KelabMama

Bagaimana Mama Sempat Bersenam Bersama Keluarga Walaupun Sibuk?

Sebagai ibu, salah satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan adalah kesihatan dan kesejahteraan keluarga. Ditambah pula dengan peningkatan kes pandemik COVID-19 di Malaysia, yang membuatkan kita sentiasa bimbang dan ‘overprotective’ dengan yang tersayang. 

Hal ini sudah semestinya harus dilalui dengan beberapa cabaran, di mana kita perlu mengajak seluruh keluarga untuk kekal selamat dan sihat bersama. Kesihatan yang baik bukan sahaja melalui pemakanan yang sihat, malah, senaman yang teratur juga penting dalam menjamin tahap kesihatan dan kesejahteraan seisi keluarga. 

Mengajak Seluruh Keluarga Turut Serta Bersama 

Mama jangan lupa, sebarang aktiviti percutian mahupun keluar berjalan sangatlah tidak digalakkan buat masa ini. Oleh itu, apa yang Mama boleh lakukan adalah bersenam bersama-sama di rumah atau persekitarannya, untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga. 

Tak kisahlah aktiviti apa sahaja yang ingin dilakukan, Mama dan anak-anak boleh mengubah aktiviti tersebut menjadi satu aktiviti yang lebih sesuai dengan cara dan budaya keluarga Mama. Sebagai contoh, kalau anak-anak Mama sangat gemar bermain ‘video game’, olahkan senaman tersebut menjadi satu senaman hampir sama dengan ‘game’ yang digemari mereka.

Sekiranya anak-anak gemar bertanding antara satu sama lain, Mama boleh bahagikan mengikut pasukan dan jadikan senaman tersebut sebagai satu pertandingan antara ahli keluarga. Lagi ‘best’, Mama boleh tawarkan beberapa hadiah menarik kepada pasukan yang menang. Pasti anak-anak akan tertarik dan lebih ‘enjoy’ dengan senaman tersebut!

Mengajak Anak-anak Aktif Bersama

Selain daripada diet yang sihat, fizikal yang aktif juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti anak-anak. Mama harus sentiasa cuba untuk mengajak anak-anak turut serta dalam aktiviti dan senaman yang dilakukan. Jangan biarkan mereka duduk di tepi dan menjadi ‘penonton’ sahaja ya. Kalau tak, sia-sia sahaja rutin kecergasan yang ingin kita praktikkan bersama keluarga. 

Mama hanya harus memilih aktiviti dan latihan yang sesuai dengan usia dan kemampuan anak-anak. Jangan pula lakukan aktiviti yang hanya boleh dilakukan oleh kita yang dewasa, takut hilang minat mereka nanti. Sekiranya ingin mencuba sesuatu yang baru, Mama dan anak-anak boleh mulakan dengan perlahan dan langkah yang paling mudah dahulu. Kemudian, baru teruskan dengan langkah yang seterusnya. 

Idea Senaman yang Mudah dan Menyeronokkan untuk Seisi Keluarga 

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga:

Yoga

Mama jangan terkejut ya kalau anak-anak lebih pandai dan fleksibel apabila melakukan Yoga! Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang lebih baik berbanding kita yang dewasa. 

Walau bagaimanapun, Mama harus pastikan mereka tidak berlebihan atau ‘over-stretch’ diri mereka sendiri ketika melakukan senaman ini. 

Menari

Ramai kanak-kanak sangat suka menari. Anak saya pun tidak ketinggalan. Lebih-lebih lagi kalau tiada orang sewaktu kita menari. Lepaskan rambut ikal mayang anak-anak, dan biarkan mereka menari sesuka hati mereka. 

Tak kisahlah gaya tarian apa sahaja, asalkan mereka menggerakkan badan mereka. Malah, anak-anak juga sangat cepat belajar sesuatu tarian. Biarkan mereka menari dengan gaya tersendiri, dan mungkin juga membuat koreografi tersendiri. Siapa tahu tarian keluarga anda boleh menjadi tarian ‘trending’ di TikTok yang seterusnya! 

