KelabMama

SI KECIL BERPOTENSI MENGHIDAP RADANG PARU-PARU (PNEUMONIA) JIKA BATUK BERPANJANGAN

Pneumonia merupakan jangkitan pada bahagian paru-paru yang boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak sihat. Selalunya pesakit akan batuk berkahak yang berpanjangan dan teruk, demam panas dan kadang-kadang mengalami kesukaran untuk bernafas. Bagi kebanyakan pesakit, pneumonia boleh dirawat dirumah dan akan hilang dalam tempoh tiga hingga enam hari.

Namun, bagi warga tua, kanak-kanak dan pesakit yang mempunyai penyakit lain yang boleh memudaratkan keadaan pneumonia berkemungkinan akan terjejas teruk malah boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan yang betul dan segera. Walaupun jumlah mereka yang berjaya pulih semakin ramai berbanding dulu terutamanya di negara membangun, statistik tersebut masih amat menakutkan.

Antara komplikasi yang berlaku kepada kes-kes radang paru-paru yang tidak dirawat sepenuhnya ialah kewujudan nanah di bahagian paru-paru, kebocoran paru-paru, Sindrom Distres Pernafasan Akut dan akhirnya maut. Pesakit yang berpotensi mengalami komplikasi tersebut ialah warga tua, pesakit yang mengalami masalah kesihatan lain dan kanak-kanak. Contohnya pesakit itu berkemungkinan masuk hospital kerana penyakit jantung tetapi kemudian mengalami pneumonia lalu meninggal dunia kerana badan mereka sedia ada lemah.

Bagi mengelak komplikasi penyakit yang serius, pesakit perlu segera bertemu dengan doktor jika demam dan batuk berpanjangan atau jika masih belum pulih walau sudah mengambil ubat dari klinik. Rawatan pantas perlu diberikan jika pesakit mengalami kesukaran bernafas dan gejala yang teruk.

 

SIMPTOM

  1. Demam panas
  2. Batuk dengan atau tanpa kahak
  3. Sakit dada
  4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
  5. Rasa tidak sihat, sering merengek
  6. Pernafasan laju atau susah bernafas
  7. Muntah atau cirit-birit

 

RAWATAN

 

 

 

Sumber: www.myhealth.gov.my / internet