Pertama kali pregnancy test positif, semua ibu-ibu akan sangat excited dan happy. Tapi simptom trimester pertama yang kadang kala ibarat puting beliung tu sangat lah mendebarkan. Bagi As yang pertama kali nak hadapi masa hamil anak sulung tu, tak disangka akan seteruk begitu.
Apa Simptom Trimester Pertama Yang Dirasai?
Mana-mana kehamilan adalah normal untuk ibu-ibu rasa penat terlampau. Macam Kak As sendiri, boleh dikatakan jadi ratu tidur masa tu. MasyaAllah. As ada chronic pain sejak usia muda, jadi dapat tidur lena adalah nikmat yang tak bertepi. Malam, awal-awal dah hilang dalam selimut. Ini adalah kepenatan yang merupakan rahmat Allah.
Fasa awal kehamilan ni pelbagai aktiviti hebat sedang berlaku dalam rahim kita juga pada bayi kita sendiri. Allah beri kepenatan supaya kita rehat dan rehat sahaja, juga bantu mengelakkan stres awal kehamilan.
Jika Allah tiadakan rasa penat ni, mungkin kita akan banyak gunakan tenaga dan beraktiviti lasak, tanpa sedar akan memberi beban kepada badan yang sedang alami pelbagai perubahan drastik.
Simptom Mual di Trimester Pertama Lah Yang Paling Mendebarkan!
Selepas 6 minggu pertama, biasanya ibu hamil akan mula rasa mual nak muntah, inilah yang As mula rasa juga ketika itu. Ramai yang cuba tenangkan dengan berkata, makin mual tu bermaksud hormon kehamilan dah semakin banyak, baby dah makin kuat dalam rahim. Ha begitulah ibu-ibu support sesama sendiri, yang juga ada sains disebaliknya.
Tips Untuk Kurangkan Simptom Mual
Selepas alami beberapa kehamilan dan belajar daripada para doktor, akhirnya As dapat tahu kita boleh kurangkan simptom mual ini sejak sebelum hamil, waktu kita plan nak pregnant. Tapi jangan risau jika dah hamil sekalipun, masih belum terlambat. Boleh amalkan sekarang.
1. Rendaman Magnesium
Rendaman kaki dengan garam magnesium akan membantu melancarkan 300 proses dalam badan kita. Secara umumnya, ia dapat mengurangkan alahan, mengelakkan risiko darah tinggi, meredakan ketegangan otot kaki.
Bagi ibu hamil pula, rendaman magnesium sangat bagus dalam menenangkan ibu dan bayi, dan juga membantu si ibu tidur lena as pregnancy progress. Magnesium flakes ni pun bagus tau kalau digunakan pada anak-anak.
Cara-caranya mudah sahaja Mama:
- Tuangkan air suam sehingga paras buku lali kita.
- Letakkan segenggam magnesium flakes.
- Rendamkan tapak kaki selama beberapa minit (Kak As selalu buat dalam 5-10 minit) selama 10 hari berturut-turut bagi yang pertama kali mencuba rendaman ini.
Untuk maintenance kesihatan, rendam kaki ini dalam dua (2) kali seminggu. InsyaAllah ramai yang telah alami tambah baik dalam kehidupan dengannya.
2. Makanan Tinggi Vitamin C
Besar manfaat vitamin C ketika hamil. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam vitamin C membantu menstabilkan hormon kewanitaan kita. Mama kena make sure untuk utamakan sumber vitamin C daripada whole food tau Mama.
Ramai ibu-ibu beri maklum balas, alahan dan kepenatan mereka bertambah baik dengan pantas selepas mengamalkan pengambilan vitamin C ini. Best kan, alhamdulilah.
3. UTI & Antibiotik + Jus Kranberi
Sewaktu kehamilan yang pertama, kita ibu muda rasa macam tak tahu apa-apa kan. Macam macam kelelahan dan kelemahan dihadapi. Antara yang lain As hadapi adalah urinary tract infection atau nama yang ibu-ibu familiar adalah UTI. Beberapa kali juga As dijangkiti UTI ni. Jadi, keraplah ambil antibiotik yang mengganggu bakteria baik dalam usus sekiranya Mama juga dijangkiti penyakit ini.
Satu hari tu, ada seorang doktor senior ajarkan bahawa boleh amalkan jus buah kranberi untuk elakkan masalah UTI ketika hamil. Sistem daya tubuh badan ibu hamil agak lemah dan mudah mendapat jangkitan. Jadi, kita perlu jaga asas imun tubuh secara konsisten supaya banyak masalah kesihatan dapat dielakkan.
Yang Penting, Kita Kena Sentiasa Kuat Semangat!
Kasih sayang Allah yang turunkan kepada ibu-ibu, sampaikan ibu-ibu sayang sangat bayi di dalam rahim hingga tak kisah melalui pelbagai fasa yang menyakitkan ketika kehamilan. MasyaAllah.
Terus kuat semangat ibu-ibu, terutama ibu yang hamil kali pertama. InsyaAllah setiap discomfort tu ada solusinya dan yang pasti ada rahmat dan kasih Allah. Moga hadiah syurga buat kita semua.
Sayang selalu, As.