KelabMama

Sering Buat Kejutan Hadiah Kepada Pasangan Panjangkan Usia Perkahwinan!

Sering Buat Kejutan Hadiah Kepada Pasangan Panjangkan Usia Perkahwinan

Sebagai seorang suami atau isteri, anda mestilah nak selalu bagi kejutan hadiah kepada pasangan tak kiralah waktu majlis ulang tahun perkahwinan ke, hari jadi dan sebagainya. Especially kalau yang baru saja mendirikan rumah tangga, lagi rancak nak bahagiakan pasangan masing-masing.

Terdapat kajian yang menyatakan, bila kita seringkali buat kejutan hadiah atau sebagainya kepada pasangan akan menyemarakkan lagi kasih sayang sekaligus memanjangkan usia perkahwinan hingga ke akhir hayat bersama.

Jadi mulai hari ini, apa kata kita pupuk  kesedaran dalam diri dan pasangan, juga boleh libatkan anak-anak untuk sentiasa bagi kejutan yang menggembirakan di dalam rumahtangga dan keluarga. Hadiah tak semestinya berbentuk barangan dan mahal-mahal belaka.

Tak tahu hadiah apa yang boleh bagi? Ini dia Mama Siti kongsikan 10 hadiah paling bermakna yang boleh diberikan buat pasangan.

Dalam perhubungan, kejutan berbentuk hadiah ini sangat penting untuk menjamin kebahagiaan kekal sehingga hujung nyawa.

10 Hadiah Istimewa Buat Pasangan:

1. Hadiah Mendengar

Jadi pendengar setia! Berikan hadiah ni kepada pasangan yang ada masalah dan perlukan sesorang untuk mendengar luahan perasaannya. Yang jadi pendengar tu pula, jangan mencelah, berangan dan elakkan perancangan untuk membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih

Jangan kedekut bagi pelukan, ciuman dan pegangan tangan kepada pasangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri.

3. Hadiah Sehelai nota

Nota cinta seperti ‘Sayang awak!’ atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota ini di tempat yang tak disangka dan mudah dilihat.

Buat suami isteri yang ingin menghadiahkan nota cinta kepada pasangan masing-masing, cukuplah sekadar ayat yang ringkas tapi manis bila dibaca.

4. Hadiah Ketawa

Beri sesuatu yang melucukan seperti kartun atau artikel. Tapi nak tulis apa? Mesejnya mudah saja: “Saya suka ketawa bersama awak”. Simple tapi romantik.

5. Hadiah Pujian

Berikan pujian ringkas seperti “Warna biru memang sesuai dengan awak”, “Awak trim misai nampak makin kacak” atau “Sedapnya masakan awak”. Pujian macam ni amat tinggi nilainya kepada orang tersayang.

6. Hadiah Bantuan

Tak salah kalau sama-sama bantu pasangan uruskan hal rumah atau kerja harian lain contohnya, cuci pinggan mangkuk, buang sampah, cuci kereta, atau jaga anak. Pasti pasangan akan gembira dengan bantuan dan hadiah tersebut.

Suami isteri boleh sama-sama lakukan kerja rumah daripada hanya bergantung kepada isteri sepanjang masa.

7. Hadiah bersendirian

Ada ketika, pasangan mahukan masa untuk bersendirian. Peka dengan keadaan tu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian dan tenangkan diri. Anda boleh hadiahkan pakej spa atau beri kebebasan untuk pasangan keluar bersama rakan-rakan menonton bola sekali-sekala.

8. Hadiah Keceriaan

Cuba sedaya upaya supaya sentiasa ceria apabila bersama pasangan. Belajar untuk senyum dan bermuka manis sepanjang masa disisinya.

9. Hadiah Riadah

Bila dah berumahtangga, belajar tentang si dia. Cuba libatkan diri dalam sukan atau aktiviti yang disukai pasangan. Kalah menang belakang kira sebab kita masih ‘pemenang’ di hatinya.

Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi suami isteri untuk membantu mengurangkan masalah stres di tempat kerja.

10. Hadiah Doa

Yang ini poin paling penting. Selalu doakan kesejahteraan pasangan, anak dan seluruh keluarga. Beritahu yang mereka sentiasa berada di dalam ingatan.

Sumber: Majalah Jelita via herinspirasi

BACA JUGA JIKA UMUR PERKAHWINAN ANDA SUDAH MELEPASI TEMPOH 5 TAHUN. LAKUKAN INI!

Pesan Mama Siti:

Mama Siti bercakap sebagai wanita dan juga seorang isteri. Memanglah kaum hawa ni mungkin kelihatan cerewet apabila bercakap tetapi itu tak bermakna mereka tak ambil berat langsung soal menjaga hati dan perasaan suami. Tak meminta bukan bererti mereka tak menginginkannya. Kalau nak bagi hadiah, tak perlu pun barang yang mewah dan mahal. Cukup sekadar, suami ikhlas dan faham dengan tugas isteri, itupun sudah memadai. Tapi kalau nak bagi apa salahnya kan?