Mama catat tak ‘milestone’ atau perkembangan anak Mama?
Selepas bercakap, boleh berjalan, dan dilatih ‘potty train’, salah satu perkembangan yang semua ibu bapa nantikan adalah apabila si manja pandai membaca atau menyebut huruf. Tidak mengambil kira samada anak anda sudah berada di taska atau tidak, sebagai ibu bapa, kita pasti gembira dan tak sabar untuk memperkenalkan huruf dan perkataan kepada si manja.
Pengenalan huruf adalah perkara asas yang akan diajar dan dipelajari anak-anak, sebelum mereka dapat belajar sesuatu perkataan. Namun, ini lebih dari sekadar mengulangi lagu ABC dan mengajar mereka bahawa A adalah A dan B adalah B. Daya pemikiran bayi tidaklah mudah seperti itu.
Semasa belajar mengenali huruf, anak-anak akan belajar dengan lebih baik apabila melakukan aktiviti yang menggunakan tangan mereka. Oleh kerana huruf-huruf agak abstrak, Mama sendiri harus melakukan sesuatu untuk membuatkannya menjadi lebih ‘real’; sesuatu yang mereka boleh sentuh, rasa, dan bermain dengannya!
Bermain sebenarnya merupakan satu aktiviti yang dapat membantu perkembangan kognitif anak-anak. Hal ini kerana, semasa bermain, sel-sel di bahagian otak hadapan (frontal lobe) sedang melalui satu proses yang menyatukan pusat kawalan eksekutif pemikiran mereka. Proses ini yang membantu anak-anak untuk menjadi lebih mahir dalam membuat perancangan dan penyelesaian masalah. Apabila anda memberikan ‘brain food’ yang sesuai seperti Similac® Intelli-Pro, anda sebenarnya sedang menyokong dan membantu perkembangan kognitif anak anda – yang merangkumi kemahirannya untuk berfikir, memahami, berkomunikasi, mengingat, berimaginasi, dan memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.
Sekiranya anda sukar untuk membantu anak anda mengingati huruf-huruf ABC, dibawah disediakan beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan si manja. Apa yang bestnya ialah alatan dan barang-barang yang diperlukan untuk setiap aktiviti ini sudah ada diruang rumah anda!
Mengenal pasti Huruf
Apa yang penting ialah untuk bermula daripada yang perkara asas iaitu, mengenal pasti huruf atau abjad. Anak-anak akan sentiasa terdedah dan mempelari huruf-huruf semasa pra-tadika kerana ini akan membantu mereka mempelajari sebutan dan ejaan dengan lebih mendalam.
Oleh itu, semasa anda mengajar anak-anak membaca di rumah, anda harus memberi perhatian dimana, anak-anak anda sudah dapat menguasai ABC (atau sekurang-kurangnya mengenali huruf-huruf tersebut) sebelum mencapai usia prasekolah.
Tetapi, jangan terlalu memberi penekanan dan jangan stres ya Mama.
Seorang rakan saya pernah memberitahu bahawa dia tidak mengajar anaknya mengenali huruf mengikut susunan abjad yang betul. Dia bermula dengan huruf-huruf nama anaknya sendiri kerana ia lebih bermakna bagi anak perempuannya. Oleh itu, untuk nama Sophia, anaknya belajar S, O, P, H, I, dan A, sebagai antara huruf-huruf yang pertama. Setelah anaknya dapat mengenali huruf tersebut dengan baik, baru dia memperkenalkan anaknya dengan huruf-huruf lain (dan dengan bunyi yang betul).
Berbeza dengan apa yang ramai orang percaya, anda sebenarnya tidak perlu mengajar anak-anak mengenali huruf mengikut susunan yang betul – A, B, C, dan sebagainya. Ada pendapat yang menyatakan bahawa mengajar anak-anak mengikut susunan abjad yang betul mungkin lebih sukar kerana anak-anak masih tidak dapat menghubungkan abjad tersebut dengan bunyi yang dihasilkannya.
