KelabMama

SI MANJA LEWAT BERCAKAP. PERLUKAH IBUBAPA RISAU?

Apabila anak mula bertutur biarpun hanya sekadar perkataan pendek dan kurang jelas, ibu bapa pasti berasa sangat teruja hingga merakamnya untuk disimpan sebagai detik indah dalam memori mereka. Ia memang antara saat menggembirakan apabila anak melangkah dari satu fasa ke fasa lain dan menunjukkan kemajuan dalam perkembangan tumbesaran mereka. Bagaimanapun, kadang­kala ibu bapa mungkin sedikit kecewa ataupun sedih sekiranya anak mereka mengalami masalah pertuturan sehingga apa yang diperkatakan sukar difahami. Sebutan pertama anak antara detik gembira yang akan dikenang sepanjang masa. Penggunaan bahasa adalah cara komunikasi khas manusia dan skil itu jelas dilihat berkembang ketika kecil, malah usia kanak-kanak antara dua hingga lima tahun dikenali juga sebagai ‘umur berkomunikasi’.

 

PENGARUH GENETIK, FAKTOR PERSEKITARAN

 

MENGGALAKKAN PEMAHAMAN BAHASA PADA KANAK-KANAK

 

KECELARUAN BAHASA

Kerap kali ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah lewat bertutur tidak sedar bahawa tindakan mereka berkomunikasi dengan si manja menggunakan bahasa yang berbeza-beza boleh memburukkan lagi keadaan. Dari segi luaran, anak seawal usia dua tahun mungkin nampak faham apabila diarah melakukan pelbagai perkara dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Namun dalam kebanyakan situasi, mereka sebenarnya lebih cenderung menggunakan perkataan bahasa Inggeris yang pendek setiap kali meminta sesuatu daripada orang di sekelilingnya. Umpamanya, apabila hendak keluar dari rumah, si manja akan meminta diambilkan ‘shoes’ berbanding menyebut kasut atau menuding jari sambil menyebut ‘car’ setiap kali merujuk kepada kereta. Anak yang petah bercakap sejak dari usia awal tetapi bertutur dalam bahasa rojak adalah normal. Bagaimanapun, bagi kes membabitkan anak yang mengalami masalah lewat bertutur, bercakap dalam satu bahasa adalah lebih baik berbanding penggunaan dwibahasa.

 

PANDUAN BERDEPAN DENGAN ANAK DWIBAHASA YANG LAMBAT BERTUTUR

 

 

 

 

 

Sumber: Pakar Perunding Perkembangan Kanak-Kanak Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Raja Juanita Raja Lope -Harian Metro