KelabMama

Sentuhan Pertama Kali Setelah 5 Bulan Koma Selepas Melahirkan Anak

Masih ingatkah mama 5 bulan yang lepas, kisah mama ini jadi viral bila dia disahkan koma selepas melahirkan anak akibat komplikasi? Kini, setelah 5 bulan terlantar, akhirnya dia dapat menatap dan pegang anaknya buat pertama kali. Mama Siti pasti perasaan Nur Fadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla ni tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Kita yang melihat pun pasti terkesan.

Bagi yang tak tahu kisah Mokla ni, dia mengalami komplikasi ketika melahirkan anak pertamanya. Sewaktu menjalani pembedahan ceaser pada 18 November tahun lepas, jantung Mokla dikatakan tiba-tiba berhenti. Menurut kakaknya, Nur Hasirah, Mokla hanya terlewat ‘due date’ enam hari dari tarikh asal jangkaan bersalin. Bila dah 3 hari doktor ‘induce’ tapi masih tiada tanda-tanda Mokla akan bersalin normal.

Dia masuk hospital 14/11.. due dia enam hari sebelum tu.. bila overdue, 15/11 induce untuk bayi paksa lahir.. petang 15 bukaan baru 2cm.. 16/11  induce untuk kali 2.. bukaan tetap sama.. lepas 3 hari, jam 2 pagi 18/11/18 Dr decide melakukan pembedahan.

”Sebelum masuk bilik bedah dia memang stabil, dia sedar. Semasa tengah operate, dr cakap  jantung dia tiba tiba berhenti. Tetapi dia tersedar semula 10 minit setelah anak dilahirkan. Dr cakap oksigen dalam kepala dia kurang menyebabkan dia koma sampai sekarang,”


kata Nur Hasirah

Sentuhan pertama ibu dan anak

Pertemuan kali pertama antara Mokla dan anaknya yang menyayat hati ni memang buatkan ramai yang tak dapat tahan airmata. Yelah, buat pertama kali Mokla dapat menyentuh anaknya setelah 5 bulan koma terlantar. Hati ibu mana yang tak sedih dan sebak. Dari sentuhan dan linangan air matanya cukup membuktikan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

”Dia tak berdaya melakukan apa-apa, walau bercakap sepatah pun.. kami terpaksa pegang badannya untuk duduk.

”Pagi tadi saya letak Syahmi kat pipi, biar dia riba.. dua jam dengan Syahmi, Mokla tak berhenti menangis, sedih kerana pertama kali menyentuh anak,”


kata Nur Hasirah

Tak mampu kembali normal

Apa yang lebih menghibakan, doktor memberitahu kakak Mokla sekiranya Mokla sembuh sekalipun, Mokla takkan mampu kembali normal kerana dia mengalami kecederaan pada otak. Suami Mokla turut berkorban demi menjaga Mokla dengan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sementara waktu. Semoga urusan Mokla sekeluarga dipermudahkan.

Bagi mama yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun berikut :

Muhammad Saiful Bin Sudin (suami) – BSN : 0300941000166384

NorHasirah Binti Che Par (kakak) –BSN : 03109-29-00021455-3

Sumber : Siakap Keli, Hasirah Nujiey

Allahu..baca kisah Mokla ni buat Mama Siti tak dapat nak tahan sebak. Kasihnya ibu memang tiada berpenghujung. Betapa berat penderitaan yang dialami Mokla sekeluarga ni. Mama Siti doa supaya urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. Semoga Mokla terus kuat semangat untuk cepat sihat dan dapat pulang bersama anak, suami dan keluarga tercinta. Amin.