Peg Nama
Sesuai untuk Mama yang sering mencuci pakaian di rumah, anda pasti mempunyai ‘peg’ atau pengepit baju bukan? Untuk melakukan aktiviti ini, anda hanya memerlukan tiga bahan utama:
- Peg/pengepit baju kayu
- Pen Marker berwarna hitam (atau warna kegemaran anak anda)
- Kad yang bertulis nama anak anda
Tulis huruf pada setiap pengepit baju tersebut (tak perlu tulis semua huruf, tetapi pastikan huruf-huruf tersebut cukup untuk membuat nama anak), kemudian tunjukkan kad nama mereka. Biarkan anak anda memilih dan mengepit huruf yang betul pada kad tersebut, untuk mengeja namanya sendiri.
Bila anak anda sudah boleh menguasai namanya sendiri, anda boleh memberikan kad dengan perkataan yang lain pula, dan mengulangi aktiviti yang sama. Mungkin boleh mulakan dengan nama binatang, nombor atau nama anda dan suami.
Permainan mudah ini boleh membantu anak anda mengeja nama mereka, meningkatkan pengenalan huruf, dan mengasah ‘fine motor skills’ mereka.
Huruf di dalam ‘Salji‘
Ada masa, keadaan yang bersepah sebenarnya memberikan satu rasa seronok dan gembira buat si manja. Apa yang penting, anda sebagai ibu harus menetapkan beberapa peraturan asas lebih awal sebelum keadaan yang bersepah tersebut menjadi lebih kritikal. Nanti Mama juga yang kena kemas bukan?
Sebagai peringatan untuk Mama, aktiviti ini akan menjadikan keadaan sekelilingnya sedikit bersepah. Harap Mama bersedia ya!
Anda hanya perlukan tiga barang untuk melakukan aktiviti ini:
- Dulang, kuali lebar, atau kotak kadbod yang pendek
- Tepung (sebagai ‘salji’)
- Senarai huruf di atas kertas
Sekiranya anda menggunakan kotak kadbod, warnakan alasnya dengan warna yang berbeza untuk menarik perhatian anak anda. Pastikan alas tersebut betul-betul kering sebelum anda menuangkan tepung ke dalamnya, dan menutupi seluruh permukaan kadbod. Kemudian, anak anda sudah boleh mula menulis.
Biarkan anak anda melukis terlebih dahulu sebelum memperkenalkan huruf-huruf tertentu untuk mereka ‘melakar’ di atas dulang/kadbod tepung tersebut.
Mama harus jelaskan kepada anak-anak bahawa tangan mereka harus betul-betul kering sewaktu melakar huruf tersebut di atas tepung. Beritahu mereka bahawa ‘salji’ tersebut hanya harus berada di dalam dulang atau kadbod. Akan ada keadaan dimana tepung tersebut bakal tumpah atau bersepah di sekeliling dulang/kadbod. Beritahu anak anda sekiranya ia terjadi, mereka harus bertanggungjawab untuk mengemas tepung tersebut bersama anda. Mama boleh gunakan vakum atau kain basah untuk membersihkan taburan tepung itu.
‘Drive on Letters’
Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini. Anda boleh DIY jalan-jalan yang mengandungi huruf atau lebih mudah, dengan hanya mencetaknya sahaja. Anda hanya memerlukan bahan-bahan berikut:
- Kotak kadbod
- Gunting
- Cat
Potong beberapa huruf kecil ‘c’ dan lagi satu, pantulan huruf ‘c’ tersebut. Kemudian, potong beberapa huruf ‘l’ dan sebilangan lagi hanya setengah daripada huruf tersebut. Warnakan kepingan kadbod dengan cat hitam dan lukis garis putus-putus berwarna putih sehingga menyerupai jalan. Anda boleh satukannya untuk membuat huruf yang berbeza.
