Mama Siti ingat lagi masa lagi pertama mengandung, bagaimana kelirunya Mama Siti nak membeli barangan keperluan atau produk penjagaan kesihatan si manja. Dengan pelbagai jenis produk yang ada di pasaran, memang pening dibuatnya.
Demi kesihatan dan keselesaan si manja, Mama Siti percaya kita hanya ingin berikan yang terbaik pada bayi kita. Produk-produk yang ingin digunakan juga mestilah diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat dan sesuai dengan kulit mereka.
Mama Siti pun jenis yang senang je – kalau dah suka dengan satu produk tu, kalau boleh satu set lengkap gunakan produk daripada jenama yang sama je seperti produk penjagaan bayi dan kanak-kanak seperti Tasneem Naturel.
Tasneem Naturel – Produk Penjagaan Bayi Dengan Kebaikan Tumbuh-tumbuhan
Produk penjagaan bayi oleh Tasneem Naturel dihasilkan daripada 100% bahan semula jadi dengan dos yang selamat untuk si manja Mama dan Papa. Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh Mama Papa dapatkan untuk si manja hanya dari satu jenama yang sama seperti balm, barangan mandian, losyen, minyak telon, pencuci botol susu, dan banyak lagi!
Yang lagi istimewanya adalah, kesemua produk-produk ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur iaitu seawal bayi hinggalah kita yang dewasa.
Produk-produk Tasneem Naturel juga kaya dengan pati minyak atau essential oil yang selamat untuk si manja. Penggunaan essential oil dalam produk Tasneem Naturel memberi kesan terapi yang menenangkan, meningkatkan mood si manja, dan semestinya sesuai untuk kulit mulus mereka.
Selain daripada bahan-bahan bagus dan selamat yang digunakan dalam setiap produknya, Mama Siti sangat tertarik pada packaging produk Tasneem Naturel ini. Mama lihatlah sendiri. Sangat comel bukan?
Betullah orang cakap, “dari mata, turun ke hati,”. Mula-mula terpikat dengan packaging produk-produk ini.
Bila dah cuba, kesan positif setiap produk Tasneem Naturel ini membuatkan Mama Siti terus menggunakan setiap satunya dari anak pertama hinggalah yang sekarang. Memang berkesan!
Tak percaya? Jom lihat apa kata mak-mak gojes di Malaysia ini bagi setiap produk Tasneem Naturel pada anak-anak mereka:
Untuk Penjagaan Kulit Si Manja
Untuk Masalah Kembung Perut & Batuk
Betul, masalah kembung perut dan batuk si manja pun boleh diatasi dengan balm istimewa daripada Tasneem Naturel.
Kalau Skeenz Balm sangat sesuai untuk mengurangkan masalah kulit si manja Mama, Mama juga boleh menggunakan Sleep Time Natural Balm untuk membantu anak-anak tidur dengan lebih mudah dan lena sepanjang malam, dan tingkatkan mood mereka dengan Calm Time Natural Balm.
Bagi Mama yang masih mencari produk penjagaan yang terbaik dan selamat untuk si manja anda, Mama boleh mendapatkan Tasneem Naturel melalui vendor atau ejen-ejen sah, atau layari laman rasmi dan Facebook Tasneem Naturel untuk maklumat lanjut.