Mama pernah dengar ‘sitz bath’? Sitz Bath atau dalam bahasa mudahnya rendaman faraj, merupakan satu amalan warisan yang amat sesuai untuk semua, terutamanya ibu selepas bersalin. Tapi amalan ni pun amat sesuai diamalkan oleh kaum lelaki juga tau.
Apa itu Sitz Bath?
Sitz bath membantu membersih dan merawat bahagian perineum kita – iaitu antara rectum dan vulva atau skrotum. Ia dapat mengurangkan rasa kegatalan atau sakit di bahagian alat sulit kita. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau sebulan sekali.
Amalan ni dah lama diamalkan oleh ibu-ibu bersalin, sejak zaman datuk nenek moyang kita dahulu. Doktor-doktor di negara barat juga sering menyarankan ibu hamil untuk mengamalkan rendaman faraj yang mereka panggil sebagai ‘sitz bath’ ini.
Kebaikan Sitz Bath
- Membantu meringankan kesakitan dan kepedihan pada perineum, terutamanya selepas bersalin.
- Menghilangkan gatal dan bau busuk atau tidak menyenangkan pada miss V kita.
- Meningkatkan penyembuhan dan memberi kelegaan pada vagina untuk ibu selepas bersalin.
- Cara mandi alat kelamin yang membantu melegakan kesakitan, melecet atau keradangan pada bahagian sulit kita.
- Sangat sesuai untuk membersihkan kawasan sekitar dubur dan alat kelamin.
- Boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai kesakitan di kawasan dubur seperti buasir atau jangkitan di kawasan anogenital.
Kalau mama yang baru bersalin, mama amat digalakkan untuk buat sitz bath ni. Sebab apa? Selepas bersalin mama mungkin mengalami proses ‘terkoyak’ atau jahitan selepas bersalin. Jadi bila mama lakukan amalan ni secara kerap ia akan dapat membantu menyembuhkan jahitan tersebut.
Cuma, mama yang baru bersalin harus pastikan darah nifas anda dah kering sebelum buat sitz bath.
Anak-anak kita pun boleh melakukan sitz bath ni tau. Cuma mama dan papa harus pantau mereka sewaktu mereka buat rendaman ini.
Ramuan Yang Boleh Digunakan
Kalau mama betul-betul ikut amalan nenek moyang kita, mereka hanya gunakan bahan-bahan semulajadi seperti yang Mama Siti listkan ni saja sebagai ramuan. Tapi, zaman sekarang ada saja doktor yang akan tetapkan ubat atau ramuan yang sesuai untuk rendaman faraj mama.
DAN jangan lupa untuk pastikan besen atau bath tub rendaman tu bersih tau sebelum masukkan ramuan-ramuan ni!
Ramuan-Ramuan Yang Diperlukan
- Garam Bukit
- Air Suam
Tapi sitz bath mama pasti lagi best kalau mama letak bahan-bahan extra di bawah ni!
- Air rebusan sireh
- Manjakani
- Garam bukit
- Inai
Rebus semua bahan di atas dan tapis untuk ambil air rebusan sahaja. Masukkan ke dalam besen atau bath tub yang ingin andmama gunakan. Pastikan air rendaman anda suam dan tidak terlalu panas.
Ada Risiko Ke Amalkan Sitz Bath?
Rendaman faraj ni hanya menggunakan bahan semulajadi yang selamat dan bagus untuk bahagian sulit kita. Amat jarang untuk seseorang mendapat jangkitan kerana mengamalkan rendaman ini. Melainkan, tempat rendaman mama tak dicuci dengan bersih sebelum dan selepas rendaman dilakukan.
Namun, jika mama mengalami kegatalan, merah-merah atau keradangan pada bahagian alat sulit anda selepas melakukan rendaman faraj ni, segera berjumpa doktor ya!
Sumber: 9bulan10hari
BACA JUGA KETAHUI RISIKO KEPUTIHAN BERLEBIHAN KETIKA HAMIL YANG MAMA PERLU TAHU!
Pesan Mama Siti:
Kalau rajin buat seminggu sekali. Kalau tak rajin sangat buatlah 2 minggu sekali. Paling kurang pun kalau mama dah busy sangat tu, buatlah sebulan sekali. Tak bahaya pun sebab rendaman faraj ni sangat bagus untuk wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir. Selamat mencuba!