Turun Naik Tangga

Mama rasa lebih selamat untuk melakukan aktiviti di dalam rumah, sekaligus menunda hasrat untuk mendaki di luar? Apa kata Mama ubah aktiviti tersebut dengan ‘mendaki’ tangga rumah? Baik di rumah dua tingkat atau tangga kondominium anda, pastikan anda memakai pelindung lutut dan kasut yang betul sebelum anda melakukan aktiviti ini. Naik turun tangga dengan anak-anak pun seronok tau! Tapi, jangan laju sangat ya. 

Berjalan atau Berjoging

Selain itu, sekiranya terdapat taman rekreasi yang berdekatan atau laman luas yang sesuai untuk aktiviti ringan, Mama boleh berjalan-jalan atau berjoging pada waktu pagi dan petang. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan bersama anak-anak, menjaga satu sama lain, dan lakukan dengan perlahan-lahan sehingga berpeluh. 

Jangan lupa untuk ‘warm up’ yang betul sebelum memulakan aktiviti dan juga ‘cool down’ selepas setiap sesi. Taklah  terkejut otot-otot badan tu nanti. 

Cabaran Daya Tahan Diri

Semasa PKP, Mama Siti ada menyertai rakan-rakan Mama Siti melakukan ‘plank challenge’ selama sebulan. Apa yang mengejutkan adalah apabila anak-anak turut bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Walaupun hanya sekejap, pasti akan ada yang turut melakukannya. 

Lagi menarik, perkara yang sama turut berlaku kepada keluarga kawan Mama Siti! Apa yang dimulakan sebagai aktiviti antara kami akhirnya menjadi satu aktiviti yang turut dinikmati keluarga. Seronok rasanya. 

Selain ‘plank challenge’, Mama juga boleh menukar aktiviti ini kepada ‘sit-up’ atau ‘push-up’ kerana ‘planking’ boleh menjadi agak sukar buat sesetengah orang. Aktiviti seperti ‘jumping jacks’ atau ‘squat’ juga sesuai untuk anak-anak kita. Setiap orang boleh melakukan latihan yang berbeza sebagai cabaran daya tahan mereka. 

Badminton

Badminton merupakan antara sukan terbaik yang boleh dimainkan bersama keluarga. Mama boleh mengajak keluarga bermain badminton sekali atau dua kali seminggu.

Sukan ini juga lebih mudah dipelajari anak-anak dan boleh membawa persaingan yang mudah, sihat, dan menyeronokkan buat seisi keluarga. 

Ping Pong

Anak-anak lelaki saya menggunakan dinding untuk berlatih permainan ping pong mereka, dan sekiranya mereka ingin bersaing antara satu sama lain, meja makanlah yang menjadi ‘mangsa’. Namun begitu, ia sentiasa berubah menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan. 

Ping pong merupakan permainan koordinasi yang hebat dan bukanlah satu aktiviti yang terlalu berat, tetapi sangat membantu dalam memberikan aktiviti yang sihat kepada anak-anak. 

Tabiat Pemakanan yang Sihat

Okay, selain bersenam, apa lagi yang harus kita fokuskan? Semestinya, gaya pemakanan. Sebagai seorang ibu, kita juga harus memastikan keluarga kita makan makanan yang betul dan sihat. Ditambah pula dengan peningkatan ‘food delivery’ sejak kebelakangan ini, sangat mudah untuk kita mendapatkan makanan di depan pintu rumah hanya dalam masa beberapa minit sahaja. 

Namun begitu, tidak ada makanan yang boleh menandingi air tangan sendiri. Tidak ada yang lebih baik daripada makanan yang dimasak dengan teliti dan penuh kasih sayang, bukan? Walaupun makanan yang dimasak sangat ‘simple’, kita pasti akan menjadikannya satu menu yang berkhasiat.

Ditambah pula dengan ancaman wabak yang melanda sekarang, kita tidak mahu mendedahkan diri kepada perkara-perkara yang membahayakan. Oleh itu, makan makanan yang dimasak di rumah adalah cara terbaik untuk mendapatkan ketenangan mental dan kesihatan fizikal, lebih-lebih lagi dengan cara penyediaan yang lebih teliti dan selamat. 

