Pandemik mengganggu kehidupan seharian kita di rumah dan juga di tempat kerja. Dalam kita sedang menyesuaikan hidup sejak kewujudannya COVID-19 ini, kita sering memikirkan kehidupan normal baharu.
Sambil kita menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang, adalah penting untuk menjaga kesihatan anak-anak kita.
Dalam episod ini, Dr. Foo Chee Hoe, Pakar Pediatrik dari Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Foo, akan berkongsi beberapa tips tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa, dapat membantu anak-anak kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan normal baharu.
S1: Adakah kanak-kanak tidak terlalu berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19 berbanding orang dewasa?
Dr. Foo: Berdasarkan kes-kes yang berlaku pada tahun 2020, adalah benar bahawa kanak-kanak lebih berisiko berbanding orang dewasa.
Kanak-kanak mempunyai kadar jangkitan yang lebih rendah; tetapi juga ini disebabkan oleh penutupan sekolah dan ibu bapa sangat proaktif dalam melindungi anak-anak mereka daripada berada di luar.
Terdapat juga ujian diagnostik yang kurang dilakukan dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya ujian tanpa gejala.
Namun, memang benar bahawa kanak-kanak tidak terlalu berisiko untuk menjadi lebih teruk akibat daripada jangkitan virus ini.
S2: Apakah jenis varian COVID-19 yang baru dan bolehkah ia menjangkiti kanak-kanak dengan lebih mudah?
Dr. Foo: Ya, akan ada varian baru seperti virus lain ketika virus COVID-19 tersebut membuat mutasi berulang kali, tersebar lebih jauh, selagi kita memberi peluang untuk virus tersebut tersebar; dan itulah yang boleh menyebabkan mutasi.
Malah, akan ada juga variasi genetik tersebut.
Jadi, kadang-kadang, variasi tersebut dapat melemahkannya, menjadikannya kurang mudah tersebar. Tetapi kadang-kadang ia juga boleh menguatkan virus tersebut, dan menjadikannya lebih mudah untuk disebarkan.
Oleh itu, sejak Januari hingga Februari tahun ini, telah wujud varian di UK, Afrika Selatan dan Brazil.
Malangnya, kajian menunjukkan bahawa varian-varian ini lebih mudah tersebar.
Dan berdasarkan data di A.S., lebih tinggi peratus kanak-kanak dijangkiti varian baru ini. Berbanding tahun lalu semasa awal pandemik ini berlaku, terdapat lebih banyak peratusan kes yang melibatkan kanak-kanak.
S3: Apakah kesan psikologi COVID-19 pada anak-anak kita?
Dr. Foo: Pandemik ini sendiri boleh menyebabkan pelbagai gangguan pada kehidupan normal kita.
Ini mengganggu persekolahan, mengganggu interaksi mereka dengan rakan dan kumpulan, ia benar-benar akan merosakkan pertumbuhan dan perkembangan normal mereka dalam aspek komunikasi dan kemahiran sosial.
Ditambah pula dengan lockdown atau kuarantin yang sedang dijalankan. Ini akan menyebabkan kebosanan, kegelisahan, kerengsaan dan anxiety dalam anak-anak.
Jangan terkejut apabila anda melihat masalah tingkah laku dan inginkan perhatian dalam kalangan anak-anak.
Dan lebih menyedihkan, kes penderaan kanak-kanak juga semakin meningkat sepanjang tempoh lockdown ini.
Jadi, ini adalah tempoh yang kurang bernasib baik dan kita semua harus betul-betul mengkaji semua faktor ini sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan lockdown sepanjang masa berbanding kaedah lain untuk mengawal penyebaran virus tersebut.
Dan kanak-kanak yang dijangkiti COVID mungkin akan dipandang serong. Mereka mungkin malu untuk bertemu dengan rakan-rakan mereka; diusik atau dilabel sebagai pesakit COVID oleh rakan-rakan mereka yang masih belum matang.
Jadi, semua ini menyebabkan tekanan dan kegelisahan yang tidak perlu, dan itu juga berkaitan dengan tekanan rakan sebaya.
S4: Bagaimana saya dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan kebimbangan anak-anak saya mengenai COVID-19?
Dr. Foo: Ibu bapa harus memainkan peranan penting. Sekiranya kita gelisah dan cemas dan tidak bersikap tenang, dan sebaliknya menjadi banyak merungut dan menunjukkan contoh yang tidak baik di depan mereka, anak-anak mungkin akan terkesan juga.
