Pada 4 Oktober 2024 yang lalu, sebuah acara berprestij yang dibawakan oleh Selsun Blue dan 50 Megumi Malaysia telah membawa 50 momfluencer untuk bersama-sama mencuba produk terbaharu daripada Selsun Blue iaitu Selsun Advanced Oil Control & Scalp Care Instant Fresh Mist.
Acara yang diadakan di The Roomah @ Publika tersebut dihoskan oleh Amirah Liyana bersama tetamu jemputan seperti Dr. Aly Nah, pengasas Hair Transplant Solutions Clinic, Kak Paten, hijab stylist yang berpengalaman, dan juga pempengaruh serta Content Creator, Nadia Azlan.
Acara dimulakan dengan sesi perkongsian berharga oleh Dr. Aly Nah mengenai kesihatan rambut, serta pengalaman peribadi Nadia Azlan, yang pernah mengalami masalah rambut ketika berpantang sama seperti para ibu yang lain.
Tips Penjagaan Rambut oleh Dr. Aly Nah
Menurut Dr. Aly Nah, selain mencuba produk rambut, Mama juga perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh mengharapkan produk tersebut memberikan kesan serta-merta. Sesuatu produk biasanya memerlukan masa sekitar 3 hingga 4 bulan untuk menunjukkan hasil yang baik.
Mama cantik, Nadia Azlan turut menceritakan bahawa beliau sendiri telah mencuba pelbagai produk, termasuk produk organik dan beberapa produk lain yang terdapat di pasaran, untuk mengatasi masalah rambutnya. Masalah rambut tersebut telah menjadi salah satu punca stres dalam hidupnya.
Dr. Aly Nah juga turut kongsikan dan menyarankan penggunaan hair mist sebagai sebahagian daripada rutin harian kita. Ia bukan sahaja boleh digunakan oleh para wanita, malah ia juga sesuai untuk kaum lelaki.
Dengan penggunaan hair mist, kulit dan rambut akan terhidrat dan segar. Ini sangat bermanfaat bagi Mama yang memakai hijab, terutama apabila mengenakannya dalam jangka waktu yang lama.
Selsun Advanced Oil Control Instant Fresh Mist
Berdasarkan sebuah kajian* yang dijalankan oleh Selsun Blue dalam kalangan rakyat Malaysia, penggunaan Selsun Advanced Oil Control Instant Fresh Mist sebagai tambahan kepada syampu sedia ada mampu mengatasi beberapa masalah rambut mereka seperti:
- 98% kelegaan yang lebih baik daripada kegatalan
– Piroctone Olamine membantu melawan kelemumur dan mengawal kemunculannya semula. - 92% keberkesanan dalam melawan kelemumur
– Formula anti-pencemaran melindungi rambut daripada habuk, dan kekotoran rambut.
– Mencegah pengumpulan minyak berlebihan pada rambut serta memastikan kulit kepala bersih dan segar. - 84% peningkatan dalam kesihatan kulit kepala
– Menjaga microbiome kulit kepala untuk meminimumkan kerengsaan dan meningkatkan kesihatan kulit kepala.
Selsun Advanced Oil Control Instant Fresh Mist ini juga sangat mudah untuk digunakan. Hanya spray dan urut perlahan-lahan, dan siap! Tak perlu bilas pun.
Mama juga boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja. Ia juga sangat sesuai digunakan selepas Mama solat untuk kesegaran dan keselesaan pada kulit kepala Mama sepanjang hari.
Lebih menarik lagi, produk ini tidak menyebabkan rambut Mama menjadi kering; sebaliknya, memberikan rasa kesegaran yang tahan lama. Ini bermakna, Mama tidak akan merasa tidak selesa walaupun selepas memakai tudung untuk tempoh yang panjang.
Acara ini turut menampilkan Kak Paten, seorang hijab stylist yang kongsikan tips eksklusif kepada para ibu yang berhijab di luar sana.
Antara tips yang dikongsikan termasuk cara mencegah kelemumur dan keguguran rambut, serta teknik memakai tudung untuk mengurangkan masalah tersebut.
Yang paling menarik, produk terbaharu ini direka khusus untuk membantu Mama yang berhijab menangani masalah rambut gugur dan kegatalan kulit kepala; memberikan penyelesaian yang mudah dan efektif untuk masalah rambut yang sering dihadapi oleh para ibu. Psst: Mama Siti pun!
Botolnya yang kecil juga sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk penjagaan rambut dan kulit kepala Mama.
Mama boleh mendapatkan produk ini di Watsons berdekatan dan lihat kemeriahan acara ini dan pelbagai acara menarik bersama para ibu yang lain di Ibuencer.