KelabMama

Diari Hati Ibu: Si Kecil & Screen Time – Ini Cara & Pendapat Saya

Menginjak usia hampir dua tahun, anak bujangku kini semakin bijak untuk meraih perhatian agar semua kemahuannya dituruti. Ini tidak terkecuali bagi keinginan untuk menonton rancangan kartun kegemarannya di television.

Tidak dinafikan, memang bahaya jika kemahuan itu diturutkan tanpa kawalan. Namun, kami suami isteri juga bukanlah parents yang berjaya mengawal screen time sepenuhnya terhadap anak.

Adakala aktiviti menonton kartun di televisyen terpaksa dijadikan umpan agar anak mudah dikawal perilakunya. Atau ketika sang ibu dah terlalu letih dan ngantuk, namun si anak masih cergas, maka terpaksa jugalah biarkan anak melayan favourite cartoon seorang diri sambil ibu nap sekejap.

Namun, dalam berkongsi kawalan screen time terhadap si kecil, ini antara tips saya lakukan:

1. Limitkan Screen Time Seawal Bayi

Bagi mengelakkan si kecil daripada terus terleka dengan pelbagai animasi dan color menarik di TV, saya seawalnya menyekat perhatian si manja daripada terus tertarik menonton televisyen.

Jika dia dah mula tahu meminta, ini pasti lebih menyukarkan sebab dah biasa dengan rutin hiburan di TV sejak kecil. Justeru, saya elakkan bayi melihat screen tersebut kerana cahayanya juga tidak bagus untuk mata si kecil.

Saya selalu meletakkan pemikiran bahawa anak yang baru lahir adalah suci dan bersih, maka inilah tempoh terbaik untuk kita sebagai parents menentukan sikap, adab dan perilaku mereka.

Jadi, ketika bayi adalah masa sesuai untuk elakkan anak daripada ketagih gajet atau screen time melampau. Bimbang jika dah terbiasa, ia akan jadi rutin anak untuk minta cartoon tanpa mengira masa.

2. Tidak Perkenalkan Handphone Sehingga Kini

Salah satu kaedah lain adalah saya dan suami sekeras-kerasnya melarang penggunaan handphone pada anak. Meskipun adakalanya si kecil terlepas apabila dapat menonton screen handphone, namun ia hanya dalam lock mode.

Anak saya akan melihat wallpaper gambar si dia atau masa facetime bersama keluarga. Selain daripada itu, saya tak akan pernah ajar anak bahawa kandungan handphone sebenarnya ada bermacam-macam termasuklah game dan cartoon.

Limitkan jerr pengetahuan anak bahawa cartoon hanya diperoleh melalui TV. Saya sanggup melayani anak yang ‘main-main’ ketika waktu makan sehingga makanannya habis licin meskipun mengambil masa lebih sejam, berbanding menghidangkan gajet sambil anak ‘ngap’ jerr apa yang kita suap bagi tujuan melekakan si dia.

Tak dinafikan ada masanya jumpa saudara-mara atau di rumah pengasuh, dia terpengaruh menonton kartun di handphone, namun saya akan tolak dengan cara baik pada mereka dan ajak anak buat aktiviti lain sebagai menarik perhatiannya.

Jika ada ketikanya saya sedang scrolling social media di handphone dan anak datang, saya terus lock dan tanya apa yang dia mahu? Jika dia nak bermain, saya layaninya terlebih dahulu. Jika dia minta didukung, saya ikutkan. Tidak sekali-kali saya ajak anak untuk sama-sama tengok screen phone.

Sememangnya saya sangat tegas dengan handphone kerana ini jerr cara saya untuk kawal screen time disebabkan saya beranggapan screen time di TV sukar nak kawal sepenuhnya, maka no handphone at all!

3. Cipta Kreativiti Dengan Anak

Sentiasa mencari idea kreatif bagi mengalih perhatian anak daripada mahukan televisyen. Selain gemar melayani akitiviti dan permintaannya, saya suka libatkan anak dalam house chores yang ringan.

Contohnya keluarkan baju yang telah dicuci daripada washing machine. Sejak umur setahun lagi, saya akan ajak Aydin (anak) untuk tolong saya supaya sesekali dia boleh explore aktiviti berbeza.

Kebiasaannya, bila settled basuhan pakaian dalam machine, saya akan keluarkan longgokan baju lembab tadi dengan kuantiti semampu yang boleh, dan saya serahkan satu ke dua helai pakaian tadi kepada Aydin untuk dia ikut apa yang saya lakukan (masukkan ke dalam baldi).

Kami akan buat aktiviti bersama sehingga pakaian dalam mesin tadi habis dikeluarkan. Dan ketika menjemur pakaian, saya akan beri peluang untuk Aydin tiru gaya ibunya iaitu menyangkut pakaian dengan hanger meskipun resultnya tidak memuaskan, hihi.

Mungkin leceh, tapi inilah cara saya untuk pastikan anak berpeluang cuba macam-macam aktiviti berbanding menghadap TV semata-mata.

Bagaimanapun, jika nak libatkan anak-anak buat house chores, make sure keselamatan mereka juga dipantau. Kalau Mama rasa susah nak jemur baju di luar dengan anak-anak, boleh buat aktiviti sangkut baju dengan hanger ni dalam rumah bersama si kecil. Lepas dah siap, barulah bawak ke luar untuk diletakkan di ampaian.

4. Perbanyakkan Aktiviti Luar

Ambil kesempatan untuk grounding atau earthing dengan anak-anak ketika mereka Sedang aktif. Kaedah saya adalah biasanya waktu anak bangun daripada nap, dan masa tu tentu si dia dalam keadaan cergas.

Maka, inilah masa sesuai untuk saya ajak anak ke luar rumah tengok nature atau bermain di playground. Sebab rasa agak rugi jika fizikal anak tengah cergas, saya biarkan dia tonton TV.

Bukankah lebih baik jika kita ajak anak buat outdoor activity yang mana ia sekaligus membantu menstabilkan hormon, membuatkan tidur malam si kecil lebih lena dan banyak lagi manfaat bagi anak yang melakukan aktivti grounding. Boleh lihat di sini manfaat grounding kepada kanak-kanak.

Semoga sharing simple ini memberikan manfaat juga buat Mama dan Papa.