Kalau Mama pengikut setia Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, beliau pernah mengongsikan sebuah surat perjanjian tentang had masa penggunaan gajet untuk anak-anaknya. Ia merupakan sebuah rutin untuk anak-anak sebelum mereka dapat memegang gajet. Kena siapkan semua rutin dan chores dulu baru boleh enjoy!
Begitulah parenting style daripada Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Memang idola sangat pasangan ini!
Kini, seorang ibu dan penulis buku ‘Bestnya Parenting’, Puan Wawa Shauqi ada berkongsi maklumat tambahan tentang perjanjian ini. Dia menambahkan sedikit tips tambahan untuk Mama mengawal screen time anak-anak.
Surat Perjanjian Screen Time
Ini adalah surat perjanjian anak-anak Dr Sheikh Muszaphar sebelum mereka memiliki gajet.
Ramai yang tau, anak beliau hanya pakai fon Nokia je sebelum ni. Bukan sebab diorang kedekut. Tapi diorang sedar bahaya yang menanti bila anak-anak beliau ada gajet sendiri.
Tapi, disebabkan pembelajaran kat malaysia ni dah mula beralih ke atas talian, memiliki gajet ni dah jadi satu keperluan.
Nak taknak, terpaksa longgarkan rules.
Ramai mak ayah pun macam ni kan?
Risau nak bagi. Tapi nak buat macam mana. Dah memang perlu, kan!
Sebab itulah saya sangat sarankan mak ayah untuk buat surat perjanjian macam ni.
Yang dah hadiahkan gajet kat anak, jangan risau. Tak terlambat untuk sit down dengan anak dan review peraturan ni bersama.
Biar awal-awal ni, anak menangis tengok surat perjanjian tu. Asalkan kita tak nangis dikemudian hari, bila anak dah terjebak ketagih games, ketagihan pornografi dan macam-macam lagi kesan buruk gajet.
Tips Tambahan Buat Mama!
Sebagai tambahan, antara peraturan yang boleh kita letak dalam surat adalah :
- 1 sesi tidak lebih 30 minit. Sehari tidak lebih 2 jam.
- Gajet tak dibenarkan masuk ke dalam bilik. Pakai hanya di ruang terbuka.
- Menggalakkan tontonan video yang bersifat educational. Ataupun at least, yang tak ada unsur ganas macam game perang.
- Selain dari untuk kelas, gajet hanya boleh diguna lepas kerja sekolah siap.
Saya sangat galakkan untuk kalian baca buku digital tulisan DrShukri Abdullah yang terbaru ni.
Saya dah baca separuh. Sarat dengan info rujukan untuk mak ayah yang clueless nak kawal penggunaan gajet anak-anak.
Setiap topik, dibantu dengan hasil penyelidikan. Tapi jangan risau. Ia sangat mudah difahami sebab ada bantuan infografik.
Diulas santai, tapi ketegasan tu sampai.
Percayalah.
Anak-anak kalau kita biar mereka leka dengan dunia alam maya, akan canggung untuk adapt diri di alam nyata.
Semoga Berjaya!
Wah! Banyak tips tambahan yang telah Puan Wawa Shauqi kongsikan. Rumusannya, ajar anak-anak rutin supaya mereka akan ikut dan berdisiplin seperti bangun pagi, siapkan diri, siapkan katil dan lain-lain. Selepas selesai rutin tersebut, barulah Mama berikan gajet kepada mereka dan tetapkan had masa.
Puan Wawa Shauqi, mencadangkan membuat jadual mengikut sesi seperti 30 minit sahaja bagi setiap 1 sesi dan berikutnya, dan hanya menggunakan gajet di ruang terbuka serta video yang bersifat pendidikan. Akhir sekali, gunakan gajet selepas kerja sekolah siap.
Mama boleh cuba tips ajarkan rutin ini kepada anak-anak Mama ya.
Semoga istimaqah dengan rutin ini ya, Mama!
Pesan Mama Siti adalah, walaupun mungkin banyak halangan sepanjang proses menetapkan rutin, akan tetapi dengan kerjasama daripada kedua ibu bapa, insyaAllah ia boleh menjadi kenyataan. Ini adalah kerana, semua ini untuk kebaikan perkembangan anak-anak.
Goodluck Mama!