Kalau sebelum ini, kita sudah lihat senarai sekolah kerajaan yang menawarkan kelas untuk kanak-kanak istimewa. Kini, Mama Siti nak share pula sekolah swasta dan pusat pendidikan khas yang ada di Lembah Klang.
Jika Mama belum tengok Part 1: Sekolah Kerajaan, boleh tengok sekarang!
Institusi Pendidikan Swasta (IPS) merupakan institusi yang menawarkan perkhidmatan pendidikan kepada orang ramai tanpa pembiayaan atau bantuan kerajaan. Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh IPS termasuk semua peringkat daripada pra-sekolah, rendah, menengah dan lepasan menengah.
Baca sampai habis untuk lihat macam mana nak cari sekolah swasta di negeri lain!
Jom kita tengok senarai ni di bawah~
Senarai Sekolah Swasta & Pusat Pendidikan Khas Di Lembah Klang
#1 Sekolah Pendidikan Khas Pertuturan KIU (Pusat Pertuturan Kiu / Cued Speech Centre)
Alamat: Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Tel: 013-344 6475
#2 Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Sekolah Khas Cheras
Alamat: Gereja St. Francis of Assisi, Batu 7, Jalan Cheras, Selangor, 43000 Kajang
No Tel: 03-9074 2530
#3 Institut Masalah Pembelajaran & Autisme Malaysia (IMPIAN)
Alamat: 4, Persiaran Titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Tel: 03-4022 0308
#4 SR Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan)
Alamat: 25, Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No Tel: 03-2692 1261
#5 Pusat Pendidikan Khas Minda
Alamat: No 2-1 (Tingkat 1 Jalan Selasih K U12/K Seksyen U12, Taman, Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No Tel: 019-521 8514
#6 Pine Hills International School
Alamat: 20, Jalan Usj Sentral 3, Subang Light Industrial Park, 47600 Subang Jaya, Selango
No Tel: 03-8023 3331
Banyak lagi sekolah-sekolah swasta dan pusat pendidikan khas yang Mama boleh semak di negeri-negeri lain. Dengan adanya MyGOV, Mama boleh cari senarai sekolah swasta yang berdaftar di SINI. Semoga bermanfaat!
Untuk sekolah pendidikan khas kerajaan, klik DI SINI.