Sindrom hair tourniquet? Keadaan ni yang jarang berlaku dan sering didiagnosis secara salah disebabkan oleh rambut atau serat yang terbelit di sekitar jari tangan atau kaki.
Jom Mama Siti share bagaimana sindrom tourniquet boleh berlaku dan cara untuk Mama Papa mencegahnya.
Apa Itu Sindrom Hair Tourniquet?
Sindrom tourniquet atau sindrom jari tersangkut adalah keadaan biasanya sehelai rambut atau bebenang yang mengelilingi jari kaki atau jari tangan bayi dengan ketat.
Nampak macam biasa je sindrom ni, bunyi macam tak bahaya pun. Mungkin dengan diagnosis dan rawatan awal, sindrom tourniquet rambut mempunyai prognosis yang sangat baik. TAPI sebenarnya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Jika tidak dirawat, sindrom hair tourniquet boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti:
- Bengkak yang berlebihan.
- Kecederaan saraf.
- Kurang pengaliran darah ke badan.
- Kematian tisu (nekrosis).
- Hakisan tulang.
- Dalam kes yang paling serius, pakar bedah kanak-kanak mungkin perlu mengeluarkan anggota badan melalui amputasi.
Sebenarnya sudah ada banyak kes yang berlaku kalau Mama Papa nak tahu, satu kes ni Mama Siti baca Mama ni ceritakan pengalamannya ketika bayinya mengalami hair tourniquet. Walaupun sudah mempunyai tiga orang anak, ini adalah first time baginya.
Ward berkongsi pengalaman apabila dia dan suaminya melihat garis merah pada jari kaki anak mereka, Logan. Selepas beberapa hari tanpa perubahan, mereka membawa Logan berjumpa pakar kanak-kanak dan kemudian ke hospital di mana pelbagai alat digunakan oleh doktor dan jururawat untuk cuba mengeluarkan rambut tersebut.
Walaupun sudah menggunakan pelbagai alat khas tetapi masih menghadapi kesukaran kerana rambut tersebut tertanam dalam tisu. Pada akhirnya, Logan tidak perlu menjalani pembedahan dan keadaannya mula bertambah baik.
Ward juga menasihati Mama Papa untuk sentiasa memeriksa jari kaki anak make sure tiada rambut atau benang yang berbelit. Kongsinya lagi Logan pulih sepenuhnya selepas tiga minggu.
Selalunya luka pada jari tidak akan mengambil masa yang lama dan tidak memerlukan rawatan tambahan lagi. Jadi, Mama Papa jangan anggap ia hanya bengkak yang biasa je tau, mungkin tak berlaku pada anak Mama Papa yang lain.
Tanda-tanda Syndrome Tourniquet
- Kemerahan atau bengkak pada jari kaki atau jari tangan.
- Bayi kelihatan gelisah atau menangis tanpa henti, terutama jika disentuh pada kawasan yang terjejas.
- Objek seperti rambut atau benang yang terlihat terbelit di sekitar jari kaki atau jari tangan.
Kalau Mama Papa dapati bayi mengalami sindrom tourniquet, Mama Papa perlu lakukan langkah ni:
- Berhati-hati mengeluarkan objek yang terbelit, jika boleh, menggunakan alat seperti gunting kecil dengan berhati-hati.
- Jika objek sukar dikeluarkan atau Mama Papa tak yakin lakukannya, bawa bayi ke hospital atau klinik dengan segera.
- Perhatikan tanda-tanda jangkitan atau kerosakan tisu pada kawasan yang terjejas.
Langkah-Langkah yang Perlu Mama Papa Lakukan
- Sikat rambut Mama kerap kali untuk pastikan helai-helai rambut yang terlepas tidak gugur berhampiran baby.
- Mengikat rambut Mama dengan getah rambut semasa menjaga baby.
- Memeriksa jari tangan, jari kaki dan anggota badan baby dengan kerap untuk memeriksa tiada rambut dan benang yang berbelit pada badannya.
- Elakkan memakaikan sarung tangan kepada baby Mama dan pakaian lama yang mungkin benangnya longgar.
- Kalau baby suka tarik rambut Mama atau Papa, alihkan perhatian mereka dengan mainannya.
Mama Papa perlu alert beberapa perkara dan berhati-hati mengenai sindrom hair tourniquet supaya dapat elakkan daripada berlaku kepada baby Mama Papa.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Nak tahu apa tanda-tanda anak alergi makanan? Klik di SINI.