Kemudian, biarkan anak anda bermain kereta mainan mereka di atas jalan-jalan tersebut. Pastikan anda turut berada bersama mereka semasa mereka bermain permainan ini supaya anda boleh mengajar huruf-huruf yang ada kepada anak anda.
Huruf Besar dan Huruf Kecil
Selepas mengenali huruf, anda juga harus mengajar anak-anak untuk membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. Keupayaan untuk mengenal pasti huruf kecil adalah penting untuk kemahiran membaca mereka kerana terdapat banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris (dan Bahasa Melayu) ditulis dalam huruf kecil.
Huruf besar pula lebih sesuai untuk belajar Kata Nama Khas dan huruf kecil sangat membantu dalam menentukan bunyi huruf.
Sekiranya anak anda keliru dalam mengenali huruf besar dan huruf kecil, apa yang anda boleh lakukan ialah dengan memberitahu mereka bahawa setiap huruf besar mempunyai ‘anaknya’ yang tersendiri, “Sama seperti Mama dan kamu!”, dimana ada masa anak-anak menyerupai ibu bapa, dan ada masa, tidak. Ini akan membantu si manja memahami huruf besar dan huruf kecil dengan lebih baik.
Dibawah merupakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengajar anak anda membezakan dan mengenal pasti huruf besar dan huruf kecil:
Huruf-huruf di Penutup Botol
Aktiviti ini sangat ‘versatile’ dan boleh digunakan untuk mengenal pasti huruf menjadi perkataan. Mulakan dengan beberapa abjad terlebih dahulu sebelum anda menambahkan huruf-huruf lain yang boleh membentuk perkataan.
Bahan-bahan yang anda perlukan:
- Penutup botol (26 x 2 untuk koleksi penuh)
- Kertas
- Pita pelekat ‘double-sided’
- Gunting
Inilah masa terbaik untuk menggunakan semula penutup botol yang tidak diinginkan untuk aktiviti yang akan memberi manfaat kepada anak anda. Tuliskan huruf besar secara berasingan pada sehelai kertas, potong huruf tersebut dan tampalkan di bahagian atas penutup botol.
Kemudian, cetak huruf kecil dalam bentuk bulat. Biarkan anak anda memadankan huruf besar dengan huruf kecil tersebut. Untuk membuatkannya menjadi lebih menarik, anda juga boleh menukarkan huruf kecil pada penutup botol, dan mencetak huruf besar. Apabila anak-anak sudah mahir dengan aktiviti ini, anda boleh teruskan dengan aktiviti lain seperti:
- Mencipta perkataan daripada nama mereka sendiri.
- Menyusun huruf vokal.
- Membuat perkataan mudah yang lain seperti Mama, Papa, saya, adik, abang, dan sebagainya.
- Memilih huruf daripada tajuk utama akhbar atau majalah lama.
- Menyusun penutup botol mengikut susunan abjad yang betul.
Mama boleh menjadi lebih kreatif bersama si manja apabila anda mengajar mereka meneroka perkataan baharu setiap hari. Percayalah, anak-anak boleh membuat pelbagai jenis perkataan dan akan cuba untuk menyebutnya, yang secara tidak langsung boleh meningkatkan pemahamanan mereka tentang huruf-huruf.
‘Puzzle’ Abjad
Setiap kanak-kanak pasti tertarik dengan pelekat atau ‘stickers’. Kalau ada je ‘sticker’ di rumah, percayalah, sekejap sahaja ada yang akan mencapai ‘sticker’ tersebut dan lekatkan di (hampir setiap) dinding dan ruang rumah. Alahai, anak-anak.
Buat anak Mama yang sangat gemar bermain ‘sticker’ anda boleh perkenalkan permainan mengenali huruf-huruf dengan menggunakan ‘sticker’ ini. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Kad (apa sahaja jenis kad yang bersaiz seperti kad nama)
- ‘Foam letter stickers’
- Pen marker
- Gunting
Tulis perkataan yang mudah difahami di atas kad (seperti di dalam gambar di atas) dan biarkan anak anda mencari huruf-huruf yang membentuk perkataan tersebut dan lekatkan pada kad. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis frekuensi perkataan seperti dan, ke, ini, itu, awak, dan sebagainya.
