KelabMama

Tak Mesti Ada Lagu! – Ini 8 Senamrobik Kanak-Kanak Yang Baik Untuk Fizikal dan Mental

senamrobik kanak-kanak

Senamrobik lebih daripada sekadar menari di studio atau melibatkan muzik sahaja.

Sebarang aktiviti yang menggalakkan pernafasan lebih cepat dan peningkatan kadar denyutan jantung boleh diklasifikasikan sebagai senamrobik.

Kali ini Mama Siti kongsikan 8 jenis senamrobik yang boleh dilakukan oleh anak Mama.

8 Senamrobik Kanak Kanak

Kredit gambar: Stocksy

#1 Jalan Pantas

Berjalan pantas ialah pergerakkan seperti berjalan tetapi pada kadar yang lebih pantas.

Ianya berbeza daripada berjalan kaki biasa. Jalan pantas juga dianggap sebagai senamrobik ringan untuk kanak-kanak tetapi banyak kelebihannya. 

Aktiviti ini membuatkan jantung berdegup lebih laju dan mengepam darah lebih banyak ke seluruh badan.

#2 Berlari

Kredit gambar: Stocksy

Berlari ialah aktiviti senamrobik yang selalu menjadi pilihan di kalangan kanak-kanak.

Berlari tak perlukan peralatan! Jadi jika Mama ada kawasan taman terbuka atau laman di depan rumah, jadikan senamrobik berlari sebagai rutin. 

#3 Tali Skipping

“Eee, main mainan perempuan.”

Abaikan kata-kata orang yang macam tu. tak perlu sekat apa-apa jenis senamrobik kepada satu jantina sahaja. 

Kanak-kanak lelaki pun boleh cuba senaman aerobik ini kerana ia ialah senaman seluruh badan yang paling mudah.

Bermain tali skipping meningkatkan kemahiran motor untuk koordinasi imbangan ketika seseorang menggerakkan anggota badan pada masa yang sama.

#4 Berbasikal

Kredit gambar: Stocksy

Berbasikal memang menyeronokkan dan ia juga merupakan kemahiran asas kehidupan seseorang. 

Senamrobik ini membantu badan mengawal keseimbangan dan  menguatkan otot.

Melibatkan diri dalam aktiviti luar seperti berbasikal bersama rakan dan berlumba adalah satu lagi cara untuk memastikan kanak-kanak sentiasa aktif.

Berbasikal mampu menguatkan otot kaki anak dan meningkatkan keupayaan paru-paru untuk menyerap lebih banyak oksigen.

#5 Seni Mempertahankan Diri

Kelas seni mempertahankan diri mengajar kemahiran penting seperti mempertahankan diri dan disiplin.

Terdapat banyak seni mempertahankan diri seperti silat, karate, jiu-jitsu dan taekwondo. 

Aktiviti untuk kanak-kanak ini adalah cara terbaik untuk kekal cergas walaupun dalam situasi yang genting.

Ini kerana tenaga dan disiplin yang digunakan dalam seni mempertahankan diri membantu anak mempersiapkan diri secara intelektual untuk sebarang situasi di mana pertahanan diri mungkin diperlukan.

Senamrobik ini bertujuan untuk membina otot dan menguatkan tulang serta menjadikan kanak-kanak sihat dari segi mental dan mental.

#6 Berenang

Kredit gambar: Bukalapak

Berenang tu memanglah sunah tapi apa hubungannya dengan senamrobik?

Anak-anak sangat menikmati permainan berkaitan air! 

Lagi pula, kemahiran ini merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. 

Aktiviti berenang melibatkan penggunaan keseluruhan anggota badan semasa prosesnya. 

Latihan aerobik ini dapat membantu meningkatkan ketahanan mereka dan lebih selamat kerana antara jenis latihan fizikal yang kurang risiko kecederaan tulang.

#7 Menari 

Tarian aerobik untuk kanak-kanak seperti menari sangat mudah untuk ditambahkan ke dalam aktiviti harian mereka.

Ia menggalakkan fleksibiliti, membangunkan kemahiran motor dan menguatkan anggota badan. 

Mungkin agak janggal pada peringkat awal tapi lama-kelamaan badan akan bergerak sendiri apabila mendengar muzik.

Dan tahukah Mama, senamrobik ini membantu anak Mama berkembang secara sihat dari segi emosi.

#8 Bermain Papan Luncur (Skateboarding)

Pemain papan luncur dan kasut roda ialah cara untuk belajar mengekalkan keseimbangan dalam kelajuan pantas.

Ini ialah senamrobik berimpak sederhana untuk kanak-kanak bagi membina kekuatan otot ketika menggunakan tenaga dan pergerakan ke arah yang berbeza.

Kredit gambar: herokita.com

Jadi, selama ni Mama Siti salah lah sebab ingatkan yang senamrobik tu cuma aktiviti yang melibatkan muzik semata-mata. 

Senamrobik memberi kesan positif kepada kesihatan anak dan dalam masa yang sama ia juga meyumbang kepada perkembangan emosi juga. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan tips keibubapaan untuk menambahkan ilmu Mama Papa di SINI.