Ramai mama yang nak bersalin secara normal berbanding czer. Tapi dalam keadaan tertentu, doktor mungkin akan memutuskan untuk menjalankan pembedahan jika mama mempunyai sebarang masalah untuk bersalin secara normal.
Menerusi Instagram pelakon Shima Anuar, dia berkongsi pengalaman dirinya menjalani proses bersalin secara czer sebanyak dua kali. Katanya jahitan pernah terbuka masa mandi. Allahu.
Air mata meleleh non stop
Disebabkan ramai DM yg tanya about czer, tips and bla bla bla. Tak larat yg reply satu2. Ok, let me share my experience here. Pandang dan lihat la gambar ni. Haha. Nampak tenang kan? Tp jangan disangka air yg tenang takde buaya. ? Actually I WAS SO SCARED! Dah habis control macho dah dalam OT masa tu. Tapi diam2 I nangis, air mata meleleh non stop ok. Sumpah takut gila! Why..??
Jahitan terbuka masa mandi
1, I selalu dengar org cakap second czer akan lagi sakit drpd the first one. 2, i had a bad experience lepas beranakkan Sophia. Seminggu lepas beranak Sophia, 1 part of my stitches, terbukak masa mandi. Darah keluar non stop. Ngeri ? Sampaikan i cakap, ok aku taknak beranak dah lepasni! Tp eh Sophia tak sampai setahun, pregnant dah balik. Hahah! (heyy rezeki Allah nak bagi. jgn pertikai ?)
Boleh main kejar-kejar
Ok so citer dia, this time I tukar doctor. I am so lucky dapat Dr Seri. Alhamdulillah syukur sangat2 semuanya ok. Takde stress2. Seminggu beranak, I boleh main kejar2 dgn Sophia. Sampaikan my CL tegur, ni baru lepas beranak ke tak ni. ? Tipu la kalau cakap tak sakit langsung. Memang la sakit sikit. Tp kejap je. Mana ada beranak yg tak sakit. Be strong. Jangan fikir sgt pasal sakit. TAPI tak bermaksud la korang boleh buat macam2, panjat sana sini pulak. Just relax. Take a deep breath. Jangan layan sgt sakit tu.
Tak skip pantang
Ermm pastu jaga pantang. Memang la korang nampak macam, eh budak ni tak habis pantang dah keluar sana sini. Tapi kalau i keluar pun, kejap2 je. Balik rumah still buat segala mak nenek rutin pantang. EVERYDAY. Tak pernah skip 1 pun! Urut, tangas, tungku tu semua. And please jaga makan jugak. Big NO to ikan haruan, gamat. And i makan vitamin C untuk bagi luka tu cepat baik. So any vitamin C will do. Kalau baru je czer, make sure ur wound tu selalu kering. Lepas mandi pakai hair dryer utk keringkan part tu. So i think thats all yg i boleh share from my experience. Anything else tanya doctor k? Take care mommies. Be strong! ?
Sumber : shimaanuar
BACA LAGI BERTUNGKU BAGI KELAHIRAN NORMAL DAN CZER. APA BEZANYA?
Pesan Mama Siti
Bersalin normal atau czer pasti akan rasa sakit. Siapa kata bersalin tak sakit? Sakit bersalin tu lah yang akan buatkan mama lebih menghargai pengalaman yang ada dan sayang si manja sepenuh hati mama. Bak kata orang bila dah dakap dan pegang anak tu hilang rasa sakit. Tak gitu?