Dua tiga hari ni keadaan jerebu semakin baik. Dah boleh nampak bangunan, rumah jiran sebelah menyebelah. Alhamdulillah, kualiti udara pun makin baik. Tapi, walaupun keadaan dah pulih, tak bermakna udara kita bebas kuman!
Ramai yang anggap bahawa berada di dalam rumah lebih selamat berbanding di luar kerana masalah cuaca seperti jerebu, pencemaran udara dan sebagainya.
Namun begitu, mama pernah tak terfikir yang berada di dalam rumah pun ada risiko yang perlu ditanggung. Hah, risiko apa tu? Risiko JANGKITAN KUMAN kerana persekitaran dalam rumah pun berpotensi untuk menjejaskan kesihatan anak-anak mama.
Jadi macam mana nak pastikan rumah mama sentiasa bersih dan bebas kuman?
Dengan menggunakan Dettol Disinfectant Spray lah!
Buat pengetahuan mama, Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Bayi Pramatang Malaysia dah pun mengesahkan dan bersetuju bahawa produk keluaran Dettol ni sememangnya terbukti keberkesanannya.
Tak sangka kan? Botol kecil macam ni boleh bunuh kuman. Kat bawah ni Mama Siti ada kongsi komen-komen positif daripada ibu-ibu yang menggunakan Dettol Disinfectant Spray.
Produk Dettol yang serba boleh dan dipercayai ni dapat bagi keluarga mama perlindungan yang menyeluruh terhadap kuman dan ianya disyorkan oleh pakar-pakar perubatan sejak beberapa generasi.
Tapi usaha mama tak boleh berhenti setakat tu saja tau! Mama kena tahu risiko yang ada dalam rumah dan tahu cara untuk kurangkan risiko ini. Penyakit seperti alergi, jangkitan kuman boleh berlaku kat mana-mana sahaja di dalam rumah.
Contoh paling mudah:
- Dinding rumah
- Alat mainan
- Perabot
- Sinki boleh
Yang selalu ibubapa terlepas pandang biasanya bahagian dinding dan alatan mainan. Yalah, biasanya kita pun memang jarang cuci dinding dan alat mainan anak-anak kalau nak dibandingkan dengan lantai.
Bila jarang cuci tempat-tempat macam ni, habuk, kulat, bakteria, virus pun mulalah berkumpul. Lepastu anak-anak mama pula bermain dengan dinding, perabot, tu yang jadi kuman berjangkit dekat kulit anak-anak mama.
Jadi, kalau anak-anak disyaki ada jangkitan kuman, ibu bapa perlu terus hantar anak-anak untuk jalani ujian supaya dapat tentukan punca dan pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas kuman.
Sumber: Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Bayi Pramatang Malaysia, hmetro
BACA JUGA JANGAN SUAP ANAK MAKANAN KISAR GUNA BOTOL SUSU KERANA BERISIKO MAUT
Pesanan Mama Siti:
Ingat, rumah yang bersih pun masih boleh diceroboh oleh bakteria merbahaya. Tapi tak apa, asalkan mama dan family sentiasa jaga kebesihan diri contohnya sentiasa basuh tangan, tutup mulut kalau batuk or bersin, semua amalan ni dapat halang bakteria daripada tersebar. Yalah, takkan hari-hari nak beli spray dettol ni kan? Kurus lah dompet nanti…