Mama mesti susah hati kan bila si manja tak tidur? Esok nak kerja, anak-anak pula tak nak tidur. Main punya main kita yang letih, si manja makin aktif. Stres mama dibuatnya.
Sebelum Mama Siti share tips untuk pastikan anak-anak mama tidur awal, mesti mama nak tahu jumlah jam tidur yang secukupnya untuk anak-anak mama kan?
Buat pengetahuan mama, waktu tidur si manja berbeza mengikut umur. Bagi menjamin tumbesaran yang baik serta perkembangan minda si manja, tidur memainkan peranan yang penting.
Alang-alang kita bercakap tentang waktu tidur si manja, meh Mama Siti share jumlah jam tidur yang sepatutnya untuk anak-anak mama dari The American Academy of Sleep Medicine :
- Bayi (4-12 bulan) memerlukan sebanyak 12 hingga 16 jam
- Kanak-kanak berusia 1-2 tahun perlu 11 hingga 14 jam
- Anak-anak berumur 3-5 tahun perlu 10 hingga 13 jam
- Kanak-kanak (6-12 tahun) perlu 9 hingga 12 jam
- Remaja (13-18 tahun) perlu sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam
Jom kita lihat pula tips-tips yang mama boleh gunakan untuk pastikan anak-anak mama tidur awal.
1) Main dengan anak
Buat mama yang baru lepas balik kerja tu, cuba spend 1-2 jam bermain dengan si manja. Mama boleh cuba indoor atau outdoor activity. Pesan Mama Siti, main sampai letih sebab bila si manja dah puas bermain, mesti banyak tenaga yang digunakan. Anak-anak akan letih dan confirm dia akan tidur awal.
2) Bagi anak makan kenyang-kenyang
Bak kata pepatah, makan kenyang tidur pun senang. Nak bagi anak mama tidur awal, mama kena cuba trick ni. Bila dah kenyang mesti mata akan rasa layu dan mengantuk kan? Tapi kalau anak tak lapar, jangan pula mama memaksa ya!
3) Latih anak ikut waktu
Untuk tidurkan anak, mama tak boleh gunakan paksaan. Jalan penyelesaiannya, kalau mama nak anak tidur pukul 9.00 malam, biasakan dia masuk tidur pada jam tersebut. InshaAllah menjadi.
4) Elak tidur waktu petang
Anak-anak mama mesti letih selepas balik sekolah kan? Terutama yang bersekolah sesi pagi, pasti dia akan gunakan waktu petang untuk tidur kan? Bagi anak mama tidur sekejap tapi ingat, jangan sampai terbabas senja! Kalau tak, lagi susah nak tidurkan mereka sebab dah dapat tidur yang mencukupi.
5) Pasang bacaan Al-Quran ketika tidur
Mama Siti sarankan tips ni. Pasang surah ruqyah ketika si manja tidur untuk elak gangguan tengah malam. Kalau mama tak tau nak pasang apa, pasang je surah Yasin and repeat. Senang!
6) Tutup lampu
Yang ni yang paling penting. Kalau mama nak pastikan anak-anak mama tidur awal, tutup semua lampu dekat dalam rumah. Bukan apa, si manja ni kadang-kadang sensitif. Dah elok tidur, tiba-tiba ada lampu yang terbuka, si manja akan terbangun. Jadi, take note ye mama!
Sumber: SirapLimau
BACA JUGA 5 CARA MUDAH UNTUK LATIH ANAK TIDUR DENGAN SENDIRI
Pesan Mama Siti:
Kalau si manja dah tidur, mama pun mesti ikut tidur. Ingat, kesihatan mama pun penting dan perlu dijaga. Kalau mama tak sihat, macam mana nak jaga anak kesayangan mama kan?