Ia adalah fakta yang diketahui oleh semua ibu yang bayi baru lahir banyak menghabiskan sebahagian besar tahun pertama mereka dengan berada dalam pelukan Mama: menyusu, tidur, cuddle, dan bonding.
Jika Mama seorang ibu baru, Mama mungkin mahu meluangkan lebih banyak masa dengan bayi baru Mama sebelum kembali bekerja. Walau bagaimanapun, tiada apa yang mengekalkan hubungan yang erat antara seorang ibu dengan si manjanya seperti sentuhan kulit ke kulit.
“Lembut sangat kulit anak Mama ni. Wangi pulak tu!”
Begitulah reaksi para ibu apabila menyentuh kulit si manja mereka, terutamanya semasa tahun pertama.
Mama juga pasti pernah mendengar istilah ‘golden hour’ bukan? Ia adalah satu jam pertama selepas kelahiran, apabila seorang ibu menikmati sentuhan kulit ke kulit tanpa gangguan bersama bayi yang baru lahir. Ia juga merupakan maternal experience yang membantu si manja menjadi kuat dan sihat.
Mama tahu tak kenapa ia penting untuk Mama sediakan hubungan fizikal ni semasa anak Mama membesar? Jom kita tengok sama-sama apa sebab-sebabnya!
Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit untuk Hubungan Ibu-Anak
Terdapat banyak bukti saintifik tentang kepentingan dan kebaikan sentuhan kulit ke kulit antara Mama dan si manja.
Mengurangkan Stres
Sentuhan kulit ke kulit boleh membantu mengurangkan tahap kortisol pada manusia, membantu kita rasa selamat dan tenang. Kita mengalami ni bila kita memeluk seseorang atau menunjukkan kasih sayang secara fizikal.
Bagi bayi pula, bentuk keselesaan dan hubungan ini membantu mereka berehat, tidur lebih lena dan dapat kurangkan menangis. Semua ini berlaku kerana hormon yang dipanggil oksitosin, yang dikeluarkan apabila kita mengalami sentuhan fizikal, terutamanya dengan seseorang yang kita sayangi.
Mengeratkan Hubungan
Hormon yang dapat mengurangkan stres juga dapat meningkatkan jalinan hubungan Mama dan bayi!
Oksitosin, juga dikenali sebagai hormon cinta, membolehkan Mama dan si manja membentuk hubungan emosi yang kuat dan berkekalan pada tahap molekul. Senang cakap, hormon inilah yang membuatkan kita lebih cenderung untuk rapat dengan ibu kita walaupun dah dewasa. Setuju tak Mama?
Memudahkan Penyusuan
Hormon Oksitosin juga membantu Mama menghasilkan lebih banyak susu tau! Ini adalah salah satu sebab kenapa Mama dan si manja yang baru lahir tidak boleh dipisahkan untuk jangka masa yang lama selepas kelahiran mereka.
Jika Mama masih menyusu dan ada masalah dengan penyusuan, cuba peluk bayi Mama dengan lebih kerap. Ia akan meningkatkan keluaran susu Mama.
Meningkatkan Kesihatan
Sentuhan kulit ke kulit juga dapat membantu bayi Mama dalam pelbagai cara tau Mama. Antaranya ia dapat meningkatkan imuniti, meningkatkan ketepuan oksigen, mengawal suhu, merangsang penghadaman dan membantu perkembangan kognitif dan fizikal si manja.
Bagi bayi yang mudah dijangkiti penyakit pula, setiap pelukan ibu yang penuh dengan kasih sayang dapat mengurangkan ‘lawatan’ ke klinik atau hospital. Hebat bukan kuasa sentuhan seorang ibu?
Cipta Detik Menyentuh Hati dengan QV Baby
Memperkenalkan QV Baby, jenama penjagaan kulit pilihan Mama untuk jalinan erat bersama si manja. Produk penjagaan kulit QV Baby terdiri daripada rangkaian produk yang dicipta khas untuk kulit mulus bayi.
Setiap produk QV Baby bebas daripada bahan pewarna, pewangi dan bahan penyebab iritasi biasa yang lain. Jadi, tiada bahan berbahaya yang boleh menjadi penghalang antara Mama dan si manja!
Sertakan Produk QV Baby dalam Rutin Penjagaan Kulit Bayi Mama
Eratkan hubungan Mama dan si manja dengan rangkaian penjagaan kulit bayi, QV Baby. Melembapkan serta menjaga kulitnya sambil mencipta kenangan manis yang berpanjangan.
Berikut merupakan beberapa produk penjagaan kulit bayi yang setiap ibu harus sertakan dalam rutin skincare si manja.
QV Baby Moisturising Cream
Krim pelembap yang bertekstur pekat ini membantu memelihara dan melegakan kawasan kering kulit anak Mama. Ia mengandungi squalane, komponen yang terdapat dalam minyak semula jadi kulit. Kebaikan QV Baby Moisturising Cream pada kulit bayi adalah:
- Krim pelembap yang pekat, yang memberi penghidratan sehingga 24 jam
- Mengandungi 5 pelembap dan vitamin B3 yang membantu memelihara skin barrier semula jadi bayi
- Tidak berminyak dan dengan nilai pH yang seimbang sesuai untuk kulit kering, halus atau sensitif
QV Baby Skin Lotion
Losyen pelembap yang soothing, membantu melegakan kulit kering bayi. QV Baby Skin Lotion ini juga sesuai digunakan setiap hari, untuk kulit sensitif dan mengelupas atau kegatalan akibat kulit kering. Antara manfaatnya adalah:
- Losyen pelembap yang ringan dan tidak berminyak
- Sesuai untuk kulit bayi yang sensitif
- Mengandungi nilai pH yang seimbang
- Membantu dalam memulihara skin barrier si manja dengan setiap penggunaan
QV Baby Nappy Cream
Krim lampin yang melegakan, pekat dan membantu melindungi kulit halus bayi daripada kerengsaan. Kebaikannya termasuk:
- Tidak melekit dan tidak berminyak
- Formulasi pH-seimbang, low-irritant dan bebas daripada lanolin serta minyak wangi, dan sesuai untuk kawasan badan yang sensitif
- Formulasi pelembap membantu menghidratkan semula kulit si manja disamping mencegah kehilangan lembapan semula jadi kulit.
Kulit si manja Mama kini lebih lembap dan terpelihara dengan hanya 3 langkah mudah ini:
- Langkah 1: Bersihkan si manja Mama dengan QV Baby Gentle Wash atau QV Baby Bath Oil.
- Langkah 2: Letakkan si manja secara perlahan-lahan di atas tilam empuk dan dalam suasana yang menenangkan untuk Mama dan bayi, kemudian oleskan QV Baby Skin Lotion atau QV Baby Moisturising Cream. Jangan lupa untuk urut badannya dengan perlahan-lahan bermula di bahagian kaki, ke perut, dada, lengan, muka dan bahagian belakang badan.
- Langkah 3: Akhir sekali, oleskan QV Baby Nappy Cream di kawasan lampin untuk melembap dan melindungi kulit si manja yang sensitif daripada iritasi.
Disamping Mama eratkan hubungan bersama si manja Mama, Mama boleh lihat review dan pengalaman ibu lain yang telah mencuba QV Baby pada bayi mereka di SINI.
Produk QV Baby boleh didapati di semua farmasi terkemuka di Malaysia, dan di Kedai Rasmi QV di Motherhood.com.my, Lazada dan Shopee.
Lawati laman web rasmi QV Baby untuk maklumat lanjut tentang produk dan butiran promosi.