Mencari Abjad
Masa untuk anak-anak menjadi ‘Sherlock Holmes’! Aktiviti ini hanya memerlukan tiga barang iaitu:
- Pensil
- Buku nota
- Pen marker
Tuliskan semua huruf-huruf yang anak anda telah pelajari (sekiranya semua, tulis sahaja semua huruf tersebut) dengan menggunakan pen marker untuk membuatnya menjadi lebih menarik.
Kemudian, berikan mereka buku nota tersebut dan biarkan anak-anak ‘mencari’ huruf-huruf yang berkaitan semasa berada di rumah mahupun ketika keluar membeli-belah. Lagi best semasa ‘grocery shopping’! Setelah anak anda menjumpai huruf-huruf yang berkaitan, ajar mereka untuk ‘cross off’ huruf tersebut di dalam buku nota mereka. Misi utama permainan ini adalah untuk ‘cross off’ huruf sebanyak mungkin yang boleh.
Ianya sangat mudah! Sekiranya di rumah, anak-anak boleh belajar dengan sendiri sementara anda membersihkan rumah, atau memasak di dapur.
Cari Keseronokan dalam Pembelajaran
Apabila anak-anak sudah mahir untuk mengenal huruf dalam nama mereka sendiri, ini dapat menambah vokabulari mereka dengan menghasilkan pelbagai perkataan lain dengan menggunakan lebih banyak huruf. Perlahan-lahan, anak anda boleh membaca perkataan yang mengandungi tiga abjad kepada 6-abjad dan sebagainya. Similac® yang mengandungi enam abjad merupakan antara perkataan yang mudah untuk mereka jumpai di dalam rumah!
Similac® Intelli-Pro
Seperti yang dinyatakan di atas, fungsi kognitif adalah penting untuk tahun-tahun perkembangan anak anda. Sambil anak anda mempelajari pelbagai perkara baru setiap hari, anda harus pastikan pemakanan mereka juga mengandungi nutrien penting yang cukup. Untuk itu, anda boleh tambahkan Similac® Intelli-Pro dalam menu harian mereka!
Similac® Intelli-Pro mengandungi DHA + 7 serta rumusan minyak sayuran unik (seperti minyak bunga matahari yang kaya dengan asid oleic, minyak kacang soya dan minyak kelapa) untuk penyerapan nutrisi seperti DHA, Vitamin A dan Kalsium yang optimum.
Tambahan pula, kandungan DHA+7 dalam Similac® Intelli-Pro turut membantu dalam perkembangan mental dan fizikal anak-anak. Similac® Intelli-Pro juga mengandungi Omega 6 untuk menyokong perkembangan kognitif dan kaya dengan Kalsium untuk tulang yang sihat dan kuat.
Dapatkan Similac® Intelli-Pro untuk anak anda hari ini. Lebih menarik, dengan setiap pembelian DUA Similac® Intelli-Pro 1.2KG Langkah 3 atau Langkah 4, anak anda berpeluang untuk menebus krayon atau pensil warna Faber-Castell edisi terhad PERCUMA, dan juga menjadi sebahagian daripada sebuah filem!
Dengan Pensil & Krayon Warna Faber-Castell Edisi Terhad tersebut, ia akan menggalakkan anak anda untuk menjadi lebih kreatif dengan menghasilkan dan mewarnakan karakter yang unik. Hantar karakter unik tersebut dan karya anak anda mungkin berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada filem yang diarahkan oleh kanak-kanak di Malaysia yang PERTAMA!
Dapatkan Similac® Intelli-Pro hari ini! Peraduan bermula daripada 1 Jun hingga 31 Julai 2020. Dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan #Play&Learn bersama Similac® di sini.
Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk layari abbottnutrition.com.my untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood.com.my.