KelabMama

Simpan Duit RM5 Dan Peroleh RM1000, Siapa Tak Nak Kan?

Cara menyimpan duit cepat dan konsisten sebenarnya boleh diamalkan oleh semua orang. Perkara yang paling penting semasa menyimpan duit adalah simpan duit dan jangan sesekali guna duit itu. Kalau nak duit anda beranak pinak, jom baca perkongsian Mama Siti kali ni. Ini bukan silap mata atau pelaburan tak sah tau!

1. Menabung Ikut Warna Duit

Cuba simpan duit anda secara paksa rela atau menabung ikut warna duit. Dua teknik ni menghasilkan result yang sama saja. Tapi ia memerlukan anda untuk menabung menggunakan satu jenis duit saja. Sebagai contoh, kita simpan semua duit syiling atau semua duit RM5 atau lain lain duit kertas. Nak simpan RM1, RM10, hatta RM50 sekalipun, yang penting anda simpan satu jenis wang saja.

2. Tetapkan Matlamat Sebelum Simpan Duit

Pemilihan jenis duit yang ingin disimpan bergantung kepada matlamat simpanan anda. Untuk matlamat jangka masa pendek seperti melancong dan sebagainya, lebih baik simpan duit kertas bernilai besar seperti RM10 atau RM20. Tetapi jika anda simpan duit untuk ajar anak-anak anda menyimpan duit dalam jangka masa yang panjang, mulakan dengan duit bernilai kecil seperi syiling, RM1 dan RM5.

Nak menyimpan duit memang perlukan matlamat tapi pastikan ia setaraf dengan kemampuan diri. Kalau dari awal anda ajar anak-anak simpan duit RM10-RM20, besar kemungkinan anak anda akan putus asa dalam menyimpan duit kerana mereka tak mampu menabung sebanyak itu.

Tak kira apa pun yang anda lakukan, pastikan ianya dimulakan dengan menetapkan matlamat. Tanpa matlamat, sesuatu perkara yang kita lakukan adalah sia-sia. Seelok-eloknya sediakan matlamat jangka masa pendek dan matlamat jangka masa panjang.

Contoh matlamat jangka masa pendek adalah untuk melancong, beli barangan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dan lain-lain. Jangka masa panjang pula lebih fokus kepada tabung persaraan, pendidikan, beli rumah dan sebagainya.

Bagi matlamat jangka masa pendek, beri tempoh masa dan tuliskan jumlah yang diperlukan untuk memudahkan pemantauan matlamat. Sebagai contoh, ‘Saya nak simpan RM1000 dalam masa 2 bulan untuk pergi melancong’. Dengan menulis matlamat kita, kita akan ingat dan jadi lebih fokus untuk menyimpan duit.

Katakan kalau anda nak simpan semua duit kertas RM5. Jadi, setiap kali selepas berbelanja, kalau ada duit lebih RM5, terus asingkan duit tu dan masukkan ke dalam tabung. Cuba bertegas dengan diri sendiri. Jangan guna konsep, esok masih ada. Kalau macam ni, sampai bila-bila pun anda takkan pernah mula menabung.

Akhir kata Mama Siti, jangan sesekali pecahkan tabung anda dan kira selagi belum sampai waktunya. Selamat mencuba!

Sumber: thevocket

BACA JUGA ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK, URUS KEWANGAN KENA BIJAK!

Pesan Mama Siti:

Nak kumpul duit beribu dalam tabung? Asasnya kena disiplin dan jangan skip menabung! Kalau anda asyik skip je, setahun nak capai amaun seribu pun susah tau. Tak kisah berapa banyak duit extra yang anda ada, usahakan untuk terus masukkan dalam tabung tu. Barula akhir tahun boleh jadi millionaire yang berjaya!