubahan cuaca, dan aktiviti beraya yang padat boleh memberi tekanan kepada kulit, menjadikannya kering, kusam, atau mudah berjerawat akibat kekurangan rehat dan pendedahan kepada habuk serta cahaya matahari.
Salah satu cara terbaik adalah dengan melabur dalam produk skincare travel-size yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Dengan rutin skincare yang ringkas tetapi berkesan, Mama bukan sahaja dapat mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit, tetapi juga tampil lebih berseri sepanjang musim perayaan.
Dengan cara ini, Mama boleh terus menjaga kelembapan, mengelakkan kekeringan, serta melindungi kulit daripada pencemaran dan sinaran UV tanpa rasa leceh.
Jadi, nikmati Hari Raya Mama dengan lebih yakin tanpa perlu risau tentang masalah kulit yang mengganggu penampilan Mama!
Shopping & Parenting Lebih Mudah dengan Motherhood Parenting SuperApp!

Mama Papa, tak perlu lagi bersusah payah mencari keperluan si kecil atau mendapatkan info keibubapaan, sebab semuanya ada dalam Motherhood Parenting SuperApp! Dengan satu aplikasi, segala urusan berkaitan kehamilan, penjagaan bayi, dan perkembangan anak boleh diakses dengan mudah, cepat, dan selamat.
Apa yang Mama boleh dapat?
- Shopping mudah – Pelbagai produk keperluan ibu & anak dalam satu tempat
- Info & tips parenting – Artikel berguna untuk membantu perjalanan keibubapaan
- Promosi eksklusif – Nikmati tawaran istimewa dan harga lebih jimat
Semua ini boleh diakses di hujung jari! Tak kira di mana Mama berada, Motherhood Parenting SuperApp akan jadi teman setia yang membantu memudahkan perjalanan keibubapaan.
Muat turun sekarang dan rasai pengalaman membeli-belah serta mendapatkan info parenting dalam satu aplikasi yang direka khas untuk Mama Papa.
Mama boleh dapatkan produk-produk di atas di Motherhood.com.my dengan memuat turun aplikasi Motherhood SuperApp yang penuh dengan informasi kehamilan, keibubapaan, resepi dan banyak lagi!
Mama sedang mencari barang-barang travel untuk si kecil? Klik di SINI.