KelabMama

Sedapnya Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Hingga 12 Bulan Ni!

Penceraian susu badan atau ‘weaning’ disertai dengan pengenalan ‘solid foods’ kepada bayi merupakan perkara yang dinanti-nantikan ibu bapa. Si kecil akan melangkah ke alam baru, merasa pelbagai jenis makanan dan ia pasti sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan. Pelbagai resepi makanan bayi 6 bulan hingga 12 bulan mama boleh cuba

Ibu bapa juga perlu bijak memilih makanan pertama kepada bayi. Makanan pertama bayi haruslah sejenis makanan sahaja. Menurut pakar, buah-buahan seperti avokado, pisang dan ubi keledek merupakan antara pilihan yang terbaik sebagai makanan pertama bayi. Jom kita tengok resepi makanan bayi 6 bulan untuk rujukan mama!

Avokado merupakan makanan yang paling sesuai sebagai makanan pertama semasa proses penceraian susu. Avokado kaya dengan lemak mono-tidak tepu, sejenis lemak yang ‘baik’ dapat menurunkan risiko sakit jantung. Buah ini mempunyai kadar kalori yang tinggi berbanding buah lain, menepati keperluan bayi yang sedang membesar. Ia juga kaya dengan vitamin E yang boleh bertindak sebagai antioksidan mencegah kanser serta meningkatkan daya sistem imun badan. Tambahan pula, avokado sangat mudah untuk dicerna oleh bayi. Untuk memudahkan bayi anda menelan makanan pertamanya, pastikan anda menghasilkan puri buah yang lembut dan berkrim. Cara penyediaan puri buah avokado sangat mudah! Tidak perlu mesin pengisar atau memasak.

RESEPI PURI AVOKADO BERKRIM

Bahan-Bahan: 1 biji kecil avokado yang sudah ranum

Cara-cara:

TIPS PENYIMPANAN PURI AVOKADO BERKRIM

————————————————————-

RESEPI MAKANAN BAYI 6 BULAN – 8 BULAN YANG TERBAIK

(RESEPI KUMPULAN BIJIRIN) – BUBUR NASI

Cara memasak

Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.

Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.

Hidangkan semasa panas.

Cadangan : Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat). Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

————————————————————-

(KUMPULAN BUAH-BUAHAN ) STEW EPAL

Cara memasak

Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.

Masukkan buah epal ke dalam periuk.

Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.

Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.

Cadangan : Hidang bersama susu ibu. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

 ————————————————————-

(KUMPULAN SAYUR-SAYURAN) – LOBAK KUKUS

Cara memasak

Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus

selama 15 minit atau sehingga lembut.

Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang

secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan: Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran

————————————————————-

GABUNGAN KUMPULAN (SAYUR, PROTEIN DAN BIJIRIN)

Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan. Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:

BUBUR NASI DENGAN TAUHU DAN KACANG PIS

Cara memasak

Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam

Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),

dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.

Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.

Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

————————————————————-

RESEPI BUBUR BAYI 8 BULAN -12 BULAN YANG MUDAH DISEDIAKAN

Kadangkala, nak memasak untuk bayi boleh buat ibu pening kepala mencari idea apa yang boleh si comel makan. Kalau dah ada idea resepi bubur bayi, kena pilih pula yang sesuai dengan selera bayi anda. Semasa membesarkan si comel, anda perlu cuba mempelbagaikan jenis makanan yang anda berikan.

RESEPI BUBUR NASI

Bahan-bahan:

Cara memasak:

Didihkan air dalam periuk memasak. Masukkan beras tadi yang dikisar halus. Kacau beras tersebut dari semasa ke semasa.

Reneh bubur tersebut selama 10 minit dan teruskan mengacaunya.

Hidangkan bubur nasi semasa ianya masih panas.

————————————————————-

 RESEPI BUBUR NASI DENGAN LABU MANIS DAN LOBAK

Bahan-bahan:

Cara memasak:

Basuh semua bahan di atas dengan bersih seperti biasa.

Potong labu manis dalam bentuk dadu. Labu manis ini akan menjadi mudah lembik setelah dimasak dan mudah untuk dilenyek nanti. Jadi potong dalam bentuk dadu pun tak mengapa.

Lobak dipotong kecil ataupun dihiris. Anda boleh gunakan alat pengupas kulit timun dan lobak untuk menghirisnya sehingga nipis.

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk memasak.

Seterusnya, hanya masakkan bubur nasi labu manis ini seperti biasa.

————————————————————-

RESEPI BUBUR NASI DENGAN TAUHU DAN KACANG PIS

Bahan-bahan:

Cara memasak:

Masak nasi dengan stok ayam rebusan sendiri dalam periuk memasak.

Setelah bubur nasi masak, masukkan kacang pis dan lenyek jika perlu.

Renehkan bahan dengan api perlahan lebih kurang 5 minit.

Masukkan tauhu ke dalam periuk sebelum memadamkan api.

Sejukkan dan lenyekkan untuk dihidang.

Sumber: zuriat.my