Kos perubatan dalam seisi rumah menelan kos yang agak tinggi, tambahan pula bagi keluarga B40. Apa lagi kebanyakan masa ianya tidak dapat dijangka, dan akan memberikan kesan kepada pengurusan kewangan keluarga.
Klinik perubatan kerajaan pula mengambil masa yang lama kerana bilangan pesakit yang ramai dan pengurusan yang agak rumit.
Kadang-kadang timbul persoalan, mengapa perkara keperluan seperti perubatan perlu dirumitkan dan dikenakan kos yang terlampau tinggi, dan berharap bahawa ianya dapat diberikan secara percuma, atau setidaknya, dikurangkan, namun harapan hanyalah sekadar harapan.
Tidak lagi dengan bantuan kerajaan Skim Perubatan MADANI (SPM). Bermula 15 Jun anda boleh dapatkan perubatan PERCUMA!
Skim Perubatan Madani merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Teruskan membaca untuk ketahui syarat kelayakan, cara mendaftar, dan info lebih lanjut berkenaan skim ini.
Skim Perubatan MADANI (SPM)
Apakah itu Skim Perubatan Madani?
- Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
- Bertujuan untuk:
- Meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar (Urban poor).
- Meningkatkan penglibatan klinik swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP)).
Perubatan Yang Termasuk Dalam SPM
Rawatan pesakit luar kes akut merangkumi:
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Namun, rawatan yang tidak termasuk dalam skim perubatan ini adalah seperti:
- Imunisasi Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
- Perancangan Keluarga Rutin
- Perkhidmatan Rehabilitasi
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan Suplemen
Manfaat SPM
- Isi Rumah Berkeluarga: Harus berdaftar dengan LHDN
- Warga Emas: 60 tahun ke atas
- Bujang:
- Bujang 21-59 tahun
- Bujang OKU 19-59 tahun
Daerah Yang Dilaksanakan SPM
- Johor Bahru
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Klang
- Petaling
- Hulu Langat
- Gombak
- Kinta
- Timur Laut Pulau Pinang
- Kuching
- Kota Kinabalu
Syarat Kelayakan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
- Kelayakan adalah secara automatik
- Mereka yang layak wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Langkah-langkah Mendapatkan SPM
- Semak kelayakan di SINI.
- Kemudian, hadir ke mana-mana klinik yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI dengan membawa kad pengenalan. Klinik yang berdaftar boleh dirujuk di SINI.
- Jika anda layak, individu boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- TIADA sebarang pendataran diperlukan.
- Had manfaat skim perubatan ini akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan.
- Bermula 15 Jun 2023 | Sah sehingga 31 Disember 2023.
Untuk lebih info lanjut anda boleh rujuk laman web Protecthealth.com.
Untuk lebih lagi info terkini klik SINI.