Tahukah Mama dan Papa bahawa aktiviti berbual dengan si kecil boleh memberikan kesan yang sangat positif untuk perkembangan minda mereka?
Walaupun mungkin Papa Mama beranggapan mesej itu tidak sampai kepada si anak, namun penyerapan minda bayi yang sedang aktif akan memproses segala rangsangan diberikan termasuklah kata-kata daripada parents mereka.
Nampak remeh, namun dengan berbual bersama bayi mempunyai banyak kelebihan. Antara kesan hebat apabila chit-chat dengan si kecil:
- Mengeratkan bonding antara ibu bapa dan si manja.
- Merancakkan perkembangan minda si kecil.
- Si kecil berpotensi bertutur lebih awal.
- Boleh membentuk peribadi mereka kerana anak mulai faham dengan kata-kata daripada Mama Papa.
#Tips Berkomunikasi Dengan Bayi
Ha, meskipun rasa mudah, namun jangan ingat berbual dengan bayi ini tiada tips. Berbual sembrono jerr. Ada langkah dan cara sesuai apabila nak ajak bayi berkomunikasi. Seperti point di atas, kita tak nak Mama dan Papa berborak dengan si manja tanpa mereka menerima kesan positif tadi.
So, bagaimana nak pastikan aktiviti anda bersama si comel ini memberikan manfaat? Antara tips yang boleh diamalkan sewaktu berbual dengan bayi adalah teknik Parentese.
Menurut laman web The Vocket, Parentese diucapkan dengan tempo perlahan, nada yang tinggi, intonasi yang berubah-ubah, bunyi vokal yang panjang, mata dibuka luas dan senyum lebar.
Sebagai contoh jika Mama sebut perkataan “This is caaaaaar”. Melalui suara yang ceria dan emosi gembira, ia lebih menarik perhatian si manja dengan aktiviti komunikasi bersama Mama dan Papa.
Parentese juga dianggap berkesan dalam memberi kefahaman kepada bayi secara jelas. Ia berikutan nada suara Mama yang berubah-ubah membuatkan mereka lebih alert dengan signal komunikasi itu.
Contohnya kata-kata larangan, atau perkara membahayakan yang membuatkan nada Mama lebih cemas. Tapi untuk aktiviti yang menggembirakan, si anak tahu kelakukan yang mereka buat ketika itu adalah selamat kerana tempo suara Mama lebih ceria.
Justeru, dalam memastikan manfaat komunikasi antara parents dan anak ini sampai kepada kedua belah pihak, teknik Parentese adalah jawapannya! Ok, dah tahu teknik, tapi nak berbual apa dengan anak? Jom teruskan membaca untuk tahu beberapa topik ringan yang Mama Siti boleh cadangkan untuk Mama berkomunikasi dengan si kecil.
#Topik Yang Sesuai Dengan Bayi
1. Tubuh Badan
Ini paling mudah kerana setiap anggota sentiasa ada bersama kita. Dengan mengajar mereka dimana letaknya eyes, ears, nose dan sebagainya, aktiviti komunikasi ini pasti jadi lebih menarik!
Mama dan Papa hanya perlu sebutkan nama anggota badan sambil memegang atau menunjukkan kepada bayi kedudukan anggota berkenaan. Selain itu, kita boleh memberitahu anak tentang kegunaan setiap anggota badan tersebut dalam kehidupan seharian.
2. Haiwan
Ketika sesi grounding dengan si kecil, tunjukkan sekali pada mereka haiwan yang terdapat di sekelilingnya. Contohnya “Look at the biiiirrrrd (bird)”.
Tidak hanya melatih mereka untuk cepat bercakap, namun si anak juga mengenali hidupan lain yang turut sama berada di bumi ini di mana kesemuanya mempunyai pelbagai bentuk dan gaya.
Jangan ingat aktiviti grounding ini kosong, sebenarnya masa ini minda si anak sedang bekerja dan memproses pelbagai input. Banyak kebaikan grounding atau outdoor activity ni pada mereka tau.
3. Alam Sekitar
Bawa mereka dekati tumbuh-tumbuhan, air dan pelbagai lagi dengan menunjukkan kepada anak apakah itu. Terangkan juga kepada bayi tentang warna, saiz, bentuk, dan sebagainya bagi memberi input tambahan tentang sesuatu benda.
Jika benda tersebut tidak merbahayakan, benarkan jerr anak Mama untuk memegang benda tersebut seperti daun atau air. Dengan cara ini, bayi bukan sahaja dapat mengenal pelbagai benda di sekelilingnya, malah turut meningkatkan perkembangan deria sentuhan mereka.
4. Persekitaran Di Sekeliling Mereka
Jika berada di dalam rumah, beritahu bayi di mana room, toilet, kitchen atau tunjuk mereka kerusi, meja dan segala yang ada di sekeliling mereka. Jika terdapat bunyi kipas atau televisyen, beritahu mereka juga tentang bunyi tersebut. Dengan ini, mereka dapat mengaitkan apa yang mereka dengari dengan perkataan-perkataan yang disebut oleh Mama dan Papa.
Keadaan persekitaran sama ada di rumah mahu pun di luar rumah pastinya berbeza, bukan? Bagi bayi, semua persekitaran adalah perkara baru buat mereka. Namun, dengan perkenalkan benda di sekeliling, ia akan memudahkan Mama untuk memberitahu mereka what do and dont’s. Contohnya, “Do not climb on the taaaaaable.”
5. Makanan!
Berkomunikasi mengenai topik makanan pasti menjadi sesi menarik kerana kebiasaannya bayi suka tiru apa yang orang dewasa lakukan. Jadi, ketika makan, mereka juga nak makan.
So, time ni Mama intro apa yang mereka sedang makan. Tunjukkan ayam dalam sudu dan suap ke mulut mereka. Mama perlu sebut “ayaaaaaam”.
Nanti bila si kecil dah tahu yang nama makanan mereka, mudahlah untuk Mama mengetahui apa makanan kegemaran si anak.
Jika mereka belum pandai bercakap, Mama soal kembali setiap kali sebelum makan “Nak makan ayaaaaam?” Dan pastinya si manja mengangguk jika itu adalah menu favourite mereka!
Ikuti panduan dan tips menarik untuk perkembangan si manja di SINI.