Tahukah anda bahawa 59 peratus kematian akibat kecederaan semasa kecemasan boleh dihindari jika langkah pertolongan cemas diberikan dengan lebih awal?
Kecemasan sering berlaku secara tiba-tiba, meninggalkan sedikit ruang dan masa untuk kita teragak-agak untuk bertindak.
Walaupun tidak semua orang memiliki ilmu penjagaan kesihatan, adalah penting untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu menjalankan langkah pertolongan cemas atau lebih dikenali dengan istilah ‘first-aid measures’ dengan pantas dan sesuai dengan situasi kecemasan yang dihadapi.
Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan talian kecemasan 999, berapa ramaikah di antara kita yang tahu nombor jabatan kecemasan hospital terdekat apabila berlakunya kecemasan perubatan?
Di saat-saat genting seperti ini, setiap saat amat berharga untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
Dalam usaha menangani isu ini dan untuk memberikan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan kempen untuk memperkasa dan memberikan ilmu pengetahuan kepada individu dengan maklumat penting yang boleh membantu menyelamatkan nyawa.
Melalui kempen “Save a Number, Save a Life”, SMCV bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan mengetahui nombor jabatan kecemasan institusi penjagaan kesihatan terdekat mereka.
Dengan objektif untuk memupuk budaya kesiapsiagaan, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan ilmu pengetahuan penting tentang pengurusan kecemasan perubatan.
Mendekati Komuniti
Untuk mengenalpasti tahap kesedaran orang ramai, SMCV juga akan turun padang untuk menjalankan sesi temu bual jalanan di sekitar Kuala Lumpur untuk menilai tahap kesedaran orang ramai mengenai nombor jabatan kecemasan hospital di sekitar mereka.
Temu bual ini juga direka bentuk untuk meningkatkan pemahaman tentang kesedaran orang ramai mengenai nombor yang tepat untuk dihubungi dalam situasi kecemasan, serta kesediaan mereka dalam menyimpan nombor telefon hospital atau institusi penjagaan kesihatan terdekat di dalam telefon mereka.
Untuk memupuk kesedaran yang lebih tinggi, sebuah trak mudah alih “Save a Number, Save a Life” juga akan bergerak di pelbagai komuniti dan kejiranan di sekitar Kuala Lumpur untuk memberikan maklumat lanjut mengenai kempen ini.
Selain itu, SMCV juga akan memperkenalkan aplikasi web kempen yang akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai objektif kempen serta “E-Buku Pertolongan Cemas” yang mengandungi tips dan nasihat penting ketika berdepan dengan kecemasan perubatan.
Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV menekankan kepentingan kempen ini dengan menyatakan, “Di saat Pusat Perubatan Sunway Velocity berkembang menjadi sebuah penyedia penjagaan kesihatan tertiari yang dipercayai masyarakat, komitmen kami untuk menjaga komuniti kekal tidak berbelah bahagi. Kempen ini berfungsi sebagai bukti komitmen kami dengan memberikan orang ramai ilmu pengetahuan penjagaan kesihatan yang mampu menyelamatkan nyawa. Kami berusaha untuk menjadi tonggak sokongan untuk orang ramai dan sedia membantu pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika diperlukan. Walaupun nombor kecemasan hospital mungkin tidak sentiasa berada di fikiran atau dijadikan keutamaan, kami menyedari bahawa memberikan maklumat penting ketika berdepan situasi kecemasan dan menjadikannya mudah diakses adalah sangat penting supaya orang ramai tahu apa yang perlu dilakukan mereka sementara menunggu ambulans
sampai.”
Dr Lim Fang Jen, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan SMCV menyatakan, “Dengan kempen ‘Save a Number, Save a Life’, matlamat kami di Pusat Perubatan Sunway Velocity adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang bagaimana langkah pertolongan cemas yang tepat pada masanya boleh memberikan hasil rawatan yang lebih baik. Matlamat kami juga adalah untuk mendidik individu tentang langkah-langkah pertolongan cemas penting yang perlu dilakukan semasa menunggu ketibaan ambulans atau sebelum menerima rawatan di hospital. Dengan melengkapkan rakyat
Malaysia dengan pengetahuan perubatan yang mampu menyelamatkan nyawa, kami berhasrat supaya orang ramai bertindak pantas dan berkesan untuk meminimumkan risiko dalam senario kecemasan perubatan.”
Untuk memahami kempen “Save a Number, Save a Life” dan menerokai pelbagai inisiatifnya, layari aplikasi web kempen SMCV.
Di sini, sebuah set maklumat dan sumber penting boleh didapati untuk menjelaskan objektif kempen dan usaha berterusan SMCV untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan budaya kesiapsiagaan di kalangan rakyat Malaysia.
Semua orang digalakkan untuk menyertai SMCV dalam misi penting ini untuk memupuk komuniti yang berpengetahuan untuk bertindak balas terhadap kecemasan perubatan dengan betul dan proaktif.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunmedvelocity.com.my hari ini.