KelabMama

SEMAK KENAPA ANAK TIDAK MAHU KE TASKA, TADIKA ATAU RUMAH PENGASUH

Adalah normal bagi kanak-kanak yang berumur antara 7 bulan dan keatas untuk mempunyai ‘stranger anxiety’.  ‘Stranger anxiety’ adalah salah satu pencapaian tumbesaran (milestone) dari segi pertumbuhan sosial seorang kanak-kanak. ‘Stranger anxiety’ atau dengan bahasa mudahnya ialah ‘takut orang’, atau takutkan seseorang yang mereka tidak kenali. Mereka juga mula mengalami ‘separation anxiety’ atau takut/ gentar untuk berpisah dengan ibubapa. ‘Separation anxiety’ juga adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak yang berumur sedemikian.

Pekerja-pekerja di nurseri adalah orang-orang yang anak anda tidak kenali, dan memang wajar anak merasa takut dan menangis. Anak puan mungkin akan mengambil masa berminggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan yang baru. Namun, sekiranya ‘separation anxiety’ berlaku dengan tiba-tiba atau berpanjangan, ada kemungkinan ada perkara lain yang berlaku. Perkara seperti penderaan atau buli boleh menyebabkan anak mengalami  ‘separation anxiety’ yang berpanjangan. Setiap kelakuan kanak-kanak ada makna di sebaliknya. Setiap kelakuan yang negatif selalunya ada mesej yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Setiap kelakuan adalah hasil dari satu keperluan yang tidak dipenuhi (a need not being met). Di dalam keadaan ini, anak mengamuk menandakan ada sesuatu keperluan yang tidak dipenuhi. Bincanglah dengan pengasuh di nurseri mengenai masalah ini. Dapatkan laporan yang terperinci mengenai kelakuan anak di nurseri.

Adakah dia menangis sepanjang hari? Atau dia menangis hanya beberapa minit semasa dihantar? Adakah dia menangis hanya pada orang-orang tertentu? Pastikan tiada penderaan yang berlaku. Periksa sekiranya terdapat ada kesan-kesan penderaan. Sekiranya anak anda  telah boleh bercakap, berceritalah dengan dia mengenai nurseri itu dan cuba kenalpasti apakah yang menyebabkannya ‘takut sekolah’ dari cerita beliau. Secara amnya, sekiranya kita ingin menghantar anak ke suatu tempat yang baru seperti pengasuh atau sekolah yang baru, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kerunsingan atau ‘anxiety’ anak, dan mencepatkan proses penyesuaian diri.

 

TIP UNTUK SI MANJA

 

Namun, jika anda rasa anak anda takut untuk ke tadika, taska atau rumah pengasuh disebabkan telah didera secara emosi atau fizikal, semak ini. Berikut adalah beberapa tanda yang anda boleh lihat jika anda syak anak didera di sekolah (atau rumah):

Apa yang anda patut buat sekiranya anda mengesyaki anak anda di dera di sekolah?

 

 

 

 

Sumber: doktorbudak.com