Perkeso telah mengumumkan perlaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bermula bulan Disember ini.
“Apa tujuan skim ni?”
Kalau itu persoalan Mama, skim ni bertujuan untuk memberi perlindungan kepada suri rumah seperti Mama daripada kemalangan rumah tangga dan ketidaksahihan semasa menguruskan rumah tangga Mama. Dalam satu kenyataan Perkeso,
“SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga, selain merupakan pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam ‘Care Economy’ serta pembangunan institusi keluarga.”
Apa Manfaat Yang Mama Dapat?
Faedah Perlindungan Bencana Domestik yang merangkumi:
- Perubatan
- Hilang upaya kekal
- Elaun layanan sentiasa
- Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis
- Pengurusan mayat
- Pencen penakat
Faedah Perlindungan Keilatan:
- Elaun keuzuran
- Elaun layanan sentiasa
- Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis
- Faedah pengurusan mayat dan
- Pencen penakat
Bagaimanapun, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ini hanya tertakluk pada wanita warganegara Malaysia atau pemastautin tetap berumur bawah 55 tahun. Ia perlu dimohon terlebih dahulu dan pemohon yang berjaya hanya perlu membayar caruman RM120 setahun lebih awal untuk menerima perlindungan 12 bulan berturut-turut, menurut Perkeso.
Papa juga digalakkan untuk membuat pembayaran bagi pihak Mama. Ia adalah seperti sumbangan tambahan dan secara sukarela.
Perkeso juga memaklumkan aktiviti pengurusan rumah tangga tidak terikat dengan rutin seharian dalam rumah, malah ia termasuk hal-hal lain berkaitan urusan rumah tangga antaranya seperti menjaga anak-anak atau ibu dan bapa warga emas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah serta membawa ibu bapa ke temu janji doktor.
Permohonan untuk menyertai SKSSR telahpun dibuka dan Mama boleh daftar sekarang! Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso 1-300-22-8000.
Daftar sekarang di SINI.
Mujurlah ada SKSSR ni kan Mama? Takut lah kalau ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Syabas Malaysia, sekarang negara kita adalah salah satu daripada empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial, khusus untuk wanita. Mama Siti loike!
Mama perlukan tips untuk menyimpan dan berbelanja duit dengan bijak? Klik di SINI.