Anak-anak boleh mendapat kesan negatif, dan mereka mungkin meniru cara kita atau tertekan dengan tingkah laku kita.
Jadi, gunakan peluang di rumah ini sebaik mungkin. Gunakan masa ini untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak, bermain dengan mereka, dan juga untuk berbual mengenai pelbagai perkara dengan mereka.
Mama boleh bercakap mengenai wabak ini, apa ertinya pada mereka, tanyakan pendapat, cuba untuk meyakinkan, dan beri jaminan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik satu hari nanti.
Berikan mereka harapan, ikuti sejarah pandemik yang lalu, agar mereka dapat mengetahui bahawa kita dapat mengawalnya. Kita telah berjaya mengatasi pandemik sebelum ini, jadi, Mama boleh ajarkan mereka biologi virus tersebut dan juga sejarahnya, supaya mudah untuk mereka memahami dan tahu apa yang boleh dinantikan pada masa hadapan.
Daripada terlalu banyak berita palsu dan terlalu banyak media sosial, dan YouTube dan sebagainya – maklumat yang tidak perlu, yang sebenarnya boleh membuat mereka lebih keliru.
S5: Bagaimana saya dapat menjaga keselamatan anak saya apabila kita kembali ke keadaan normal baharu?
Dr. Foo: Anda boleh mengajar mereka untuk mempraktikkan tabiat ini:
- kebersihan tangan
- jarak yang selamat
- selesa memakai topeng muka
- mempunyai etika batuk yang baik
- cara bersin dan batuk dengan betul tanpa merebak kepada orang lain
- membantu mereka memahami mengapa perlu mengehadkan bilangan orang dalam kumpulan
- bantu mereka untuk memahami betapa pentingnya untuk tidak terlalu berkumpul beramai-ramai di tempat tertentu
Dan juga, sangat penting untuk Mama membantu mereka membina sistem imun yang baik, mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat dan baik.
S6: Adakah makanan memainkan peranan utama dalam membina imuniti?
Dr. Foo: Sudah tentu! Makanan memainkan peranan penting kerana tubuh badan kita adalah apa yang kita makan.
Makanan adalah ubat, makanan adalah pemberi tenaga kepada badan kita. Ia adalah sumber nutrien yang akan membantu kecergasan tubuh badan dan juga meningkatkan sistem imun kita.
Jadi, dalam bentuk antioksidan, vitamin, probiotik, yang semuanya sangat penting untuk microbiome usus yang sihat; perkembangan microbiota usus yang sangat sihat, yang penting untuk sistem imun yang terkawal dengan baik.
S7: Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi imuniti anak saya dan bagaimana saya boleh membantu meningkatkannya?
Dr. Foo: Selain makanan, gaya hidup juga mempengaruhi imuniti tubuh badan. Contohnya, jika anak-anak tidak tidur lena. Gaya tidur yang tidak baik juga akan menyebabkan kita kurang tidur.
Ia tidak baik untuk sistem ketahanan badan anak-anak.
Tekanan psikologi, tidak gembira, tertekan dan cemas sepanjang masa – ini akan memberi kesan negatif kepada sistem imun mereka.
Penting untuk mempunyai persekitaran positif di dalam rumah. Oleh itu, adalah peranan kita sebagai ibu bapa untuk memberi sokongan dan perhatian terhadap mereka.
Sekarang, kembali ke pemahaman kita mengenai gut-brain axis (GBA), perasaan dan tekanan psikologi kita dikawal oleh microbiome usus yang sihat kerana kesannya terhadap aktiviti saraf. Dan bakteria baik, probiotiklah yang membantu dalam hal ini.
S8: Bolehkah pengambilan air meningkatkan imuniti anak-anak?
Dr. Foo: Lapisan pertahanan pertama kulit kita, saluran air mata, lendir, kelenjar air liur, semuanya bergantung pada penghidratan yang baik.
Oleh kerana kita mengenali probiotik sebagai sumber penting dalam sistem imuniti tubuh badan, dan juga kesihatan psikologi kita, saya rasa minuman susu kultur dengan probiotik adalah pilihan yang baik.
Mama kini berpeluang MEMENANGI 20 botol VITAGEN® percuma dan sebuah cooler bag apabila anda menjawab soalan mudah, tag 3 rakan dan kongsi pos Facebook Motherhood.
Jangan tunggu lagi! Dapatkan VITAGEN® untuk anak anda hari ini!
Tonton lebih banyak episod AskMeDoctor! di Motherhood Story dan layari laman Facebook Motherhood.com.my hari ini.
Artikel diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.