KelabMama

Sayur Untuk Bayi – 8 Sayur Wajib Ada Dalam Menu

Foto Kredit: Adobe Stock

Bila si manja dah mencecah 6 bulan dan boleh mula makan makanan solid, sayur antara bahan yang wajib ada dalam setiap hidangan kerana ia kaya dengan khasiat yang boleh membantu tumbesaran si manja dan sangat penting untuk penghadaman. Pelbagai jenis sayur untuk bayi antaranya brokoli, lobak merah, bayam dan banyak lagi.

Nak mulakan dengan sayur apa ya? Sayur yang keras ke lembut?

Pasti ada di antara Mama yang masih keliru dan tak tahu apa jenis sayur untuk bayi yang patut di berikan supaya si manja mendapat khasiat yang secukupnya.

Jom lihat senarai sayur untuk bayi di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Sayur Untuk Bayi Yang Kaya Dengan Khasiat

1) Lobak Merah

Foto Kredit: Adobe Stock

Lobak merah sangat baik untuk mata kerana karbohidrat beta-karoten yang ada di dalamnya adalah prekursor untuk vitamin A yang penting untuk retina yang sihat. Dan sel-sel retina yang sihat membawa kepada penglihatan yang lebih baik.

Ia juga meningkatkan imuniti. Sistem imun yang sihat adalah penting untuk bayi yang sedang berkembang. Penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan lobak merah meningkatkan bilangan limfosit dan platelet – sel-sel darah yang membantu imuniti bayi.

Lobak merah melindungi hati dari kesan berbahaya bahan kimia toksik yang tertelan. Pengambilan lobak merah yang tetap dapat mengekalkan sel-sel hati yang sihat. 

Baik untuk kesihatan umum sel-sel badan kerana sayuran akar menghalang pertumbuhan sel yang tak terkawal dan membantu sel sedia ada dalam luka penyembuhan.

2) Bayam juga sayur untuk bayi

Foto Kredit: Adobe Stock

Berkat kandungan lutein, zeaxanthin, dan vitamin A yang melimpah, bayam juga dapat menjaga kesihatan mata bayi dan mencegah kerosakan mata akibat paparan sinar matahari.

Bukan hanya itu, sejumlah penelitian bahkan menemukan bahawa kandungan vitamin A, lutein, dan zeaxanthin juga baik untuk mempertajam penglihatan pada bayi.

3) Buah Avokado

Foto Kredit: Adobe Stock

Tekstur buah avokado yang halus dan berkrim akan memudahkan untuk bayi makan. Di dalam kulitnya yang berwarna hijau gelap, tersimpan pelbagai jenis nutrisi berkhasiat seperti protein, serat, niacin, thiamin, riboflavin, asid folik serta zinc.

Avokado juga terkenal sebagai sumber lemak baik yang penting untuk kesihatan jantung. Kombinasi nutrisi seperti ini amat sukar dijumpai dalam kebanyakan buah-buahan lain.

4) Kacang Pea

Foto Kredit: Adobe Stock

Tahukah Mama, kacang hijau mempunyai khasiat yang mengagumkan untuk bayi? Kacang peas sesuai dijadikan makanan puri atau dikisar (dibuat bubur) untuk bayi kerana ia mengandungi lebih banyak protein selain kalsium, Vitamin A, C, zat besi dan pelbagai mineral lain. 

Selain itu, ia juga mudah dimakan dan sangat berkhasiat untuk diperkenalkan kepada bayi.

5) Kubis Bunga

Foto Kredit: Adobe Stock

Siapa sangka kubis bunga ni memberi banyak khasiat kepada kita dan lebih-lebih lagi kepada bayi? Ia membantu mengelakkan kerosakan kulit bayi disebabkan cahaya matahari. Vitamin C di dalamnya boleh menambahkan kolagen dalam kulit.

Asid lemak yang terkandung di dalam kubis bunga juga dapat membantu bayi yang mempunyai masalah kulit kering.

6) Tomato

Foto Kredit: Adobe Stock

Tomato adalah sumber Vitamin A yang kaya dan warna merah dan oren yang dikaitkan dengannya adalah disebabkan adanya alfa-karotena dan beta-karoten. Vitamin A sangat penting untuk perkembangan mata dalam badan bayi. 

Ia juga terdapat banyak entiti biokimia yang terdapat dalam tomato yang membantu mengukuhkan sistem imun yang sangat penting untuk perkembangan bayi. 

Walaupun tomato bagus untuk bayi, adalah penting untuk mengikuti langkah berjaga-jaga sebelum terus beri kepada si manja. Sebolehnya, berilah tomato daripada sumber organik.

7) Ubi Keledek juga antara sayur untuk bayi

Foto Kredit: Adobe Stock

Ubi keledek bebas gluten dan ia sesuai untuk bayi yang ada masalah ekzema, asma, ‘leaky gut’ dan alahan terhadap makanan berasaskan gandum. 

Ia juga kaya dengan karbohidrat tapi rendah lemak dan bebas kolestrol. Oleh itu, tak perlu risau jika diberi makan dengan banyak. Ia juga tinggi dengan Potasium. 

Tak dilupakan, ubi keledek juga tinggi dengan vitamin A untuk penglihatan bayi yang baik. Terdapat juga multivitamin seperti C,E,K, vitamin B1 hingga B6 dan B9 yang diperlukan untuk perkembangan organ bayi. 

8) Brokoli

Foto Kredit: Adobe Stock

Brokoli adalah sayur yang sangat tinggi dalam vitamin C dan merupakan sumber serat laut. Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia berubah bentuk ketika ia melewati saluran pencernaan. Satu keterlaluan serat larut dalam diet boleh menyebabkan cirit-birit. 

TIPS PENTING:

Mama boleh menentukan jenis tekstur makanan yang boleh diberi pada si manja bergantung pada pertumbuhan giginya. Sebagai contoh, apabila gigi si manja mula tumbuh, mama boleh memperkenalkan makanan cincang yang boleh dikunyah.

Apabila lebih banyak gigi tumbuh, tambahkan makanan potongan dadu dan cebisan kecil ke dalam makanannya.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA IDEA MAKANAN BAYI 6 BULAN YANG SIHAT & RINGKAS UNTUK SI MANJA

Pesan Mama Siti

Sayur sangat bagus untuk proses tumbesaran dan penghadaman bayi. Macam-macam menu Mama boleh sediakan untuk si manja. Mama Siti dulu pun mulakan dengan sayur brokoli dan bayam. Kemudian ditambah dengan sayur lain. Alhamdulillah sampai ke hari ni anak suka makan sayur.uk bayi