KelabMama

ANAK-ANAK SUKA BERIMAGINASI SEBENARNYA BIJAK & KREATIF

Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.

Memang semua ibu bapa mengimpikan mempunyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij. Namun begitu, ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sendiri untuk membantu merangsang minda anak terutama yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

 

8 AKTIVITI MERANSANG MINDA SI KECIL DENGAN AKTIVITI BERIMAGINASI & KREATIF YANG BERFAEDAH

Walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap mahukan kehadiran anda dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan. Masa berdua sangat penting kerana inilah saatnya anda boleh mengajarnya pelbagai kemahiran asas terutama membabitkan soal agama, budi pekerti dan mengenal peribadinya. Inilah juga masanya untuk anda memberikan teguran pada mana-mana kesalahannya dan memberitahu apa yang sepatutnya dia lakukan tanpa si kecil berasa malu berbanding jika ditegur di depan adik-beradik lain. Malah, pada ketika inilah juga anda boleh bertanyakan perkara yang disukai atau sebaliknya. Biasanya ketika berdua ini sambil melakukan aktiviti kegemarannya, anak akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa hatinya.

Membaca buku bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia menjadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil. Kajian menunjukkan membaca buku dengan anak prasekolah dapat memperbaiki kemahiran si kecil mengenal huruf. Berbincang mengenai apa yang dibaca dengan anak dapat membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasanya.

Ini permainan yang amat digemari kanak-kanak di seluruh dunia. Kanak-kanak prasekolah berumur tiga hingga lima tahun mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ketika inilah mereka mula bermain dan berpura-pura menjadi guru, ibu, doktor, puteri, watak adi wira atau seumpamanya. Selain menyeronokkan, permainan imaginasi atau olok-olok ini memberi peluang kepada si kecil mengenali peranan satu-satu watak yang dipilihnya. Anda boleh merangsang perkembangan minda anak dengan memasukkan satu masalah atau insiden supaya dia berfikir cara untuk menangani perkara berkenaan. Idea yang dilahirkan mungkin boleh membuatkan anda ketawa tetapi ia sebenarnya bersesuaian dengan pengetahuannya. Pakar berkata bermain olok-olok juga boleh membantu memperbaiki kemahiran bahasa kerana ia membabitkan pemikiran untuk melahirkan satu-satu perlakuan dengan kata-kata dan mengulang semula apa yang mereka dengar. Kemahiran bersosial juga menjadi lebih baik jika mereka bermain dengan adik-beradik lain.

Kanak-kanak sekarang amat akrab dengan teknologi. Tarikan teknologi ini memang hebat sehingga boleh membuatkan kanak-kanak terpaku dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Malah, ia juga boleh membuatkan kanak-kanak hilang banyak kemahiran termasuk penguasaan bahasa, bersosial, berkongsi dan bertolak ansur, bahkan mereka tidak pandai menikmati keseronokan bermain di luar rumah. Galakkan anak bermain di luar bersama kawan-kawannya kerana ia akan membantu meningkatkan kemahirannya bersosial. Ketika bermain inilah dia belajar untuk berkawan, berkongsi, bertolak ansur, mengawal diri dan berunding – kemahiran yang sangat penting supaya dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Ia akan mengajar kanak-kanak untuk bersabar, menunggu giliran dan mematuhi peraturan. Selain itu kanak-kanak juga akan belajar untuk menerima kekalahan. Mengingati peraturan dikatakan menjadi senaman untuk menguatkan daya ingatan. Permainan fizikal yang juga membantu koordinasi otak dan pergerakan anggota badan. Mulakan dengan permainan yang mempunyai tiga atau empat peraturan mudah. Pilih permainan yang pendek dan boleh diselesaikan dengan cepat. Permainan menguji minda contohnya teka-teki, silang kata serta menyusun gambar atau warna merangsang minda anak untuk membayangkan jalan penyelesaiannya. Ia juga akan merangsang pergerakan otot jari mereka yang kecil.

Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang dewasa. Belajar bahasa kedua atau ketiga ketika kecil juga memberi rangsangan berganda kepada bahagian otak yang berperanan untuk menyimpan, menyusun dan mengucapkan kata-kata. Bahasa kedua juga membantu perkembangan kemahiran lisan, memperbaiki penguasaan perkataan dan membaca.

Ya, pada zaman moden ini kanak-kanak dan televisyen tidak dapat dipisahkan. Namun, pilihlah rancangan bercorak pendidikan yang bersesuaian dengan minatnya. Anda boleh menguji kefahaman anak dengan meminta dia bercerita mengenai apa yang ditontonnya termasuk rancangan kartun. Kehadiran anda membolehkan dia bertanya jika ada perkara yang tidak difahaminya. Bagaimanapun hadkan masa menonton televisyen kepada satu atau dua jam saja setiap hari. Lebih baik jika tempoh ini turut merangkumi masa untuknya bermain permainan komputer.

Ini termasuk kelas mempertahankan diri, muzik, lukisan atau apa saja bersesuaian dengan minat mereka. Ia boleh membantu mereka untuk belajar berinteraksi, bersosial, mendengar dan mematuhi arahan serta memperbaiki keseimbangan badan. Tidak kurang pentingnya, ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri si kecil.

 

SI KECIL MULA BERIMAGINASI KETIKA BERUMUR 9 BULAN

Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley pula mengatakan bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan. Pada ketika inilah ibu bapa atau pengasuh sudah boleh memainkan peranan untuk menggarap apa yang mereka mahukan untuk santapan imaginasi anak-anak mereka.  Tidak salah pada usia semuda itu ilmu sains boleh diperkenalkan, sama ada melalui perbuatan atau pembacaan ibu bapa kepada bayinya. Mungkin ibu bapa boleh menunjukkan gambar-gambar planet dan bintang-bintang yang bergemerlapan secara berulang kali bagi mewujudkan imaginasi cakerawala kepada si bayi.

 

TAHAP IMAGINASI UMUR 1 TAHUN KE ATAS

 

PUPUK MINAT & IMAGINASI DARI KECIL

Seorang pakar kaji bintang yang bekerja dengan NASA di Amerika Syarikat telah mengakui bahawa minat yang mendalam dalam bidang astronomi telah wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi. Hasil dari sifat taksub dengan cerita Star Wars pada ketika kanak-kanak menyebabkan beliau terus menerawang dalam imaginasi bintang-bintang serta galaksi. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan buku dan komik tentang galaksi. Imaginasi ini terus membawanya pada cita-cita sebagai seorang astronomi dan beliau akhirnya berjaya. Ada banyak lagi kisah saintis-saintis yang berjaya masa kini dan minat mereka yang tertanam sejak zaman kanak-kanak.

Mereka menjadi individu yang berjaya dalam bidang sains bukan kerana kebetulan, tetapi kesinambungan daripada apa yang diterapkan sejak awal kehidupannya, sama ada disedari atau tidak. Terdapat banyak buku, majalah mahupun komik kanak-kanak yang berkisar tentang sains dan kehidupan di pasaran masa kini. Ilustrasi yang dibuat juga amat menarik dan konsep yang dibawa cukup dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak. Bahan bacaan ini dipersembahkan dengan menggunakan warna-warna yang terang dan watak-watak yang cukup menghiburkan. Harga bahan bacaan tersebut juga terdapat dalam julat yang mampu dibeli oleh pelbagai golongan.

 

LAKUKAN INI!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Child Development Institute & Utusan