Hidangkan keluarga makanan yang kaya dengan nutrien penting yang merangkumi sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan menu masakan kita juga dimasak dengan bahan-bahan yang sihat, bersih, dan berkhasiat. Elakkan memasak dengan menggunakan terlalu banyak minyak, gula, dan garam. 

Meningkatkan Sistem Imuniti Tubuh Badan 

Sekiranya Mama tidak mempunyai banyak masa, pilih resepi yang cepat dan mudah, tetapi dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan, berbanding yang mengambil masa berjam-jam untuk disiapkan (dan akhirnya memberi tekanan kepada diri sendiri).

Biasanya, Mama Siti akan mencari resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan melalui aplikasi kegemaran Mama Siti, iaitu Tasty. Lebih menarik, Mama Siti boleh mendapatkan resepi mengikut bahan-bahan atau jenis makanan yang menjadi kegemaran anak-anak, dan juga terdapat pelbagai pilihan resepi yang menyelerakan. 

Salah satu perkara biasa yang selalu Mama Siti akan buat stok di rumah adalah susu soya. Anak-anak tidak gemarkan tauhu atau tempeh, tetapi mereka sangat suka dengan minuman susu soya. Ia juga merupakan salah satu minuman yang saya sendiri akan berikan kepada anak-anak kerana pelbagai khasiatnya kepada kesihatan mereka. 

Dengan menambahkan susu soya sebagai salah satu menu dalam diet kita, ia boleh meningkatkan sistem imuniti badan. Protein yang terkandung dalam susu soya baik untuk kesihatan jantung. Dan untuk mereka yang kurang bersenam, anda berisiko (dua kali ganda) untuk menghidap penyakit jantung. Oleh itu, di samping kita mengajak ahli keluarga menjalani rutin bersenam, amalan meminum susu soya sangat membantu dalam pemulihan otot. Lebih sedap dan menyegarkan apabila diminum sejuk di samping dapat menghilangkan dahaga selepas rutin senaman yang menyeronokkan. 

Mama Siti dan keluarga selalunya akan membeli minuman susu soya V-Soy, kerana ia dihasilkan daripada kacang soya bukan GMO. Mama Siti mengaku yang Mama Siti tidak pandai membuat susu soya sendiri, dan anak-anak juga sangat gemar dan terbiasa dengan rasa susu soya yang dibeli di kedai ini. Jadi, ia sangat mudah untuk kami. Mama boleh layari laman Facebook dan Instagram V-Soy untuk mengetahui pelbagai info dan khasiat mengenai susu soya V-Soy.

Sambil Mama skrol laman media sosial V-Soy, jangan lupa untuk mengikuti siri V-Soy Fit Tribe. Mama boleh mengikuti pelbagai video senaman yang menarik dan resepi sihat yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Siri ini terdapat di saluran Facebook, IGTV dan YouTube V-Soy World.

Duduk di Rumah, Kekal Sihat dan Selamat 

Jalankan tanggungjawab anda dengan memastikan keluarga dan orang tersayang kekal selamat, terutamanya dalam waktu pandemik ini. Walau sesibuk mana pun kita, kita harus memastikan tubuh badan kekal aktif dan cergas, agar badan kekal sihat. Keluarga yang bersenam dan makan makanan yang sihat bersama-sama, pasti lebih sihat dan selamat bersama. 

Bersabar dan jalankan tanggungjawab anda untuk kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting. Hari-hari yang lebih baik sedang menanti kita. Dan untuk menjalani kehidupan yang berkualiti, kita harus kekal sihat dan optimis dari segi mental, emosi, dan fizikal. Oleh itu, mulakan gaya hidup sihat dan aktif sekarang, kerana ia dapat membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik. 

Dan sekiranya norma baharu ini memenatkan dan memberi impak yang negatif kepada diri anda mahupun keluarga, jangan takut untuk mendapatkan bantuan dan sokongan orang sekeliling. Terutamanya untuk ibu-ibu, jangan risau, Mama Siti dan rakan-rakan turut ada bersama anda. 

Jangan memendam dan berseorangan. Teruskan pembacaan bersama KelabMama dan Motherhood untuk pelbagai panduan dan nasihat berguna untuk anda dan keluarga. Stay well, Mama!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.